Home » » Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk Panduan Pelajar

Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk Panduan Pelajar

Kebanyakan pelajar tidak mengetahui tips ataupun pandauan teknik belajar yang berkesan hinggakan mereka gagal dalam pelajaran.

Kadang-kadang, meskipun tidak mengalami kegagalan, tetapi keputusan peperiksaan hanya sekadar cukup-cukup makan, erti kata lain, keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan.

Semasa anda membaca tips ini, saya berharap, anda masih di peringkat permulaan untuk belajar di peringkat sekolah menengah atau kolej, kerana, jika anda tercari-cari cara untuk belajar sedangkan peperiksaan semkin hampir, jujur saya katakan, anda akan gagal dalam peperiksaan.
Teknik belajar yang berkesan
Rahsia Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk Panduan Pelajar
Sebenarnya, untuk belajar dalam pelajaran, tidaklah sesukar mana, tetapi kebanyakan pelajar merasa keliru atau minda mereka sering tercari-cari cara belajar yang betul sehinggalah tarikh peperiksaan tiba, dan mereka masih tidak mengetahui bagaimana untuk belajar dengan berkesan. Selain itu teknik belajar yang digunakan adalah salah dan ini adalah antara penyebab utama kenapa mereka gagal.

Di kedai-kedai buku di pasaraya, banyak menjual buku bagaimana untuk belajar dengan betul. Misalnya, buku bertajuk Study Smart, Study Hard, dan macam-macam lagi buku yang mengajar teknik untuk belajar hinggakan para pelajar merasa pening dan keliru.

Hal ini membuatkan, sesetengah pelajar hanya menghabiskan masa berbulan-bulan untuk mempelajari cara untuk belajar seperti yang diajar dalam buku yang diperolehi di pasaraya hinggakan mereka lupa untuk belajar sesuatu yang lebih penting, iaitu pelajaran mereka sendiri.

Baik, saya akan berkongsi dengan anda satu tips yang diajar sendiri oleh bekas school mate saya pada tahun 2001, beliau adalah salah seorang pelajar terbaik di sekolah saya pada masa itu dan memperolehi keputusan 9A dalam  Peperiksaan SPM.

Tips yang diajar oleh beliau amat berguna sebagai panduan kepada semua pelajar di Malaysia untuk dijadikan sebagai rujukan bagaimana untuk belajar dengan cara yang betul. Berikut adalah tips mudah yang perlu anda pelajari dan kuasai untuk menjamin anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Persiapkan Minda Anda Untuk Belajar
Asas untuk belajar adalah mempersiapkan minda anda terlebih dahulu, untuk belajar setiap pelajaran yang anda pelajari.

Jika minda anda belum bersedia untuk belajar, sejauh mana ampuhnya teknik belajar yang anda gunakan jika minda anda tidak bersedia untuk belajar, anda akan tetap gagal dalam pelajaran anda kerana minda anda tidak bersedia untuk menerima apa yang anda belajar. Katakan kepada diri anda, anda mesti belajar demi masa depan, untuk keluarga, dan kehidupan yang bermakna.

Belajar Untuk Memahami, Bukan Belajar Untuk Menghafal
Bagaimana cara anda belajar? Bagaimana cara anda menerima pengajaran guru di sekolah? Cara untuk belajar yang baik dan berkesan adalah, memahami apa yang anda pelajari dan bukannya menghafal. Jika anda belajar menghafal tetapi tidak memahami apa yang anda pelajari, teknik ini akan menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan yang kebannyakannya mengelirukan kepada pelajar.

Setiap pengajaran oleh guru di sekolah, ulang kaji di rumah, pastikan anda memahami sepenuhnya fakta formula, jalan cerita, bila kejadian berlaku, siapa tokoh yang terlibat, dan sebagainya. Pendek kata, belajar untuk memahami apa yang anda pelajari dan bukan belajar semata-mata untuk menghafal.

Satu Hari Satu Mata Pelajaran
Jika anda sebagai pelajar tingkatan lima, bagaimana teknik anda untuk mengulangkaji pelajaran? Kebanyakan pelajar tidak mengetahui teknik ini dan kebanyakan dari mereka mengulangkaji semua mata pelajaran mereka setiap hari, misalnya jumlah subjek mata pelajaran adalah 9, kebanyakan pelajar cuba untuk mengulangkaji semua subjek setiap hari.

Tahukah anda? Teknik ini kurang berkesan kerana, setiap matapelajaran atau subjek, perlu dipahami bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar membaca buku tersebut. Baiklah, jika anda bahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran anda selepas ditolak masa anda belajar di sekolah, sebenarnya, masa untuk mengulangkaji kesemua subjek sebenarnya tidak cukup.

Jadi bagaimana cara mengulangkaji cara yang betul? Dalam sehari, cukup memandai anda hanya mengulangkaji satu pelajaran sahaja. Sukar dipercayai bukan? Ini adalah teknik rahsia untuk mengulangkaji yang berkesan.

Bagaimana jika anda mempunyai kerja rumah yang perlu disiapkan? Kerja rumah atau ''home work'', tidak akan menggangu teknik ulangkaji cara ini, jika anda ulangkaji kesemua pelajaran selepas balik dari sekolah, kerja rumah anda akan menganggu, jadual ulangkaji anda.

Oleh itu, lakukan hanya satu subjek yang perlu diulangkaji setiap hari. Ulangkaji melibatkan, latihan, pemahaman, belajar untuk menjawab soalan (teknik lati tubi), dan sebagainya.

Banyakkan Latihan Latih Tubi
Rahsia belajar yang paling penting adalah, anda perlu memperhebat latihan menjawab soalan mengikut bab subjek pelajaran anda. Hanya ini sahaja teknik yang membuatkan anda memahami keseluruhan subjek yang anda pelajari.

Lakukan latihan menjawab soalan berulang-ulang kali sehingga anda benar-benar mahir. Setiap bab pelajaran anda, buat soalan sendiri atau berpandu pada soalan dalam akhir bab, dan lakukan latihan demi latihan, selain itu, beli soalan latih tubi yang dijual di kedai buku, dan belajar lah untuk menjawab dan setiap jawapan yang anda buat, rujuk semula di buku teks atau meminta bantuan guru anda untuk melakukan pemeriksaan.

 Kebanyakkan pelajar yang berjaya dan memperolehi keputusan yang cemerlang, menggunakan teknik ini. Jika anda tidak menggunakan teknik ini dan hanya belajar semata-mata melakukan nota, ulangkaji, cara itu masih belum mencukupi untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.

Nasihat-Nasihat Kepada Pelajar
Akhir sekali, nasihat kepada pelajar yang masih keliru, gunakan teknik mudah ini dan anda akan berjaya. Satu ketika nanti, jika anda berjaya dalam pelajaran anda dengan mengikuti teknik ini, saya percaya, anda akan menghargai artikel ini.

Percayalah kepada apa yang anda percaya, tetapi, pastikan anda percaya itu, mempunyai asas-asas yang kukuh yang membuatkan diri anda percaya. Seorang sahabat saya amat keliru bagaimana cara untuk belajar yang betul hinggakan dia gagal dalam peperiksaan, setelah saya mengesyorkan teknik mudah ini, dia mengambil semula peperiksaan, dan akhirnya berjaya.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.