Home » » Tune Talk Tone Excel Semakin Sepi?

Tune Talk Tone Excel Semakin Sepi?

Semua mengetahui Tune Talk Tone Excel adalah sim kad yang boleh menjana wang jika anda tahu strategi yang betul untuk memasarkan produk ini kepada orang ramai. Beberapa tahun dahulu, Tune Talk Tone Excel amat popular sekali di Malaysia hinggakan ramai dari mereka memperolehi pendapatan pasif dengan hanya menarik ahli untuk menyertai program yang lebih sinonim kepada buat duit dengan telefon bimbit.

Nama-nama yang terkenal yang mampu menjana pendapatan sehingga berpuluh ribu sebulan seperti En. Mazelan Abas adalah antara ikon kepada ahli-ahli lain untuk berjaya. Walau begitu, nampak gayanya, perniagaan buat duit ini semakin sepi dan ramai yang berhenti untuk menyertai program ini kerana gagal untuk memperolehi pendapatan seperti yang diimpikan.

Kenapa jadi begitu? Baik, penulis akan menerangkan, mengapa mereka gagal dan kenapa program ini semakin sepi hinggakan ramai yang terpaksa menukar sim kad mereka ke syarikat telco lain bagi memenuhi keperluan sebenar mereka.
Projek Tune Talk Tone Excel
Tips: Strategi promosi perlu diubah
Kenapa bisens Tune Talk Tone Excel semakin sepi dan kurangnya sambutan dari orang ramai?
Baiklah, pada awalnya, ramai yang bersemangat untuk menyertai program ini hinggakan ramai yang beralih ke sim kad Tune Talk Tone Excel dan mencuba untuk melakukan promosi dengan orang ramai dan berjaya menarik ramai orang untuk menyertai projek buat duit melalui telefon bimbit.

Penulis tidak menafikan, program ini benar-benar mampu menjana wang walaupun hanya mampu menjana wang sedikit demi sedikit di awal karier pembabitan mereka dan apabila mereka telah memperolehi ramai ahli, mereka mampu mampu memperolehi hinggakan mencapai ribuan sebulan.

Walau begitu, pendapatan mereka tidak bertahan lama kerana ramai diantara ahli Tune Talk Excel telah beralih semula ke syarikat telco lain kerana beberapa perkara ini.

Punca Kegagalan ahli lain mengenai bisnes sim Tone Excel
1. Kegagalan untuk mendapatkan ahli baru kerana program ini memerlukan ramai ahli untuk benar-benar berjaya.

2. Rate kadar panggilan untuk sim Tune Talk Tone Excel  agak mahal berbanding dengan syarikat telco lain, walaupun mereka menawarkan kredit percuma setiap kali top up kredit tetapi, ianya tidak banyak bezanya jika kadar rate panggilan yang agak tinggi.

3. Tidak mengetahui strategi yang betul untuk menerangkan kepada ahli baru mengenai kebaikan sim kad ini.

4. Tidak berminat dengan bisnes MLM (Multi Level Marketing).

Ini adalah sebahagian kecil punca-punca mengapa ramai ahli Tone Excel  tidak mampu bertahan lama dengan bisnes sim kad Tune Talk Tone Excel. Ini bermakna, mereka yang telah menjadi senior dalam bisnes ini juga merasa kesannya kerana ramai yang telah berhenti menggunakan sim kad ini.

Bisnes buat duit melalui handphone ini adalah bisnes lebih kepada MLM tradisional dimana perlu mencari beberapa ahli untuk ke level yang seterusnya, jika anda mengkaji sepenuhnya kehendak sistem MLM, anda bukan sahaja hanya menarik ahli-ahli untuk menyertai bisnes anda untuk memperolehi keuntungan tetapi, anda harus membimbing ahli-ahli anda yang lain sehingga berjaya seperti anda.

Kerana, jika ahli-ahli anda gagal dalam bisnes yang anda tawarkan, anda sendiri sebagai tunjang kepada rangkaian MLM yang anda cipta akan lambat laun akan gagal juga kerana akar-akar dibawah telah mati. Pendek kata, bisnes MLM harus membimbing semua ahli mencapai kejayaan.

Mengapa orang yang telah berjaya seperti Encik Mazelan Abas masi memperolehi pendapatan yang tinggi setiap bulan? Baik, dalam bisnes MLM, apabila anda mencapai level di peringkat tinggi (rangkaian mereka cukup besar) hasil usaha kerja keras sebelum ini, anda akan memperolehi pendapatan pasif seumur hidup.

Ini kerana ahli-ahli lain akan bertungkus lumus akan mencarikan anda wang dimana mereka hanya memperolehi sedikit wang hasil dari usaha mereka tetapi anda sebagai leader, hanya menggunakan beberapa strategi, bimbingan, promosi, ceramah-ceramah kepada ahli baru dan lama untuk bertahan dalam bisnes ini. 

Orang mengatakan, bisnes MLM ini, sesiapa yang terawal untuk menyertainya dan mempromosikan bersungguh-sungguh kepada orang ramai dan memastikan setiap ahlinya berjaya dan begitu juga ahli yang seterusnya mengamalkan prinsip yang sama, akan berjaya serta memperoleh pendapatan pasif seumur hidup.

Lebih-lebih lagi syarikat tersebut adalah syarikat yang kukuh dan ternama di seluruh dunia. Cabaran baru Tune Talke Excel pada masa kini adala kesukaran untuk mendapatkan ahli kerana bisnes ini telah dikenali oleh kebanyakan orang dan persaingan dengan ahli- ahli baru yang aktif unuk menaja orang ramai.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.