Home » » Tips Beli Barang Online Untuk Elak Ditipu

Tips Beli Barang Online Untuk Elak Ditipu

Dunia internet semakin maju, kini, kebanyakan orang lebih suka membeli barang secara online di internet. Walau begitu, selaras dengan kemajuan internet, dunia maya ini semakin ramai penipu dan antaranya, penjual barangan online di internet.

Tahukah anda, setiap hari, ramai masyarakat di negara ini ditipu secara online kerana membeli barangan di internet atau laman sosial seperti Facebook, Twiter, Web E-Dagang, dan sebagainya. Sebenarnya, anda masih boleh mengelakkan diri anda dari tertipu semasa melakukan pembelian secara online.

Kadang-kadang, kita merasa amat geram dan marah, kerana barangan yang kita tempah tidak sampai, ada diantara anda mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.
Tips Beli Barang Online
Kenali penjual barangan online
Sebelum melakukan apa-apa pembayaran melalui internet, pastikan anda mengenali siapa yang menjual barangan tersebut, hal ini amat penting untuk memastikan si penjual benar-benar menjual barangan tersebut atau sebaliknya.

Penjual yang jujur akan mempamerkan nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar peribadi, alamat atau nama syarikat. Walau begitu, jika si penjual adalah orang persendirian dan tidak memiliki syarikat ataupun kedai, pastikan anda tahu dimana orang tersebut berada.

Jika identiti penjual barangan di internet tidak lengkap misalnya hanya menggunakan nama samaran, tidak meletakkan lokasi perniagaan, sering menukar nombor telefon, anda dalam perangkap si penipu online.

Komunikasi anda dengan penjual
Jangan sesekali melakukan pembelian sebelum anda berkomunikasi dengan pihak penjual kerana anda amat berisiko untuk ditipu.

Adalah penting untuk anda bertanya mengenai harga barangan, kos penghantaran, berapa lama barangan yang anda tempah akan sampai di tempat anda, bertanya mengenai nombor tracking pengeposan dan mungkin anda perlu bertanya soalan yang lebih peribadi mengenai lokasi tempat tinggal, berapa lama menjalankan perniagaan dalam talian, tempat-tempat menarik dimana lokasi si penjual tinggal.

Komunikasi ini penting untuk mengetahui sejauh mana kejujuran si penjual kepada pembeli di internet. Jika penjual tidak melayan pertanyaan anda, jangan melakukan pembelian barangan tersebut kerana, si penjual tidak serius dengan pelanggannya.

Feed back dari pembeli lain
Untuk mengelakkan diri anda dari ditipu, pastikan anda melihat feed back dari pembeli lain, sebelum anda melakukan pembelian  terutama sekali penjual yang berada di laman sosial. Hal ini penting untuk diketahui kerana kebanyakan penipu adalah dari laman sosial.

Jangan melakukan pembelian secara terburu-buru, bertenang dan bertanya di group-group laman sosial tentang kejujuran si penjual, selain itu anda juga boleh melihat feed back melalui carian internet.

Jika maklum balas dari pembeli lain adalah bagus, anda boleh melakukan pembelian barangan tersebut. Sayangi wang anda, jangan terlepas kepada penipu online.

Harga Barangan yang ditawarkan
Taktik penipu di internet adalah menawarkan harga barangan terlalu murah berbanding dengan harga di pasaran.

Ia adalah taktik untuk menarik orang ramai untuk melakukan pembelian barangan tersebut. Anda harus bijak untuk menilai harga di pasaran dan harga yang ditawarkan si penjual. Jika harga yang ditawarkan tidak masuk akal menurut perkiraan anda, mesti terdapat sesuatu yang tidak kena, si penjual adalah penipu.

Untuk pengetahuan anda, jika kerugian melibatkan kurang dari seribu ringgit, kebanyakan pihak berkuasa tidak akan melakukan siasatan keatas kes anda kerana jumlah kerugian yang dianggap sedikit dan kesukaran untuk mengetahui lokasi sebenar si penipu.

Barang lambat sampai berisiko
Apabila anda melakukan pembelian pertama kali dan barangan anda lambat sampai, ia mengambarkan tahap keseriusan si penjual terhadap pelanggan.

Jika anda mengalami situasi ini tanpa alasan yang kukuh dari penjual, dinasihatkan, jangan lagi melakukan tempahan terhadap penjual ini kerana, anda berada dalam situasi amat berisiko untuk ditipu.

Jangan melakukan tempahan terlalu banyak
Elakkan melakukan pembelian dengan jumlah yang banyak pada pembelian pertama kali kerana anda tidak mengenali lagi penjual tersebut.

Kebanyakan pembeli di internet, melakukan tempahan dalam jumlah yang banyak dan cara ini sebenarnya amat berisiko untuk ditipu. Pastikan anda melakukan tempahan pembelian dengan jumlah yang sedikit dahulu, jika anda benar-benar percaya dengan penjual tersebut, barulah anda melakukan tempahan dengan jumlah yang banyak.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.