Home » » Panduan Dapatkan Kereta Sewa Di Pulau Labuan

Panduan Dapatkan Kereta Sewa Di Pulau Labuan

Jika anda berkira-kira datang ke Pulau Labuan untuk bercuti atau untuk urusan kerja, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan kereta sewa di pulau ini. Pulau in adalah pulau yang kecil tetapi dikunjungi oleh ramai orang setiap hari.

Kebanyakan pengunjung terdiri dari Negeri Sabah, Sarawak dan daripada Semenanjung Malaysia. Jika anda pertama kali datang di pulau ini, anda harus merujuk artikel ini untuk sebagai panduan anda.

Sebenarnya, pulau ini memiliki banyak syarikat kereta sewa dan anda tidak perlu risau untuk mendapatkannya. Anda boleh melakukan tempahan awal ataupun datang di pulau ini terus dan anda boleh mendapatkan segera kereta sewa tersebut. Baik, berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan kereta sewa yang ada di pulau ini.

Terminal feri antarabangsa Labuan- Jika anda daripada Sarawak, Brunei, atau Sabah, datang ke Labuan dengan menaiki feri, anda akan menuju hanya dua terminal pendaratan iaitu, melalui terminal feri kenderaan dan terminal feri antarabangsa Labuan.

Kedua-dua terminal ini adalah berhampiran atau hanya sebelah menyebelah. Apabila anda sampai di terminal ini, berhadapan dengan pintu utama untuk penumpang feri keluar di terminal feri antarabangsa Labuan, terdapat beberapa kaunter syarikat kereta sewa yang disediakan di area tersebut. Anda boleh menyewa kereta, basikal dan motorsikal yang disediakan oleh mereka khas pengunjung-pengunjung yang datang di pulau ini.

Kereta sewa Labuan
Pulau Labuan mempunyai banyak syarikat kereta sewa
Airport Labuan- Bagi pengunjung yang datang melalui kapal terbang daripada Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur, anda tentunya akan melalui airport di Labuan. Selepas anda keluar untuk mendapatkan bagasi anda, anda akan melihat beberapa kaunter yang disediakan oleh beberapa syarikat kereta sewa yang disediakan di kawasan tersebut.

Internet- Selain itu anda juga boleh melakukan carian melalui internet utuk mendapatkan kereta sewa di pulau ini kerana terdapat banyak syarikat kereta sewa melakukan promosi melalui iklan di internet.

Walau begitu, anda dinasihatkan, jangan melakukan bayaran awal sekiranya anda membuat tempahan melalui internet kerana dikhuatiri anda akan menghadapi masalah. Biar anda datang di pulau ini dahulu, barulah melakukan pembayaran dengan pemilik kereta sewa.

Berapakah harga kereta sewa yang ditawarkan di pulau ini? Sebenarnya, ianya bergantung dengan jenis kereta yang anda ingin sewa, sekiranya anda ingin menyewa Perodua Viva, anda boleh mendapatkan sewa dalam sehari anggaran RM50-RM60 sehari.

Untuk kepastian lanjut, berbincanglah dengan pemilik kereta sewa yang banyak di pulau ini. Artikel ini ditulis sebagai panduan dan makluman kepada pengunjung yang baru pertama kali datang di pulau ini dan merancang untuk menyewa kereta semasa berada di pulau Labuan.





Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.