Home » » Petua Hilangkan Sakit Telinga Akibat Dijangkiti Kulat

Petua Hilangkan Sakit Telinga Akibat Dijangkiti Kulat

Apabila kita menghadapi sakit telinga akibat dijangkiti bakteria atau kulat, ia adalah hari yang benar-benar 'bad mood' kerana kesakitan yang dialami.

Apabila anda mengadapi situasi ini, cara yang terbaik adalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan doktor ini akan melihat sejauh mana teruknya keadaan teling anda.

Selalunya bagi kesakitan biasa, doktor akan memberikan ubat titik/titis biasa dan ubat penahan sakit kepada anda.

Jika keadaan agak teruk sedikit, doktor akan memberikan anda ubat titis yang mengandungi antibiotik, walau begitu, menurut doktor, jika jangkitan akibat dari kulat, pengunaan ubat titis antibiotik tidak sesuai kerana ubat tersebut tidak mampu membunuh kulat yang berada dalam telinga.

Ubat khas anti kulat atau anti fungus perlu diambil untuk membunuh kulat yang menyebabkan kesakitan telinga.
sakit telinga
PETUA HILANGKAN SAKIT TELINGA AKIBAT JANGKITAN KULAT

Elakkan telinga dari terkena air- Apabila anda mula merasa sakit telinga akibat jangkitan, pertama sekali anda mesti lakukan adalah, elakkan telinga anda dari terkena air semasa mandi, kerana kulat akan bertambah aktif apabila telinga anda mempunyai air.

Elakkan juga dari mandi di kolam renang atau sungai kerana telinga anda akan bertambah sakit. Menutup telinga dengan kapas atau menggunakan penutup khas rambut untuk menutup telinga anda semasa mandi adalah idea yang bijak untuk memastikan telinga anda tidak dimasuki air.

Elakkan mengorek telinga dengan putik kapas- Menurut doktor, penyebab utama telinga sakit adalah disebabkan kekerapan mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas dan ini menyebabkan dinding saluran telinga akan luka akibat kekerapan mengorek di kawasan salur telinga tersebut dan ditambahi dengan air masuk di salur telinga semasa mandi di kolam renang, mandi di rumah, atau sungai menyebabkan terdapatnya jangkitan dari bakteria atau kulat dalam salur telinga.

Selain itu, elakkan juga mengorek telinga anda dengan jari, benda-benda tajam seperti kunci kerana tidak menjamin kebersihan.

Gunakan ubat titis anti kulat- Sebaik anda mengetahui telinga anda dijangkiti kulat, elakkan menggunakan ubat titik kerana ianya tidak berkesan tetapi kesakitan telinga anda akan bertambah teruk. Penggunaan anti kulat adalah jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah anda kerana ia mampu membunuh kulat yang berada di salur telinga. Untuk mendapatkan ubat ini, anda boleh mendapatkannya di farmasi atau dengan doktor anda.

Gunakan minyak gamat- Jika anda tidak memperolehi ubat anti kulat, anda masih boleh menggunakan minyak gamat kerana minyak ini mampu membunuh kulat yang berada di dalam salur telinga. Gunakan putik kapas, celupkan ke dalam minyak gamat dan masukkan putik kapas ini ke dalam telinga secara perlahan-lahan. Amalkan setiap hari sehingga, sakit telinga anda hilang.

Saya pernah dijangkiti kulat di salur telinga beberapa bulan yang lepas selepas mandi. Saya sebenarnya kerap mengorek telinga dan mungkin, jangkitan berlaku semasa telinga dimasuki oleh air yang mana mungkin terdapat luka akibat selalu mengorek telinga. Saya telah berjumpa dengan doktor di sebuah klinik di Labuan dan mengatakan salur telinga saya telah mengalami jangkitan dan hanya memberikan ubat titis dan penahan sakit. Saya meminta ubat pil antibiotik tetapi doktor tidak memberikan kepada saya kerana, jangkitan di telinga tidak mampu merawat dengan hanya memakan pil antibiotik kerana menurut doktor tersebut, saluran darah ke telinga amat sedikit dan pengambilan pil antibiotik tidak berkesan jika mengalami sakit telinga.

Saya menggunakan ubat titis yang diberikan oleh doktor lebih kurang seminggu, ubat ini tidak mengalami sebarang kesan kerana mungkin saya mandi tanpa menutup telinga, ini menyebabkan air sering masuk di salur telinga saya. Selang beberapa hari, telinga ini bertambah sakit dan rahang serta gusi di bahagian gigi gerham pula telah membengkak hinggakan saya tidak mampu menjamah apa-apa makanan. Saya telah berjumpa dengan doktor yang sama semula, dia melakukan pemeriksaan rapi keatas telinga saya dan mengatakan telinga saya bukan dijangkiti oleh bakteria tetapi telah dijangkiti oleh kulat.

Doktor yang merawat saya juga mengatakan, gusi dan rahang saya sakit disebabkan kerana salur telinga saya telah mengalami jangkitan dan ini memberikan kesan keatas otot di rahang yang bersambung dengan otot di telinga. Doktor ini telah memberikan saya ubat penahan sakit dan ubat anti kulat. Apabila saya menggunakan ubat ini dalam anggaran 4 hari, sakit telinga saya telah beransur pulih dan telah pulih sepenuhnya selepas seminggu. Amat lega rasanya apabila telinga sembuh dari jangkitan penyakit kulat yang amat menyeksakan.

Tips-tips ini adalah sebagai makluman am anda sahaja dan hanya berdasarkan pengalaman penulis semasa mengalami sakit telinga akibat dijangkiti kulat. Penulisan ini hanya merujuk kepada penerangan doktor semasa rawatan. Untuk peringatan anda, menggunakan tips ini tidak menjamin mampu merawat kesakitan telinga anda kerana anda perlu merujuk sepenuhnya doktor anda untuk memastikan punca sebenar kesakitan telinga anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.