Home » » Senarai Plan Kuota Internet Untuk Digi Prepaid

Senarai Plan Kuota Internet Untuk Digi Prepaid

Digi adalah syarikat telco yang terkenal di Malaysia selain syarikat telco lain seperti Maxis dan Celcom. Artikel ini menyenaraikan pelan atau plan kuota Internet untuk Digi prepaid dengan merujuk kepada apa yang diterangkan di laman web rasmi Digi.

Artikel ini ditilis untuk bertujuan sebagai rujukan kepada semua pengguna Digi yang berada di negara ini dan juga sebagai panduan kepada individu yang berminat untuk menggunakan talian Digi sebagai alat komunikasi di telefon bimbit.

Digi prepaid mobile internet plan
Setelah melakukan beberapa kajian, saya telah mendapati, syarikat ini menawarkan banyak plan internet untuk pelanggan mereka dan tentunya plan ini adalah yang terbaik dan menarik kerana ianya agak berbaloi menurut pandangan penulis.

Baiklah, berikut adala plan internet yang ada bagi pengguna prepaid bagi pengguna Digi.

1. Plan internet untuk Facebook (Daily Facebook)- Sekiranya anda ingin untuk melayari laman sosial Facebook sahaja. Plan yang ditawarkan oleh Digi adalah kuota internet 100MB dan untuk kuota ini anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.50sen sehari. Untuk melanggan plan ini, dail *116*3*1*1# dan tekan send.
digi

2. Plan Internet harian- Tawaran ini adalah pengguna yang inginkan plan Internet harian. Kuota Internet harian adalah sebanyak 20MB dan dikenakan caj sebanyak RM1, free akses untuk Facebook dan 300MB free kuota jika anda melayari Youtube. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*5*1# dan tekan send.

3. Plan Internet harian (1am-7am)- Bagi pandangan penulis, tawaran ini sesuai untuk mereka yang berjaga pada waktu malam dimana kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 200MB dan dikenakan caj sebanyak RM1. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*14*1# dan tekan send.

4. Plan Internet mingguan untuk aplikasi Whatsapp & Wechat- Individu yang hanya berminat untuk menggunakan aplikasi Whatsapp dan Wechat boleh melanggan plan ini. Kuota Internet yang ditawarkan adalah 0MB, ini bermakna ianya unlimited tetapi hanya aplikasi whatsapp dan wechat sahaja. Caj yang dikenakan adalah RM3 untuk 7 hari. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*1*1# dan tekan send.

5. Plan Internet Mingguan RM6- Bagi mereka yang suka melanggan Internet untuk satu minggu, plan ini mungkin sesuai kepada anda. Kuota internet yang ditawarkan adalah sebanyak, 150MB dan akan dikenakan caj sebanyak RM6, selain itu anda diberikan akses percuma untuk melayari Facebook dan percuma 1GB jika anda melayari Youtube. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*2*1# dan tekan send.

6. Plan Internet Mingguan RM7- Ini adalah tawaran promosi kepada mereka yang melanggan Internet untuk seminggu. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 600MB dan kuota tambahan Internet akan diberikan sekiranya melayari internet antara jam 1am hingga 7am. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*3*1# dan tekan send.

7. Plan Internet Mingguan RM10- Ini adalah tawaran promosi kepada mereka yang melanggan Internet untuk seminggu. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 1GB dan kuota tambahan Internet akan diberikan sekiranya melayari internet antara jam 1am hingga 7am. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*7*1# dan tekan send.

8. Plan Internet Mingguan RM15- Ini adalah tawaran promosi kepada mereka yang melanggan Internet untuk seminggu. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 1.6GB dan kuota tambahan Internet akan diberikan sekiranya melayari internet antara jam 1am hingga 7am. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*10*1# dan tekan send.

9. Plan Internet Bulanan RM16- Tawaran internet untuk pelanggan yang suka mengambil pakej dalam sebulan. Kuota Internet yang ditawarkan oleh Digi adalah sebanyak 400MB dan dikenakan caj sebanyak. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*9*1# dan tekan send.

10. Plan Internet Bulanan RM20- Ini adalah tawaran promosi yang ditawarkan kepada pelanggan Digi yang suka melanggan dalam sebualan. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 1.5GB dan dikenakan caj sebanyak RM20. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*8*1# dan tekan send.

11. Plan Internet Bulanan RM30-  Ini adalah tawaran promosi yang ditawarkan kepada pelanggan Digi yang suka melanggan dalam sebualan. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 3GB dan dikenakan caj sebanyak RM30. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*4*1# dan tekan send.

12.  Plan Internet Bulanan RM48-  Ini adalah tawaran promosi yang ditawarkan kepada pelanggan Digi yang suka melanggan dalam sebualan. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 6GB dan dikenakan caj sebanyak RM48. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*11*1# dan tekan send.

13.  Plan Internet Bulanan RM68-  Ini adalah tawaran promosi yang ditawarkan kepada pelanggan Digi yang suka melanggan dalam sebualan. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 10GB dan dikenakan caj sebanyak RM68. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*12*1# dan tekan send.

14.  Plan Internet Bulanan RM88-  Ini adalah tawaran promosi yang ditawarkan kepada pelanggan Digi yang suka melanggan dalam sebualan. Kuota Internet yang ditawarkan adalah sebanyak 14GB dan dikenakan caj sebanyak RM88. Untuk melanggan plan ini, dail *116*1*13*1# dan tekan send.

15. Plan Internet XL28- Mengikut pemahaman penulis, ini adalah tawaran promosi dan plan ini adalah langganan berulang bulanan. Kuota yang ditawarkan adalah sebanyak 1.5GB dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM28. Kuota tambahan Internet akan diberikan sekiranya melayari internet antara jam 1am hingga 7am. Untuk melanggan plan ini, dail *116*2*1*1# dan tekan send.

16. Plan Internet XL38- Mengikut pemahaman penulis, ini adalah tawaran promosi dan plan ini adalah langganan berulang bulanan. Kuota yang ditawarkan adalah sebanyak 3GB dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM38. Kuota tambahan Internet akan diberikan sekiranya melayari internet antara jam 1am hingga 7am. Untuk melanggan plan ini, dail *116*2*2*1# dan tekan send.

Artikel ini hanya merujuk kepada tawaran Digi untuk internet prepaid. Tawaran untuk Prepaid Internet Pass dan Pospaid tidak ditulis dalam artikel ini. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan ini, anda harus merujuk terus kepada pihak Digi dan ini adalah keterangan asas mengenai produk yang ditawarkan oleh mereka berpandukan web rasmi Digi.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.