Home » » Panduan Lengkap Cara Dapatkan Sijil PMR / SRP, SPM / LCE / MCE Dan STPM

Panduan Lengkap Cara Dapatkan Sijil PMR / SRP, SPM / LCE / MCE Dan STPM

Tentunya sesetengah dari anda pernah kehilangan sijil PMR,SPM / LCE / MCE atau sijil STPM. Sijil ini amat penting sekali terutama semasa anda ingin mendapatkan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian awam atau swasta.

Kadang-kadang, kehilangan sijil berpunca dari kecuaian kita sendiri atau berlaku musibah keatas diri anda misalnya, rumah terbakar, berlakunya banjir dan sebagainya.

Jangan risau, anda masih mempunyai cara untuk mendapatkan sijil ini semula berdasarkan prosuder yang ditetapkan oleh pijak yang berwajib.
Sijil SPM
Contoh Sijil SPM
Prosuder memohon sijil/penyata PMR,SPM / LCE / MCE
Untuk pengetahuan anda, sijil ini hanya dicetak sekali sahaja dan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak akan mengeluarkan sijil PMR yang telah hilang tetapi hanya akan mengeluarkan penyata keputusan sahaja.

Jika anda ingin mendapatkan sijil atau penyata, anda boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat Jabatan Pelajaran yang berdekatan. Sekiranya anda telah selesai mengisi borang ini, anda perlu menyertakan sekali surat sumpah bersama-sama dengan borang permohonan anda.

Borang permohonan sijil juga boleh diperolehi secara online, anda boleh memuat turun borang ini di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia melalui link ini,
Borang Permohonan Sijil PMR,SPM/LCE/MCE.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan semasa mengisi borang surat sumpah.

1. Nama sebenar anda yang digunakan semasa pemeriksaan
2. Nombor IC/Maykad
3. Date of birth/Tarikh lahir anda
4. Nombor angka giliran dan juga nombor pusat peperiksaan
5. Jenis peperiksaan yang anda ambil, misalnya PMR atau SPM
6. Tahun anda menduduki peperiksaan
7. Nama Sekolah tempat anda menduduki peperiksaan
8. Tahun anda menduduki peperiksaan
9. Jika anda masih memiliki salinan penyata atau sijil, sila sertakan sekali sebagai rujukan

*Jika anda datang sendiri di Pusat Jabatan Pelajaran Malaysia di Putrajaya, surat akuan sumpah tidak diperlukan.

Sekiranya anda telah selesai dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, anda boleh menghantar permohonan anda dan setiap helaian sijil atau penyata yang anda perlukan, akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.

Pembayaran boleh dibuat dengan dengan cara seperti ini,

1. Wang Pos (Postal Oder)
2. Kiriman Wang (Money Oder)
3. Pembayaran atas nama "PENGARAH PEPERIKSAAN''.
4. Pembayaran melalui cek persendirian tidak akan diterima
5. Bayaran tunai hanya diterima sekiranya anda datang terus ke Kaunter Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Kompleks Kerajaan, Parcel E, Putrajaya, Malaysia.

Jika borang permohonan anda tidak lengkap atau dokumen diperlukan tidak mencukupi, permohonan anda tidak akan diproses dan juga wang anda tidak akan dikembalikan. Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh menghubungi terus talian Jabatan Pelajaran Malaysia melalui nombor ini,

Nombor telefon Jabatan Pelajaran Malaysia Putrajaya : 03-88843526/03-88843528

Cara Memohon sijil STPM yang dikembalikan ke MPM
Jika anda adalah permohon dari sekolah, anda boleh mendapatkan sijil STPM melalui sekolah anda. Setiap pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan STPM dan Keputusan ini telah dikeluarkan, anda akan diberi tempoh selama 12 bulan menuntut sijil anda di sekolah anda. Sekiranya sijil ini tidak dituntut, pihak sekolah akan mengembalikan sijil ini ke Majlis Pemeriksaan Malaysia (MPM) dan anda harus sendiri berurusan dengan MPM.

Untuk menuntut semula sijil yang telah dikembalikan ke MPM, anda harus melakukan,

1. Pembayaran sebanyak RM50
2. Slip keputusan peperiksaan (sekiranya ada)
3. Salinan Maykad/IC
4. Sampul surat beralamat sendiri berukuran (38cm x 26),Berstem RM2,dan juga berserta Pos Daftar (bar Code) bernilai RM2.20.
5. Anda boleh memuat turun borang tuntutan sijil di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui link ini, Borang Tuntutan Sijil STPM.

Cara memohon penyata/sijil STPM yang hilang
Sekiranya sijil anda hilang atau anda ingin mendapatkan penyata yang disahkan anda boleh terus memohon melalui MPM dengan menyediakan dokumen dan keperluan-keperluan seperti dibawah.

1. Salinan kad pengenalan disahkan oleh pengetua Sekolah/Pegawai Gred A
2. Permohonan penyata keputusan dikenakan bayaran sebanyak RM20 untuk pertama kali, Bayaran RM30 untuk kali kedua dan bayaran RM50 untuk kali ketiga.
3. Bayaran melalui kiriman wang/wang pos, atas nama "KETUA EKSEKUTIF MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA".
4. Anda boleh memuat turun borang permohonan penyata di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui link ini, Borang Penyata Keputusan STPM.

1. Permohonan mendapatkan salinan sijil STPM akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.
2. Anda boleh memuat turun borang permohonan sijil di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui link ini, Borang Permohonan salinan sijil STPM.

Cara dapatkan salinan sijil STPM versi bahasa Inggeris
Ini khas untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, anda akan dikenakan bayaran RM50 setiap sijil versi bahasa inggeris yang anda pohon. Anda perlu mengemukakan nama dan alamat unijversiti yang anda pohon.

Selain itu, salinan sijil atau salinan penyata STPM perlu disertakan sekali untuk rujukan mereka. Pihak MPM akan terus menghantar sijil anda kepada universiti luar negara yang anda pohon tanpa melalui anda. Walau begitu, resit penghantaran sijil akan dihantar kepada permohon.

Artikel ini merujuk sepenuhnya informasi dari web rasmi MPM sebagai tujukan utama penulisan. Artikel ini hanyalah sebagai panduan am dan anda perlu merujuk kepada pihak yang berkaitan jika terdapat sebarang keraguan kerana segala dasar bergantung kepada perubahan yang ditentukan oleh pihak mereka.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.