Home » » Projek Menulis 1000 Artikel

Projek Menulis 1000 Artikel

Jika sudah minat menulis artikel dalam blog, tentunya kita masing-masing memiliki target yang tersendiri. Penulis bercita-cita ingin menulis artikel dalam anggaran 1000 artikel dalam masa setahun lebih atau dua tahun dalam dunia penulisan blog.

Tema blog ini lebih kepada rujukan mengenai semua perkara tentang apa yang dicari oleh manusia. Artikel dalam blog ini memberi informasi, panduan, dan rujukan kepada semua rakyat khususnya di Malaysia.

 Apa yang difikirkan oleh penulis, itulah yang ditulis dan kesemua artikel dalam blog ini lebih kepada kata hati penulis tetapi bergantung kepada tajuk-tajuk yang ditentukan oleh penulis sendiri.
Blogger1
Mengapa menulis tentang semua perkara? Seperti yang saya katakan, saya menulis apa yang mungkin dicari oleh orang dalam internet dan juga sistem google pada ketika ini lebih kepada semantik search yang bermaksud penetuan pencarian yang paling releven.

Ini bermakna saya tidak perlu menulis bergantung kepada niche tertentu sahaja walaupun niche menjurus kepada satu pembahasan tajuk yang besar adalah bagus.

Saya telah melakukan kajian yang mendalam kenapa saya melakukan penulisan dengan berbagai-bagai tajuk dengan merujuk kepada web terkenal dunia seperti wikihow, ehow dan berbagai lagi blogger yang terkenal dan mereka tidak merujuk hanya semata-mata pada niche tertentu kerana anda boleh mengketegorikan penulisan anda.

Penulisan melalui blog memerlukan minat yang mendalam, tanpa minat, anda hanya menghasilkan artikel-artikel yang kurang berkualiti.

Seorang wanita di Indonesia dan juga pengelola blog Juragan Cipir mampu menulis banyak artikel setiap hari hinggakan mampu menghasilkan beribu dollar sebulan dan usaha kerja kerasnya setiap malam telah menbuahkan  hasil yang amat lumayan.

Saya masih baru mengenai dunia blog dan perlu belajar lagi banyak tentang penulisan. Jika anda ingin belajar mengenai tutorial blog, belajarlah dengan merujuk kepada blogger-blogger dari Indonesia kerana bagi pandangan peribadi saya, blogger indonesia amat hebat.

Penulis akan menulis selagi terdaya dan tidak menyangka akan terjebak dalam dunia penulisan kerana sebelum ini, pada usia remaja, cita-cita untuk menjadi penulis tiada dalam senarai dalam impian hidup ini. Satu panduan kepada penulis yang berad di luar sana, menulislah tentang sesuatu yang memberikan kebaikan kepada semua orang dan anda tidak akan rugi tentang itu.

Jika diberikan kesihatan yang baik, saya memasang impian untuk menjadikan artikel dalam blog ini mencapai 10,950 artikel dalam sepuluh tahun yang akan datang jika saya menulis minima tiga artikel setiap hari.

Mampuhkah anda melakukan semua itu? Jika anda katakan boleh, anda boleh menghasilkan artikel jumlah yang melebihi daripada itu.

Jika anda inginkan menulis lebih banyak artikel dalam masa yang singkat, anda boleh bergabung dengan kawan, isteri, suami, atau saudara-mara anda kerana kebanyakan mereka yang berjaya telah bergabung dengan ramai penulis.

Menulis blog umpama anda berkarya dalam sebuah lukisan kerta putih, anda lah yang mencorakkan bolg milik anda sama anda menarik ataupun sebaliknya. Semakin lama anda berkarya, semakin itu juga orang sentiasa akan singgah di blog anda.

Kadang-kadang pengunjung lama akan datang semula dan pengunjung baru pun semakin hari semakin bertambah. Artikel ini ditulis hanyalah coretan penulis untuk memenuhi penulisan dan sebagai penguat semangat untuk diri sendiri dan perkongsiaan kepada blogger di luar sana.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.