Home » » 5 Kebaikan Vaseline Di Rumah

5 Kebaikan Vaseline Di Rumah

Minyak Vaselin mempunyai banyak kegunaan termasuklah kegunaan untuk barangan, dijadikan sebagai minyak rambut, misai lilin, menghilangkan kesan mekap di muka, merawat ruam lampin keatas bayi, bibir kering atau pecah-pecah.

Untuk pengetahuan anda, Vaselin telah wujud sejak  tahun 1870 lagi, dimana seorang ahli kimia bernama Robert Cheseborough pada masa itu telah membangunkan satu proses penghalusan yang mengubah hitam atau dikenali sebagai rod lilin yang telah ditemui oleh pekerja pelantar minyak ke dalam sesuatu bahan  yang berwarna hijau kuning.

Apa yang diketahui pada zaman sekarang bahan tersebut dikenali sebagai jeli petroleum. Selain dari kegunaan yang dinyatakan diatas, sebenarnya Vaselin mempunyai banyak kegunaan di rumah, antaranya adalah seperti:

Melancarkan mangga kunci yang berkarat
Jika anda merasakan mangga kunci anda sering tersekat dimana anda meyakini mangga kunci anda mungkin telah mengalami karat, anda boleh mencuba dengan meletakkan sedikit minyak Vaselin ke atas kunci anda dan cuba masukkan semula ke kunci mangga, saya percaya, masalah kunci sering tersekat di mangga akan selesai kerana minyak ini boleh dijadikan sebaagai bahan pelincir.
Jeli Petroleum
Menghilangkan kesan-kesan tulisan di kayu
Jika anda mempunyai dinding rumah berasaskan lantai kayu atau dinding kayu, adakalanya kanak-kanak kita sering meninggalkan kesan tulisan semasa mereka bermain. Anda akan berusaha untuk menghilangkan tulisan tersebut, tetapi ianya sukar untuk menghilangkan kesan tulisan itu sepenuhnya. Menggunakan jeli petroleum adalah satu  idea yang baik kerana ia mampu menghilangkan kesan tulisan tersebut. Sapukan nipis Vaselin keatas kesan tulisan tersebut, biarkan semalaman dan lap dengan menggunakan kain kering.

Melancarkan engsel tingkap dan laci kabinet anda
Laci kabinet yang telah lama sukar untuk dibuka atau kadang-kadang akan mengeluarkan bunyi berderit yang menyakitkan telinga anda, selain itu, tingkap anda mungkin sukar dibuka akibat kesan karat. Anda boleh menggunakan jeli petroleum ini dengan menyapu sedikit ke engsel tingkap anda atau di roda pengerak laci anda.

Melindungi semut dari naik ke mangkuk haiwan kesayangan anda
Adakah anda memelihara haiwan di rumah? Jika anda memiliki haiwan kesayangan seperti kucing, adakalanya apabila tiba musim semut, semut-semut ini akan memasuki rumah anda dan bersuka ria di mangkuk makanan haiwan  kesayangan anda. Untuk mengelakkan semut ini dari bersukaria di mangkuk makanan haiwan kesayangan anda, letakkan sedikit Vaselin di sekeliling bawah pangkal mangkuk tersebut hingga semut tidak akan berani naik ke mangkuk itu lagi.

Menghilangkan bunyi  di pintu
Tentunya anda akan merasa sakit telinga apabila setiap kali anda membuka pintu bilik anda akan mengeluarkan bunyi bedecit yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini gunakan jeli petroleum dengan menyapukan sedikit di kawasan engsel . Bunyi tersebut akan hilang dengan serta merta dan mampu memanjangkan usia pintu  anda dari hakisan pada engsel.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.