Home » » Cara Bersihkan Periuk Terbakar atau Kuali Hangus

Cara Bersihkan Periuk Terbakar atau Kuali Hangus

Pernahkah anda mengalami periuk terbakar? Atau kuali hangus? Saya akan berkongsi satu berita baik kepada anda tips ini dan anda boleh merehatkan tangan anda dari keletihan menyental kuali yang terbakar. Memang amat letih dan amat sukar sekali untuk membersihkan kuali yang telah terbakar. Tips ini diyakini bebas dengan bahan kimia dan jadikan sebagai panduan di masa akan datang dan kongsikan juga kepada rakan-rakan anda untuk kebaikan bersama.

Baiklah, tips-tips adalah anda mesti memerlukan beberapa bahan seperti cuka putih, baking soda, pengosok periuk dan sedikit air. Anda hanya perlu masukkan sedikit air ke dalam kuali anda, tambahkan secawan cuka dan masak sehingga mendidih.

Selepas dari mendidih, alihkan kuali anda ke singki dan tambahkan dua sudu baking soda, tunggu beberapa ketika dan kosongkan air dari periuk anda. Jika masih terdapat sedikit kesan terbakar, buat sedikit pes baking soda, lumurkan keatas permukaan kesan terbakar dan gosok sehingga kesan terbakar hilang.

Selesai! Periuk anda seolah-olah tidak pernah terbakar tetapi bertambah berkilat. Untuk lebih detail, bahan-bahan yang anda perlukan adalah,
Periuk terbakar hangus
Periuk Hangus
Rahsia jadikan periuk hangus akibat terbakar berkilat kembali

1. Baking soda anggaran dua sudu
2. Satu cawan kecil cuka
3. Satu cawan air tetapi ianya bergantung kepada saiz periuk anda
4. Pengosok periuk ataupun span
5. Kuali yang telah terbakar

Cara-cara penggunaan

1. Mula-mula, isikan periuk anda yang telah terbakar dengan air bersih
2. Masukkan cuka dan panaskan kuali anda hingga air mendidih
3. Apabila air telah mendidih, alihkan kuali anda di singki atau di tempat yang sesuai.
4. Letakkan baking soda kedalam periuk tunggu beberapa ketika.
5. Kosongkan air ke dalam periuk, yahoo! periuk anda telah berkilat.
6. Jika masih terdapat kesan terbakar, buat sedikit pes baking soda, dan  letak di kawasan kesan yang terbakar dengan beberapa titik air.
7. Sekarang anda telah boleh berehat dan goyang kaki kerana kuali atau periuk anda seolah-olah tidak pernah hangus!

Saya berharap, selepas anda membaca artikel ini, inilah kali terakhir anda mengalami periuk yang terbakar. Tips ini amat berkesan sekali dan satu berita baik terutama sekali kepada kaum ibu yang sering berada di dapur. Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat buat semua rakyat di negara ini!




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.