Home » » Pelan Istimewa UMobile Power Prepaid

Pelan Istimewa UMobile Power Prepaid

Penulis ingin berkongsi kepada anda mengenai kelebihan penggunaan sim kad pek prabayar terbaru UMobile yang dikenali sebagai Power Prepaid yang menurut pandangan penulis memiliki keistimewaan tersendiri kerana pelan yang mereka tawarkan mampu bersaing dengan syarikat telco lain di negara ini.

Jika anda meneliti, kadar panggilan, kadar Internet, SMS, MMS, plan ini sebenarnya amat murah dan pandangan penulis, anda boleh menggunakan sim kad mereka untuk kegunaan anda.

Jika anda pergi ke mana-mana kedai menjual sim kad prabayar, anda boleh mendapatkan pek sim Power Prepaid dengan berharga RM8.50sen dimana jumlah kredit adalah sebanyak RM5. Anda juga akan menikmati panggilan percuma sebanyak 150 minit dalam tempoh 10 hari.

Selain itu, pengaktifan sim ini, anda boleh menikmati sebanyak 200MB Internet berkelajuan tinggi dengan 4G lite. Bagaimana dengan panggilan suara dan SMS? Untuk panggilan suara, hanya RM0.05sen sahaja bagi setiap 30 saat bagi semua rangkaian. Bagi sistem SMS pula, hanya RM0.08sen setiap SMS yang anda hantar ke semua rangkaian lain.

UMobile
UMobile Power Prepaid
Bagi pengguna UMobile yang menggunakan plan prabayar yang lama dan ingin menukar ke plan yang baru anda boleh bertukar ke plan ini dengan mendail *118*6*2*3# ataupun dengan menghantar SMS dengan menaip dengan huruf besar, MIG POWER dan hantar ke 28118.

Walau begitu, penukaran pelan akan dicaj sebanyak RM3. Penukaran pelan ini memerlukan 10 hari untuk pelan ini benar-benar aktif. Penukaran pelan ini juga akan menyebabkan semua pakej, ganjaran, tempoh sah pelan yang terdahulu akan terbatal dan hanya baki kredit sahaja yang akan dibawah ke hadapan.

Selain itu, apa yang menarik juga mengenai pelan mereka adalah, anda akan menikmati Internet asas percuma sepanjang hayat dan jika anda melakukan penambahan kredit anggaran minima RM10, anda akan menikmati Internet berkelajuan tinggi (4G) sebanyak 1GB selama sebulan. Bagaimana? adakah pakej ini menarik minat anda? Bagi pandangan penulis, pakej yang mereka tawarkan agak menarik.

Untuk menyemak baki UMobile, anda hanya perlu mendail, *118# dan untuk menyemak penggunaan percuma yang ditawarkan kepada anda, anda boleh menyemak dengan mendail, *118*6*3#.

Apa yang difahami penulis, tempoh sah aktif kredit bergantung kepada jumlah topup yang anda beli misalnya, jika pembelian kredit adalah RM1, tempoh sah aktif kredit anda adalah sehari dan jika anda topup kredit anda sebanyak RM30, tempoh sah kredit anda adalah 30 hari. Manakala pengiraan panggilan percuma yang diberikan adalah 15 minit setiap hari bergantung kepada tempoh aktif sim anda.

Tawaran pakej ini hanya sah sehingga 30 disember 2015. Jika anda benar-benar berminat mengenai pakej yang mereka tawarkan, anda boleh mendapatkan sim ini sebelum sampai ke tarik promosi tamat.

Pakej ini ditulis hanya rujukan am sahaja dan  jika anda benar-benar ingin mengetahu lebih lanjut mengenai tawaran mereka, rujuklah dengan ejen UMobile yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Artikel ini ditulis berpandu kepada tawaran terkini UMobile dengan merujuk melalui web rasmi mereka.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.