Home » » Nasihat Google Untuk Menulis Artikel dalam Bahasa Malaysia

Nasihat Google Untuk Menulis Artikel dalam Bahasa Malaysia

Baru-baru ini, saya memperolehi mesej dari google untuk menulis dalam bahasa Melayu kerana Google mengatakan, blog bahasa Melayu berpotensi untuk memperolehi pembaca dari seluruh dunia semenjak bahasa Melayu di terima oleh Adsense pada bulan april tahun 2015.

Penulis sebenarnya amat berminat untuk menulis dalam bahasa inggeris tetapi kerana pihak Google menasihatkan untuk menulis dalam bahasa Melayu, saya mengambil keputusan untuk menurut saranan dari pihak Google.

Perjuangan menulis blog sebagai hobi
Saya menulis di blog ini bermula pada awal tahun 2015 mengenai semua perkara yang saya ketahui dalam penulisan bahasa Inggeris. Penulisan di blog ini sebenarnya penulisan sebagai hobi semata-mata dan sebagai publisher, saya harus mengupdate artikel sebanyak yang boleh setiap hari.

Walau begitu, untuk menulis setiap hari, tidak lah mudah seperti yang anda fikirkan, ia mesti memiliki komitmen yang amat tinggi dan minat yang amat mendalam dalam bidang penulisan.

Penulis pada masa ini memiliki beberapa komitmen mengenai bisnes kecil-kecilan selain menulis di blog, ini bermakna, saya agak kurang untuk mengupdate artikel-artikel terkini, walau bagaimanapun, saya akan cuba mengupdate artikel penulisan bahasa Melayu sekerap yang boleh.
Mesej Google

Blog bahasa Malaysia persaingan hebat dari blogger Indonesia
Walaupun Google mengatakan blog Bahasa Malaysia mempunyai potensi, negara jiran, iaitu Indonesia, bahasa negara tersebut telah diterima oleh Adsense awal febuari 2012 dan hal ini telah menyebabkan kewujudan beribu penulis hebat dari negara tersebut sehinggakan kebanyakan rujukan mengenai tutorial blog, teknik SEO, dan macam-macam lagi, terarah kepada artikel dari negara Indonesia.

Misalnya anda ingin belajar bagaimana untuk mencipta blog, jika anda melakukan pencarian di Internet, kebanyakan tutorial akan merujuk kepada artikel dari blogger Indonesia. Ini menandakan, kurangnya blogger di negara ini menulis artikel mengenai blog di Malaysia, jika ada pun, hanya sedikit sahaja.

Penulis tidak akan menulis lagi artikel bahasa Inggeris
Saya mengambil keputusan tidak akan menulis artikel bahasa inggeris buat masa ini sehingga saya memperolehi template responsive blog yang sesuai untuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Selain itu, artikel bahasa Inggeris memiliki persaingan yang amat ketat sekali di dalam dunia internet. Anda mesti melakukan penulisan yang benar-benar berkualiti diantara 1500-2500 patah perkataan untuk setiap artikel untuk memperolehi pembaca dari seluruh dunia.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.