Home » » Hiduplah Dalam Jangka Waktu Terbatas

Hiduplah Dalam Jangka Waktu Terbatas

Bagaimana pandangan anda mengenai hidup ini? Menurut anda, apa yang anda faham tentang 'hiduplah dalam jangka waktu terbatas'? Baiklah, saya mempunyai tips untuk dikongsi kepada semua pembaca khususnya di Malaysia, bagaimana mempersiapkan masa hadapan anda agar kearah kehidupan yang lebih bermakna.

Tips ini saya cuba amalkan sendiri dan ia telah mempengaruhi keseluruhan hidup saya sehingga sekarang.

Hidup ini mesti memerlukan panduan untuk diikuti agar matlamat hidup anda sentiasa bersama anda sehinggalah anda mencapai impian yang anda impikan. Berikut adalah tips yang saya kongsikan bersama anda.
Hiduplah Dalam Jangka Waktu Terbatas

Lupakan Kenangan masa lalu
Semua manusia mempunyai kisah kenangan lalu mereka sendiri, begitu juga dengan diri anda dan saya sendiri.

Adakalanya kenangan-kenangan lalu tentang kisah hidup anda sukar untuk dilupakan dan menjadikan ia sesuatu memori yang indah atau pun pahit.

Seorang sahabat saya berasal dari Selangor, menyesali tentang hidupnya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh hinggakan beliau hanya berpangkat konstabel sokongan didalam pasukan kesalamatan Malaysia.

Saya menasihati beliau supaya bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang dan saya telah memberikan cadangan supaya beliau mengambil pengajian jarak jauh (PJJ).

Apa yang saya ketahui, sekarang sahabat saya telah melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Open Universiti dalam aliran Pengurusan. Saya berharap beliau mampu untuk menamatkan pengajiannya itu.

Apa yang saya tekankan disini adalah melupakan semua tentang kisah hidup anda kerana kenangan masa lalu tidak mungkin akan kembali atau anda tidak mungkin lagi akan sampai ke masa tersebut.

Masa lalu itu telah lenyap dan yang hanya tinggal adalah kenangan yang masih tersimpan dalam memori ingatan anda.

Lupakan tentang masa hadapan
Agak pelik saranan ini bukan? Selalunya kebanyakan nasihat-nasihat yang anda dengar adalah untuk mencapai impian masa hadapan.

Maksudnya disini, segala impian masa hadapan anda tidak mungkin lagi dicapai kerana ia hanyalah sekadar impian, anda hanya merancang impian itu tetapi sebenarnya, ia hanya sekadar impian yang belum lagi wujud.

Adalah lebih baik berusaha bersungguh-sungguh pada hari ini kerana perbuatan sekarang lah menjamin kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

Saya tidak melarang anda untuk memasang impian sendiri dalam hidup tetapi impian anda haruslah berpegang kepada satu prinsip apa yang anda lakukan sekarang untuk memastikan impian anda tidak tersasar dari matlamat asal anda.

Tahukah anda, masa hadapan adalah satu perjalanan kehidupan yang mana tiada sesiapa pun yang mampu ke masa tersebut. Sebenarnya, impian masa depan anda tidak pernah wujud pun lagi dari segi fizikal tetapi hanya wujud dari kotak pemikiran anda.

Jika anda memasang impian tanpa usaha, impian anda sebenarnya hanya angan-angan yang sia-sia dan merugikan hidup anda. 

Berpandu kepada tajuk ini, ''hiduplah dalam jangka waktu terbatas'', memberi gambaran makna kehidupan ini seolah-olah esok adalah hari terakhir kita berada dalam dunia ini dan harus melaksanakan beberapa impian sebelum pergi meninggalkan dunia ini.

Untuk mencapai impian tersebut, usaha gigih harus dilaksanakan sehingga impian tersebut terlaksana, tiada ruang untuk berangan-angan, berfoya-foya, atau melakukan hal-hal yang tidak berfaedah.

Jika difikirkan dengan secara logik, manusia hidup di dunia ini hanya sekejap dan seharusnya kita memperjuangkan apa yang kita impikan di dalam dunia ini untuk kesinambungan genarasi kita yang lebih baik.

Jika anda memasang impian dalam 10 tahun akan datang, anda akan menjadi seorang yang memiliki harta. Adakah anda benar-benar mencapai impian itu? Impian anda tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak mengunakan prinsip 'hiduplah dalam jangka waktu terbatas'.

Peristiwa pada masa hadapan, kita hanya mampu angankan tetapi pertanyaan saya, adakah ia benar-benar terjadi??? Untuk mencapai impian anda mesti memerlukan perbuatan-perbuatan tertentu untuk menjamin anda mencapai kehidupan lebih baik.

Masa hadapan dan masa lalu adalah dua perkara berbeza. Masa lalu adalah kenangan-kenangan telah pergi tetapi, tidak akan mungkin anda akan kembali lagi ke masa itu. Begitu juga dengan masa hadapan kita, setiap manusia tidak mungkin akan ke masa hadapan kerana masa tersebut masih belum berlaku dan tidak mungkin manusia akan sampai ke masa tersebut.

Berbuat baiklah tentang hari ini
Hari ini adalah hari sekarang, hari ini bukan hari kelmarin atau hari esok atau lusa. Berbuat baiklah sebaik-baik mungkin terhadap apa yang anda kerjakan pada hari ini, jangan memikirkan masa-masa hadapan anda kerana kehidupan yang realiti adalah pada hari ini.

Hari esok belum tiba, kelmarin telah pun berlalu, fikirkan apa yang terbaik anda harus lakukan hari ini dan seharusnya perjalanan kehidupan sehari-hari mesti dilakukan sebaik mungkin tentang apa saja yang anda lakukan.

Ini bermakna, jika anda impikan kehidupan anda lebih baik di masa akan datang, berbuat lah hal sebaiknya tentang diri anda bermula hari ini. Ingat! perbuatan anda hari ini akan menentukan dimana hala tuju anda di masa depan.

Jika anda memasang impian akan menjadi kaya, saya percaya jika setiap saat pada masa sekarang, anda melakukan hal terbaik tentang semua perkara mengenai hidup anda seperti perancangan mengenai kewangan, usaha untuk belajar, bijak mengambil tindakan dalam hidup, perancangan rapi dan kegigihan mengenai apa yang diusahakan.

Anda dijamin  esok menanti hari baik tentang kehidupan anda dan sekaligus menaikkan anda antara manusia yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Setiap saat, setiap minit, setiap jam, lakukan lah semua perkara sebaik mungkin, walau apa pun agama anda, iringi setiap usaha anda dengan doa kerana doa kepada Tuhan bukan sahaja anda berkomunikasi secara peribadi dengan Tuhan anda tetapi doa yang baik mencetuskan semangat dalam hati anda sekaligus menaikkan semangat anda dalam usaha yang anda lakukan.

Sebenarnya, idea penulisan ini adalah inspirasi dari penulis asal Dale Carnegie dan ditulis menurut pemahaman semula oleh saya sendiri.

Dale Carnegie adala penulis yang paling terkenal di seluruh dunia berasal dari United State dimana penulisan beliau tentang kajian kepada kehidupan manusia. Buku-buku beliau banyak diterjemahkan di Malaysia untuk panduan kepada rakyat di negara ini. Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada kehidupan yang lebih baik!




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.