Home » » Pengalaman Tukar Timing Belt Kereta Perodua Viva

Pengalaman Tukar Timing Belt Kereta Perodua Viva

Saya ingin berkongsi dengan anda satu tips dan cerita, mengenai pengalaman saya semasa menghantar kereta untuk menukar timing belt kereta jenis Perodua Viva EX850 model tahun 2007 di sebuah bengkel di Labuan. Untuk pengetahuan anda kereta ini adalah milik saya.

Sebenarnya, tujuan saya ke bengkel hanya untuk menukar minyak hitam kerana tempoh kilometer 5000 telah pun sampai dan ini bermakna minyak hitam perlu ditukar.

Semasa mekanik di bengkel sedang proses menukar minyak hitam dan filter di kereta Perodua Viva, dia mengatakan timing belt perlu ditukar kerana mileage untuk penukaran timing belt telah pun sampai dan mengatakan timing belt telah menunjukkan tanda-tanda retak. Pada masa itu, mileage kereta Viva ini menunjukkan 81,000 KM.

Saya mengatakan Produa menetapkan 90,000 KM disyorkan untuk menukar timing belt tetapi mekanik itu mengatakan, jika kereta Toyota beliau masih yakin untuk membawa kereta sehingga mileage 120,000 KM tetapi jika Perodua beliau tidak merasa yakin kerana berdasarkan pengalamannya sebagai mekanik selama 20 Tahun.
Timing belt kereta viva
Contoh Timing Belt

Mekanik tersebut mengatakan, dia telah menukar minyak hitam sebuah kereta Viva yang dtelah datang ke bengkelnya dan pada masa itu mileage dalam anggaran 80,000 KM, beliau  telah mendapati timing belt kereta tersebut telah hampir putus.

Jika pemilik kereta tersebut tidak datang ke bengkelnya, kereta tersebut akan mengalami kerosakan yang teruk dan yang paling ditakuti adalah timing belt putus ketika berada di jalan raya. Jika timing belt putus, akan banyak kompenen-kompenen dalam enjin akan mengalami kerosakkan dan memerlukan pembaikkan dengan kos yang tinggi.

Pada hari itu juga, saya telah melakukan penukaran timing belt keatas kereta Viva saya dan memilih untuk membeli full kit timing belt original Jepun berharga RM200 tetapi setelah melakukan rundingan dengan 'taukeh' kedai alat ganti, saya memperolehi harga RM180.

Saya telah lupa jenama timing belt tersebut tetapi ianya mempunyai warannty sehingga dua tahun dan maksima penggunaan mileage adalah 100,000 KM. Kereta Viva terpaksa saya tinggalkan selama sehari di bengkel kerana mekanik mengatakan, perlu memerlukan masa untuk menukar timing belt kerana beberapa kompenen di bahagian enjin perlu dibuka terlebih dahulu barulah boleh melakukan penukaran timing belt.

Penukaran timing belt ini, saya terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM120 untuk kos upah mekanik untuk melakukan penukaran timing belt. Jika anda memiliki kereta Perodua Viva, pastikan anda selalu melakukan pemeriksaan timing belt kereta anda lebih-lebih lagi mileage telah mencapai 80,000KM.

Melalui penerangan mekanik, timing belt  tidak memberikan apa-apa tanda kerana ia akan putus secara tiba-tiba. Jika anda mendengar sesuatu bunyi yang asing di bahagian enjin kereta anda, cuba jirus dengan sedikit air di bahagian timing belt semasa dalam keadaan berpusing. Jika bunyi tersebut hilang, ini menandakan, anda perlu menukart timing belt dengan segera.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.