Home » » Mengatasi Perasaan Panik, Takut, Gugup, Semasa Memandu Kereta Manual

Mengatasi Perasaan Panik, Takut, Gugup, Semasa Memandu Kereta Manual

Ramai yang takut, panik, gugup ketika memandu kereta manual, perasaan ini sering dialami oleh golongan lelaki atau perempuan diawal mereka belajar memandu kereta manual. Kandang-kadang, adakalanya, terdapat individu yang telah bertahun-tahun memiliki lesen memandu kereta, tetapi masih takut untuk memandu.

Sepatutnya, hal ini tidak berlaku lagi sebab anda telah lama memiliki lesen. Apa yang menyebabkan anda takut untuk memandu kereta tranmisi gear manual? Saya beranggapan, mereka yang membaca artikel ini adalah golongan yang takut untuk memandu.

Saya sebenarnya seperti anda juga, beberapa belas tahun yang lepas, semasa saya berumur belasan tahun, saya telah membawa lori milik abang saya secara senyap-senyap, walaupun takut untuk memandu, saya tetap membawa lori itu juga kerana sepupu saya yang lebih mudah dari saya ikut bersama dan dia tahu untuk memandu kereta manual.
Takut Memandu
Baik, ceritanya begini, di usia remaja, saya memiliki perangai yang agak nakal, semasa abang saya pergi ke kebun, saya telah menjumpai kunci lori yang disorokkan oleh abang saya di laci biliknya. Saya telah mengajak dua orang sepupu saya untuk ikut bersama dan salah seorang sepupu saya boleh mengajar cara-cara bagaimana gear manual berfungsi.

Walau begitu, saya hanya dapat menguasai gear satu sahaja dan lori itu boleh bergerak tanpa enjin mati. Saya telah memandu lori tersebut mengelilingi kampung bersama dua orang sepupu saya berulang-ulang kali dengan mengunakkan gear satu sahaja.

Jika difikirkan sekarang, penggunaan gear satu secara berterusan boleh merosakkan sistem gear box dan enjin.

Dipendekkan cerita, semasa saya melalui jalan yang berlopak, sambil memandang melalui tingkap, saya melihat kedudukan tayar yang selamat untuk dilalui di kawasan lopak kerana lopak di jalan tersebut agak dalam.

Saya tidak menyedari, kedudukan lori telah menghala ke permukaan bukit, apabila sepupu saya mengatakan kereta akan melanggar bukit, saya telah menjadi panik dan cuba untuk menekan brek tetapi saya telah tertekan pedal minyak hinggakan lori yang dipandu melanggar tepi bukit menyebabkan lori tersebut terbalik dan menjadi senget, tayar kiri depan dan belakang tidak menjejak tanah. Dalam keadaan kelam kabut, kami telah berjaya keluar dari lori tersebut.

Kami bertiga cuba untuk membetulkan kedudukan lori yang terbalik tetapi tidak berjaya, dengan bantuan dari bapa saudara saya yang kami panggil untuk meminta bantuan, lori itu berjaya dikembalikan ke kedudukan asal.

Saya telah dimarahi oleh abang saya akibat perbuatan nakal ini, dan semenjak dari itu, saya amat trauma untuk menaiki kereta dan tidak berhasrat untuk belajar memandu lagi. Tetapi kerana perubahan masa dan keadaan, semasa saya merantau di negeri orang, saya menghadapi kesukaran untuk bergerak ke mana-mana kerana tidak tahu untuk memandu dan takut untuk membawa kenderaan.

Dalam keadaan terpaksa, saya cuba untuk belajar di internet bagaimana untuk belajar kereta manual, bagaimana penggunaan gear, pedal clutch, brek dan minyak.

Kerana tidak memiliki kereta pada masa itu, saya berimiginasi untuk membawa sebuah kenderaan kereta manual, saya lakukan teknik imiginasi ini ketika berada di dalam rumah, saya cuba mengingati pergerakan-pergerakan gear manual, cara penggunaan pedal clutch, brek dan clutch.

Saya lakukan teknik ini beberapa hari sehinggalah saya dapat mengingati secara jelas cara pergerakan tombol gera manual, penggunaan pedal clutch, brek dan minyak. Selain itu juga saya juga belajar teknik teknik penguasaan brek tangan dan stering.

Apabila saya menguasai teknik secara imiginasi, saya mula bertambah yakin saya mampu memandu kereta manual dengan mudah dan saya tidak sabar untuk memandu kereta manual.

Ketakutan saya mula hilang dan saya sentiasa memikirkan orang lain mampu memandu kereta manual, kenapa kita tidak? Pada hari itu, saya meminjam kereta manual milik kawan saya pada masa itu dan sukar dipercayai, saya mampu memandu tanpa bantuan dari sesiapa.

Pada mulanya, perasaan takut, panik, gugup memang ada dan perasaan ini normal bagi semua orang. Tetapi apabila saya menguasai teknik penggunaan tombol gear, pedal clutch, brek, minyak, brek tangan dan stering. Ketakutan untuk memandu kenderaan hilang dengan sendirinya.

Pada pandangan saya, individu yang memiliki perasaan takut untuk memandu kerana, mereka gagal untuk menguasai sepenuhnya penggunaan tombol gear, penggunaan pedal clutch, brek, minyak, stering dan brek tangan.

Tahukah anda, perasaan takut untuk memandu akan hilang walaupun kereta anda berhenti di jalan yang berbukit yang tinggi, menuruni bukit, dan sebagainya. Keyakinan akan timbul dengan sendirinya kerana anda tahu untuk menggunakan kereta manual.

Semasa anda belajar di sekolah memandu, belajar, fokus, dan ingat semula apa yang diajar oleh tenaga pengajar anda.

Penulis menyelitkan kisah peribadi bagaimana untuk cara menghilangkan perasaan panik, takut, gugup ketika memandu kereta manual untuk memudahkan anda apa yang disampaikan oleh penulis untuk pemahaman anda.

Penguasan dan fokus untuk mengatasi apa yang anda tidak fahami adalah kunci utama untuk mengatasi masalah anda. Seorang kawan saya takut memandu sehingga sekarang walaupun umurnya telah mencapai empat puluh lebih tahun, ini disebabkan ketakutan yang melampau, trauma, dan tiada keinginan untuk belajar bagaimana untuk memandu dengan betul.

Dalam bahasa inggeris dikenali sebagai driving phobia .

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

2 comments

Teknik imaginasi saya gunakan sebagai cara saya berhadapan dengan orang.Betul teknik ini kekadang membantu. Terima kasih atas perkongsian.

Tq cik Nurul, moga membantu ;)

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.