Home » » Fenomena Pertandingan Memancing di Pedalaman Sabah

Fenomena Pertandingan Memancing di Pedalaman Sabah

Pertandingan Memancing di Pedalaman Sabah. Baru-baru ini penulis ke daerah Tambunan untuk urusan peribadi. Setibanya di pekan kecil daerah ini, penulis singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Sewaktu makan, saya diberikan sebuah risalah oleh individu mengenai pertandingan memancing di kolam yang diadakan di Keningau.

Apabila saya membaca risalah tersebut, hadiah yang ditawarkan sangat lumayan, ianya berjumlah RM30,000 bagi sesiapa yang memenangi pertandingan ini dan banyak lagi hadiah menarik yang ditawarkan.

Penganjur bagi pertandingan ini adalah pemilik kolam itu sendiri. Menurut rakan penulis, hampir setiap bulan penganjur akan mengadakan pertandingan memancing di kolam tersebut.
Joran Pancing
Menurut kajian penulis, pemilik kolam sememangnya telah memiliki kolam yang luas untuk menjalankan pertandingan ini. Jika penganjuran yang bagus, kolam harus mampu menempatkan sekurang-kurangnya 1000 peserta untuk memancing. Ikan dalam kolam harus mempunyai pelbagai jenis ikan dan memiliki saiz yang banyak kerana selalunya kategori ikan yang besar adalah penentu siapa pemenang dalam pertandingan tersebut.

Apabial kreteria seperti saiz kolam, kedalaman kolam, kepelbagaian jenis ikan, barulah pengusaha layak untuk menganjur pertandingan tersebut kerana kreteria ini akan menarik ramai pemancing datang untuk mencuba nasib dalam penganjuran pertandingan memancing.

Menurut beberapa rakan yang selalu menyertai pertandingan ini, pertandingan memancing yang diadakan di pedalaman Keningau, hampir diadakan setiap bulan dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik hinggakan kebanyakan pemancing akan datang dari pelbagai pelosok daerah di sekitar Keningau, Tenom, Nabawan, Apin,Apin, Tambunan, Bingkor dan kadang-kadang, pemancing-pemancing yang datang dari daerah Ranau, Kota Kinabalu, Penampang juga datang untuk mencuba nasib mereka.

Beberapa minggu sebelum anjuran pertandingan memancing diadakan, penganjur akan mengedarkan risalah pertandingan di kebanyakan tempat di sekitar negeri Sabah. Ia bukan sahaja memberi persediaan awal kepada pemancing tetapi, promosi ini bertujuan untuk menarik ramai pemancing untuk mencuba nasib mereka.

Adakalanya, sesetengah anjuran melibatkan hadiah pemenang sehingga mencecah RM40,000. Menurut rakan saya yang sentiasa datang setiap kali pertandingan diadakan walaupun tidak pernah memenangi sebarang hadiah, kebanyakan pemancing akan beriktihar untuk mencari umpan yang terbaik semasa pertandingan memancing diadakan misalnya, menggunakan umpan cacing yang besar, ulat kayu, danging ayam yang telah mengeluarkan bau busuk, anak ikan, udang, dan macam-macam lagi. Pemilihan umpan amat penting bagi menarik ikan untuk memakan umpan tersebut.

Sehari sebelum pertandingan diadakan, kebanyakan pemancing dari banyak daerah akan datang di tempat penganjuran pertandingan memancing dan kebanyakan dari mereka akan tidur di rumah saudara mereka, rumah kawan, hotel, dan sesetengah dari mereka sanggup untuk tidur di khemah pasang siap berhampiran dengan tempat kolam pertandingan.

Jika penganjur sanggup menawarkan hadiah sehingga RM40,000, pengajur masih memperolehi keuntungan sekali ganda sekiranya peserta yang datang mencecah 1000 orang. Bayangkan, yuran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM100, dan penganjur boleh mengumpulkan wang berjumlah RM100,000 sekiranya 1000 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Penganjur masih mempunyai keuntungan kasar sebanyak RM60,000.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.