Home » » Panduan Dapatkan Bilik Sewa Dan Rumah Sewa Di Pulau Labuan

Panduan Dapatkan Bilik Sewa Dan Rumah Sewa Di Pulau Labuan

Tip atau panduan ini adalah khusus kepada individu yang ingin mendapatkan bilik sewa atau rumah sewa di Pulau Labuan. Idea ini mungkin saya pernah tulis dalam artikel dalam bahasa inggeris sebelum ini tetapi ramai yang tidak memahaminya.

Baiklah, pulau Labuan adalah sebuah pulau yang sedang membangun pesat dari segi ekonomi yang mana kebanyakan penduduk di pulau ini adalah bekerja sebagai offshore atau cari gali minyak yang menawarkan gaji yang cukup lumayan hinggakan pulau ini digelar sebagai pulau untuk offshore.

Setiap pagi atau petang, anda akan melihat pekerja-pekerja cari gali akan ke pelantar minyak yang berhampiran atau sesetengah dari mereka mungkin baru balik dari bekerja dengan memakai pakain overoll kerja dari syarikat Petronas, dan syrikat carigali swasta.
Selain itu, banyak kilang-kilang seperti kilang tepung, kilang besi, pusat membuat kapal (Ship Yard), bangunan-bangunan jabatan kerajaan menjadikan pulau yang kecil ini sesak dengan kenderaan dan penduduk daripada luar untuk mencari rezeki di pulau ini.

Hal ini menjadikan kesukaran untuk mendapatkan rumah-rumah sewa dan bilik sewa di pulau ini dan sesetengah dari mereka mengambil kesempatan untuk menyewakan bilik sewa dan rumah sewa yang cukup mahal kepada mereka yang ingin tinggal di pulau ini.

Untuk pengetahuan anda, penulis tinggal di pulau ini dan mungkin anda boleh membuat sedikit rujukan mengenai artikel ini cara untuk mendapatkan  rumah sewa atau bilik sewa yang ditawarkan di pulau ini sebagai panduan anda.

Untuk mencari rumah sewa di pulau ini, anda boleh merujuk kepada laman web paling popular di Malaysia iaitu mudah.com.my kerana kadang-kadang, sesetengah pemilik rumah, pemilik bilik akan mempamerkan bilik dan rumah untuk disewa melalui platform website berkenaan.

Walau begitu, anda mesti rajin untuk melihat web ini setiap hari kerana, kebanyakan orang yang ingin mencari bilik sewa dan rumah sewa akan melihat mudah.com.

Cara yang kedua adalah melalui kawan atau kenalan anda sendiri, sebelum anda datang di pulau ini, bertanyalah kepada kawan-kawan anda sekiranya terdapat rumah sewa atau bilik sewa yang ditawarkan kepada orang ramai di pulau ini.

Cara ini mungkin agak berkesan kerana, kawan anda membantu anda atau bertanya dengan kawan-kawan mereka yang lain mengenai rumah sewa atau bilik sewa di pulau ini. Tahukah anda, amat sukar untuk mendapatkan rumah sewa di pulau ini jika anda tidak tahu cara untuk mendapatkannya.

Satu-satunya shopping kompleks atau pusat membeli belah yang terbesar di pulau ini adalah Ujana Kewangan dan juga pusat pejabat-pejabat kerajaan terletak di bangunan ini. Pusat membeli belah ini adalah tumpuan ramai orang setiap hari dan akan menjadi sesak oleh pengunjung pada hujung minggu.

Jika anda melawat atau mengunjungi shopping kompleks ini, anda akan melihat di beberapa sudut atau dinding di kawasan kedai-kedai terpamer iklan-iklan daripada orang ramai mengenai iklan untuk rumah sewa, bilik sewa,kereta untuk disewa,kerja kosong dan macam-macam lagi iklan yang dipamerkan.

Anda boleh merujuk iklan-iklan ini ntuk mendapatkan rumah sewa dan bilik sewa yang ditawarkan kepada orang ramai di sekitar pulau ini.

Selain itu, penulis juga mencadangkan anda untuk memasuki sebuah group membeli belah, group mengenai informasi-informasi semasa di pulau ini di group yang digelar 'No Next macam2 ada disini' di Facebook. Semasa artikel ini ditulis, group Facebook ini telah mencecah ahli sehingga 70,951 Ahli.

Anda mungkin boleh bertanya, atau meletakkan komen di group ini kerana ahli yang berada di group ini kebanyakan adalah penduduk-penduduk yang berada di pulau ini. Penulis percaya ada yang akan membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, harga rumah sewa yang paling rendah di pulau ini dalam anggaran RM 600 hingga RM700 untuk rumah apartment. Tetapi harga tersebut pada masa ini sukar untuk diperolehi kerana permintaan tinggi daripada pekerja offshore, dan pada masa ini harga boleh mencecah sehingga RM900 hingga RM1500.

Jika rumah teres, harga sewa yang dalam anggaran RM1000 hingga RM5,000 tetapi bergantung dengan keadaan rumah dan jarak dari bandar. Jika anda ingin mendapatkan rumah yang agak murah, anda boleh mencari di kawasan-kawasan kampung kerana sewa yang mereka tawarkan agak rendah berbanding di kawasan bandar.

Bilik sewa yang ditawarkan di kawasan bandar dalam anggaran RM400 hingga RM600 dalam sebuah bilik. Semoga artikel ini bermanfaat dan jumpa lagi.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.