Home » » Jadual Terkini Feri Kenderaan Labuan (Ro-Ro)

Jadual Terkini Feri Kenderaan Labuan (Ro-Ro)

Jadual Feri di Pulau Labuan bagi feri kenderaan (Ro-Ro), anda sebenarnya boleh terus mendapatkan secara terus jadual perjalanan pelayaran feri yag ada terpampang besar di kawasan kaunter-kaunter terminal kenderaan.

Walau begitu, admin cuba mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan jadual feri ini dan memaparkan di internet untuk panduan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk datang ke terminal feri dan untuk mereka yang merancang untuk bercuti di Labuan.

Admin secara ‘voluntary’ cuba untuk melakukkan ‘update’ jadual feri ini sekerap yang mungkin jika terdapat perubahan yang ketara mengenai jadual pelayaran tetapi, apa-apa pun, anda boleh terus berhubung terus kepada pengusaha feri untuk bertanyakan jadual yang terkini.

Selain jadual pelayaran, terdapat beberapa tips juga untuk panduan kepada mereka yang mungkin tidak mengetahui bagaimana untuk mendapatkan tiket feri untuk kenderaan mereka, tiket penumpang dan bayaran cukai pendaratan sekiranya anda membawa kenderaan memasuki Labuan.


JADUAL TERKINI FERI KENDERAAN LABUAN (RO-RO)

MASA PERJALANAN

DESTINASI

NAMA KAPAL




KIMANIS 1
Tel: 087-580888, 017-8647778


10.30AM, 3.30PM
(Ahad Jam 3.30PM Sahaja)

LABUAN KE MENUMBOK

KIMANIS 1
Tel: 087-831388, 011-29879897


8.00AM, 1.00PM,
(Isnin Jam 1.00PM Sahaja)

MENUMBOK KE LABUAN

PUTRAJAYA 1
TEL: 087-443244


6.00AM, 11.30AM


LABUAN KE MENUMBOK




9.00AM, 2.30PM


MENUMBOK KE LABUAN

WAWASAN PERDANA
Tel: 087 417333/087581006 & Fax: 087 419333


7.30AM, 1.30PM
(7.30AM, 1.30PM, 7.30PM Jumaat Sahaja)

LABUAN KE MENUMBOK



10.30AM, 4.30PM
(10.30AM, 4.30PM, 10.00PM Jumaat Sahaja)


MENUMBOK KE LABUAN

FERI GOODWILL STAR

9.30AM

LABUAN KE MUARA BRUNEI




12.30PM

MUARA BRUNEI KE LABUAN




5.30PM

LABUAN KE MENUMBOK





8.30PM

MENUMBOK KE LABUAN

FERI GALAXY 
Labuan Office:
087-580888


8.30AM, 6.30PM

LABUAN KE MENUMBOK
FERI GALAXY
Menumbok Office:
087-831045

6.00AM, 11.30AM

MENUMBOK KE LABUAN
Sekiranya anda ingin merujuk jadual perjalanan feri ekspress dan speed bot, anda boleh merujuk dengan mengklik link ini JADUAL TERKINI FERI LABUAN.

*Penulis tidak bertanggungjawab diatas sebarang  perubahan jadual feri kenderaan. Sila berhubung terus kepada pengusaha bot/feri. 

* Sumber Jadual Feri: Kaunter Feri Kenderaan RO-RO Labuan / Last Update 30/3/2016. Pada hujung minggu, misalnya pada hari jumaat hingga hari ahad, terdapat penambahan jadual perjalanan yang dilakukan oleh pihak pengusaha feri kenderaan untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak pada hujung minggu.

* Untuk melihat Jadual  Pelayaran Feri RO-RO dalam versi telefon pintar, tampilan terbaik jadual ini adalah dengan menghidupkan screen rotation telefon anda dan melihat pada kedudukan horizontal.

Tips dapatkan tiket kenderaan untuk menaiki feri Ro-Ro
Untuk mendapatkan tiket kenderaan, anda boleh terus datang di kaunter yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha feri di Terminal Feri Kenderaan Labuan atau di kaunter kawasan Terminal Feri di Menumbok.

Rancang perjalanan- Jika anda datang ke Labuan atau ke tanah besar, (Sabah, Brunei, Sarawak) pastikan anda melakukan pembelian tiket pergi dan balik kerana adakalanya tiket feri telah ditempah awal oleh orang ramai. Kesukaran untuk mendapatkan tiket feri apabila musim perayaan hampir tiba dan pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, dan Hari Krismas, dan perayaan pesta Menuai dan Hari Gawai. Anda dinasihatkan untuk datang sejam awal di kawasan terminal feri dan mendapatkan tempat untuk beratur, datang awal untuk mengelakkan anda dari terlepas menaiki feri kenderaan.

Tiket penumpang- Anda boleh mendapatkan tiket penumpang di kaunter yang di sediakan dengan bayaran RM2.50 bagi setiap penumpng. Walau begitu, jika anda daripada Menumbok ke Labuan, bayaran tambahan cukai dikenakan sebanyak RM1.50 dengan mendapatkan tiket pembayaran cukai di Kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di Terminal Feri Menumbok.

Harga tambang feri kenderaan Labuan ke Menumbok
Pemilik kereta biasa dari pulau ini boleh mendapatkan tiket feri di kaunter yang disediakan di terminal Feri Kenderaan Labuan dengan bayaran yang dikenakan setakat ini adalah RM 40 bagi kereta biasa. Walau begitu, harga tambang seperti pacuan 4 roda, van, kereta komersial, lori, motorsikal mempunyai harga yang berbeza.

Bagi anda yang pertama kali datang di pulau ini, baca juga Tempat Menarik Di Labuan Wajib Dikunjungi.

Feri kenderaan Menumbok ke Labuan
Jika anda daripada Menumbok ke Labuan, anda boleh mendapatkan tiket kenderaan dengan harga sama seperti biasa yang disediakan di kaunter-kaunter pengusaha feri tetapi apabila anda selesai untuk mendapatkan tiket, anda harus ke kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di Terminal Feri Menumbok untuk melakukan pembayaran cukai pendaratan. Harga adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis kenderaan anda. 

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

1 comments:

hi, did u know how to contact with FERI GALAXY? i'm looking for the contact number (menumbok) to ask the details of the price and documentary...
thank you.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.