Home » » Punca Perut Kembung Selepas Makan Dan Cara Mengatasi

Punca Perut Kembung Selepas Makan Dan Cara Mengatasi

Pernahkah anda setelah selesai makan mengalami perut kembung atau terasa senak di perut? Perut kembung menyebabkan ketidak selesaan di bahagian perut. Sebenarnya, apa yang anda makan dan bagaimana anda makan, itulah yang menyebabkanya.

Memang sengsara apabila mengalami perut kembung, kita merasakan tidak makan terlalu banyak tetapi perut kita menjadi kembung seolah-olah makan dengan jumlah yang banyak. Adakalanya perut menjadi seperti belon yang dipam hinggakan terpaksa membuka tali pinggang kerana tekanan dari perut yang kembung.

Sebab-sebab biasa yang menyebabkan perut kembung
Apabila anda merasa kembung di perut, ia sebenarnya disebabkan oleh udara yang terperangkap di bahagian perut dalam saluran pencernaan diri kita. Walau begitu, beberapa sumber udara tambahan semasa kita makan juga boleh menyebabkan kembung perut.

Misalnya kita makan terlalu cepat, anda minum cecair minuman melalui straw ataupun anda bercakap dan sambil menguyah. Selain itu pengambilan makanan berkarbonat juga akan menyebabkan perut anda kembung kerana gas minuman tersebut.

Jika anda mengelakkan untuk minum minuman tanpa melalui straw dan tidak bercakap semasa makan tetapi anda masih merasa kembung pada perut. Jika difikirkan, dari mana datangnya lagi udara di dalam perut yang menyebabkan kembung?
Punca Perut Kembung
Baik, ini sebenarnya disebabkan oleh kita mengambil makanan-makanan yang tertentu misalnya, kacang, brokoli atau kubis. Kenapa makanan-makanan ini? Tahukah anda, makanan ini amat terkenal sebagai makanan pengeluar gas?

Anda memakan makanan yang mengandungi gula, makanan yang mengandungi karbohidrat dan apabila dicampurkan dengan sayur-sayuran ini ia menyebabkan ketidakselesaan di perut anda, perut anda telah merajuk kerana bahan-bahan makanan yang anda masukkan ke dalam perut anda. Semasa bakteria mula bekerja di saluran pencernaan anda, banyak gas yang terbebas dalam proses ini.

Lain orang lain ragam, kadang-kadang sesetengah orang yang melakukan pengambilan beberapa minuman tertentu akan menyebabkan senak perut.

Mungkin anda juga perlu memberi perhatian pada cara anda meneguk minuman anda kerana cara anda minum juga menyebabkan banyak udara masuk ataupun, anda mempunyai alahan-alahan tertentu terhadap sesuatu makanan yang menyebabkan masalah pencernaan, dan boleh menimbulkan gas dan kembung perut. Apa pun, cara yang terbaik untuk meminta pendapat adalah melalui doktor anda.

Cara mengatasi Perut Kembung
Mungkin anda menyedari cara anda makan adalah cepat, bertenang ketika makan, ambil masa anda dan duduk di kerusi. Mungkin anda boleh minum tanpa menggunakan straw kerana minum dengan straw menyebabkan udara masuk ke dalam badan anda.

Elakkan juga berbual semasa mulut penuh di mulut anda, selain itu cuba elakkan untuk meminum minuman berkarbonat dan anda boleh mengantikan dengan meminum air kosong atau air suam. Sekiranya anda tidak menyukai minum air kosong, anda boleh menambahkan perisa lemon, madu, atau lain-lain selain dari minuman yang mengandungi karbonat.

Sekiranya tidak memakan sayur-sayuran seperti kobis,kacang, akan menyebabkan anda kurang selera untuk makan, cuba untuk mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Gantikan tabiat menguyah gula-gula getah dengan mengunyah sayuran yang berkhasiat.

Sesetengah orang menghadapi masalah dengan laktosa iaitu gula semulajadi yang terdapat di dalam prodak tenusu ataupun mungkin anda juga bermasalah dengan kandungan gluten iaitu protien yang terdapat dalam barli, rai atau gandum.

Cuba untuk tidak memakan makanan ini sekiranya boleh membantu masalah kembung perut anda. Jika anda sukar untuk meninggalkan makanan ini, mungkin doktor anda boleh membantu. Rujukan asal Herbalife.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.