Home » » Amaran Google Kepada Pengguna Gmail Mengenai Bahaya Pelayar Shady

Amaran Google Kepada Pengguna Gmail Mengenai Bahaya Pelayar Shady

Gmail adalah system email terhebat yang dicipta oleh google untuk kegunaan kepada pelangganya dengan secara percuma. Walau begitu, ancaman baru kepada pengguna  gmail apabila munculnya satu sambungan yang dikenali sebagai ‘Shady Connection’ yang berupaya mencetuskan sambungan yang salah berupa malware yang mampu  mencuri data peribadi kepada pengguna gmail.

Pada masa ini google telah berkerjasama dengan Universiti of Illinois dan Universiti Michigan untuk mengenal pasti sambungan tersebut dan cuba berusaha untuk mengawalnya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, google pada masa ini memberikan amaran kepada pelangganya yang berisiko untuk mendapat serangan malware ini.
Gmail
Email yang telah mendapat gangguan dari ‘Shady Connection’ akan berupaya menguba email seseorang tanpa disedari dan mengumpul segala maklumat pengguna email tersebut dan ini sudah tentunya amat membahayakan kepada pengguna yang menyimpan segala data peribadi melalui email  seperti maklumat mengenai bank, kad kredit, nombor akaun peribadi dan sebagainya.

Selain itu, satu lagi virus yang dikenali sebagai ‘Shady DNS servers’ dimana pelayan ini akan mengarahkan seseorang individu ke alamat IP yang betul dan menyambungkan ke web atau perkhidmatan.

Apabila seseorang cuba untuk menggunakan gmail untuk berurusan dengan web atau perkhidmatan tersebut, pelayan ini amat merbahaya kerana akan memberikan data-data yang palsu kepada individu tersebut dan sekaligus mencuri maklumat dari pengguna gmail.

Walau begitu,kes ini masih dalam isu terpencil kerana ia amat jarang berlaku tetapi ia berupaya memberikan impak yang negatif di masa akan datang. Kes yang terhangat di United States dalam akhbar-akhbar dan media Negara tersebut apabila gmail Pengarah CIA John Brennan telah di ‘hack’ atau digodam oleh individu yang tidak dikenali hinggakan pengodam berjaya memasuki laman social milik pengarah CIA dan menulis beberapa perkataan yang tidak sepatutnya.

Kebenaran cerita ini disangkal oleh pembantunya dengan mengatakan jangan mempercayai berita-berita daripada akhbar dan media. Hal ini menyebabkan, google sebagai pemilik gmail, bertindak segera untuk memastikan system sekuriti gmail berfungsi dengan sebaiknya dengan berupaya menghalang malware daripada  mengodam gmail.-nbcnews.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.