Apabila cermin kereta retak,
ia menandakan kereta anda meminta anda wang ,walau begitu anda harus
bertindak cepat agar anda tidak kehilangan beratus-ratus ringit dengan membeli
cermin kereta yang baru. Selalunya cermin kereta retak adalah cermin di bahagian
hadapan.
Ini kerap terjadi akibat kereta yang berada di hadapan terlanggar batu kecil dan menyebabkan batu tersebut terpelanting dan mengenai hadapan kereta kita menyebabkan keretakan kecil yang berbentuk bintang.
Ini kerap terjadi akibat kereta yang berada di hadapan terlanggar batu kecil dan menyebabkan batu tersebut terpelanting dan mengenai hadapan kereta kita menyebabkan keretakan kecil yang berbentuk bintang.
Pada mulanya, keretakan ini hanya kecil sahaja tetapi
keretakan ini akan merebak akibat suhu dan tekanan. Untuk pengetahuan anda,
retak akibat batu kecil mempunyai beberapa ketegori seperti, star crack, cut
crack, Bull eye crack, half moon crack, combination crack dan semua keretakan
kecil ini masih boleh dibaiki jika anda bertindak dengan cepat.
![]() |
Jenis-Jenis Retak |
Cara mengatasi keretakan cermin kereta dari merebak
Rahsia utama untuk mengatasi cermin kereta anda dari terus
merebak adalah memastikan cermin kereta yang retak tidak terkena atau terdedah
kepada tanah, pasir, dan air. Ini kerana, elemen-elemen tersebut akan memberi
tekanan kepada cermin kereta yang retak dan menyebabkan keretakan tersebut akan
merebak. Untuk sementara waktu, anda mungkin boleh melekatkan dengan pita
pelekat tetapi ia tidak menjamin apabila berlakunya hujan. Apa-apa pun untuk
mengelakkan dari terus merebak, terdapat
beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.
1. Repair kit untuk cermin hadapan- Pada masa sekarang,
mendapatkan kit untuk pembaikan keretakan cermin hadapan amat banyak dijual di
pasaran terutamanya di kedai-kedai aksesori kereta. Kit ini lebih kepada
penyesuaian cermin hadapan dan resin khusus yang boleh dipaksa menjadi retak.
Selain itu kit ini juga mampu mematikan retak dari unsur-unsur luar, pengurangan tekanan dari kaca, serta
mencegahnya dari keretakan terus merebak.
2. Repair kit untuk cermin depan dan calar- Untuk menggunakan
cara ini, anda harus menghantar di kedai aksesori atau kedai tinted kereta yang
berpengalaman atau mengetahui cara menggunakan kit ini kerana ia perlu dilakukan
dengan berhati-hati dengan menggunakan gerudi kaca yang berukuran 1/16 dengan menggerudi
pada akhir retak dan berhenti pada
lapisan pertama kaca. Selepas itu, menggunakan gam cyanoacrylate standard untuk
mematikan keretakan. Dikatakan cara ini amat berjaya untuk mengatasi keretakan
kecil pada kereta dari terus merebak.
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.