Home » » Cara Menghilangkan Tikus Di Kediaman Anda Selama-Lamanya

Cara Menghilangkan Tikus Di Kediaman Anda Selama-Lamanya

Tikus oh tikus, masalah tikus di rumaha anda tidak pernah akan hilang jika anda tidak mengatasinya dengan segera. Binatang ini boleh membawa peyakit merbahaya dan sering berlaku di negara ini adalah penyakit kencing tikus atau dikenali sebagai Leptospirosis yang mampu membunuh manusia jika tidak dirawat dengan cepat.

Rahsia kunci utama untuk menghilangkan habitat tikus di rumah anda adalah kebersihan rumah anda, jangan biarkan tikus melawat kediaman anda untuk melihat sisa-sisa makanaan yang anda tinggalkan.

Cara Menghilangkan Tikus Di Kediaman Anda Selama-Lamanya
Cara yang terbaik untuk menghilangkan tikus di rumah anda adalah dengan memastikan dengan teliti keseluruhan rumah anda dengan melihat lubang, tingkap, atap atau corong yang memungkinkan tikus jadikan sebagai laluan utama,selalunya laluan utama tikus adalah melalui batang paip atau saluran paip.

Untuk pengetahuan anda, tikus hanya memerlukan lubang 1/2 meter lebar untuk masuk ke rumah anda. Baik, ini adalah sedikit tips yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda.
tikus
Tikus boleh mengancam kesihatan anda
Bersihkan dapur anda
Point utama atau sebab utama tikus datang di rumah anda kerana disebabkan sisa-sisa makanan yang anda tinggalkan di dapur anda. Oleh itu pastikan dapur anda sentiasa bersih dengan mengemas almari makanan, buang segera sisa makanan di tong sampah yang berada di dapur anda kerana ini lah punca tikus membongkar dapur anda. Simpan kesemua makanan anda ke dalam botol plastik kerana makanan daripada plastik mudah dibocorkan oleh tikus.

Tutup semua tingkap dan lubang dengan dawai jejaring halus
Ini adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah tikus di rumah anda kerana dengan menutup segala lubang dengan menggunakaan jejaring halus akan menyebabkan tikus tidak lagi mampu untuk masuk ke dalam rumah anda kerana dawai jejaring halus sukar dirosakkan oleh tikus dengan menggunakan giginya untuk membuat lubang. Jika anda menggunakan jejaring diperbuat daripada getah, tikus ini masih mampu membocorkan jejaring tersebut dengan menggunakan giginya yang tajam.

Bersihkan kawasan halaman rumah anda
Halaman rumah yang dipenuhi semak atau rumput yang tinggi akan menyebabkan sebagai tempat tikus untuk bersembunyi, mengembangkan habitatnya dengan membuat sarang dan sebagai laluan tikus untuk mengintai rumah anda jika terdapat makanan. Tebas dan bersihkan semua sekeliling kawasan rumah anda dari semak samun untuk si tikus tidak lagi berani datang di rumah anda.

Pasang perangkap tikus
Jika anda telah memasang dawai jejaring halus di kesemua tingkap dan lubang di dalam rumah anda, anda boleh mendapatkan perangkap tikus jenis jejaring dengan menggunakan umpan seperti ayam goreng, roti, mentega untuk menghilangkan habitat tikus di kawasan kediaman rumah anda. Walau begitu, anda dinasihatkan jangan menggunakan perangkap tikus dalam bentuk gam dan perangkap jenis yang boleh membunuh serta merta kerana ia nampak kejam kerana membunuh tikus dengan perlahan-lahan atau membunuh tikus dengan mematahkan lehernya. 

Jika anda berfikir masih terdapat tikus di siling atau loteng rumah anda, jangan menggunakan racun tikus kerana ia boleh menyebabkan rumah anda akan berbau busuk kerana tikus mati di siling dan sukar untuk membuang bangkai tikus tersebut. Jika boleh, biarkan tikus-tikus dalam rumah anda pergi meninggalkan rumah anda dengan sendirinya kerana, percayalah mereka tidak akan kembali lagi jika anda amalkan tips-tips ini.

Apabila hal-hal diatas telah anda lakukan, suda tiba masanya anda membersihkan keseluruhan dalam rumah anda dengan menggunakan sarung tangan dan penutup mulut, bersihkan segala stor, bilik, dan gunakan penyembur anti bakteria dan virus kerana tikus adalah pembawa penyakit. Jika boleh gunakan sabun khas untuk membersihkan kawasan yang sering dikunjungi tikus sebelum ini untuk menghilangkan bau tikus. Semoga tips ini berguna!






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.