Home » » Khasiat Minyak Kayu Putih

Khasiat Minyak Kayu Putih

Apakah khasiat minyak kayu putih? Minyak ini memiliki pelbagai kegunaan kepada kesihatan tubuh manusia dan telah diwarisi turun-temurun sejak dari dahulu lagi terutamanya penduduk di Asia Tenggara.

Di Malaysia terutama sekali di Sabah, penggunaan minyak ini amat popular dan sebagai satu kemestian, setiap keluarga memiliki minyak ini sebagai persediaan untuk sakit-sakit tertentu atau untuk kegunaan sehari-hari. Dalam bahasa inggeris, minyak ini dikenali sebagai 'eucalyptus oil'.

Khasiat minyak kayu putih kepada manusia

1. Melegakan batuk atau selesma- Minyak ini amat bagus untuk mengurangi batuk atau selesma. Cara penggunaan adalah, tuang satu sudu teh penuh ke dalam satu jug yang berisi air panas dan dengan menggunakan kain, tutup kepala anda ke dalam jug dan biar anda melakukan sedutan keatas wap air panas tersebut dalam beberapa minit. Cara ini bukan sahaja melegakan selesma dan batuk anda tetapi membuat anda merasa segar dan bersemangat.

2. Meredahkan kembung perut- Apabila perut anda merasa sakit akibat angin atau ketidak hadaman, sapu dan gosok minyak air putih ke bahagian perut anda secara perlahan-lahan sehinga anda merasakan kehangatan minyak ini. Sakit perut anda akan perlahan-lahan akan menghilang akibat keberkesanan dari minyak kayu putih.

Minyak Kayu Putih Kangaroo Brand Popular DI Sabah
3. Menghindar bayi atau kanak-kanak dari kembung perut- Minyak ini amat popular untuk diggunakan kepada kanak-kanak atau bayi untuk menghidari dari kembung perut akibat angin. Di negeri Sabah, setiap masyarakat atau terutama kaum ibu, menggunakan minyak ini untuk diggunakan kepada bayi atau anak-anak mereka untuk menghidari dari kembung perut.

Selalunya, selepas bayi atau kanak-kanak selesai mandi, kaum ibu akan meletakkan sedikit minyak ini ke bahagian ubun-ubun, belakang, dada, perut dan tapak kaki, anak-anak mereka sebagai persediaan untuk mengelakkan mereka dari kembung perut. Masyarakat di negeri ini menggunakan minyak kayu putih daripada Kangaroo Brand.

4. Minyak urut- Minyak ini boleh diggunakan sebagai minyak urut untuk melegakan akibat salah urat. Walau begitu, anda dinasihatkan untuk menggunakan orang yang berpengalaman untuk mengurut bahagian yang sakit akibat salah urat kerana urutan dilakukan tanpa step yang betul menyebabkan ianya bertambah sakit.

Menurut pengalaman penulis, apabila sakit akibat salah urat, minyak ini amat bagus apabila digunakan semasa berurut dengan tukang urut berpengalaman. Selain itu, ketegangan otot boleh menggunakan minyak ini.

5. Melegakan sakit kepala atau penyakit migrain- Bagi mereka yang kerap mengalami sakit kepala akibat magrain, anda boleh menyapu minyak kayu putih ini kerana ia mampu meredahkan kesakitan yang anda alami. Sapu sedikit minyak ini di dahi anda, urut secar perlahan-lahan sehinggalah keskitan kepala anda berkurangan.

6. Meredahkan mabuk perjalanan- Sesetengah orang merasa pening apabila melakukan perjalanan jauh ketika menaiki kenderaan atau mabuk semasa menaiki kapal laut. Anda menggunakan minyak ini untuk disapuh di bahagian kepala dan menghidu bau minyak ini untuk meredahkan mabuk anda. Sediakan minyak ini sebelum melakukan perjalanan yang jauh.

7. Meredahkan kesakitan akibat gigitan serangga- Akibat terlalu aktif bermain di luar rumah, kadang-kadang anak-anak kita akan digigit serangga misalnya, semut, nyamuk, ulat, dan ini menyebabkan kegatalan atau kesakitan pada bahagian yang digigit.

 Anda boleh menggunakan minyak ini dengan membersihkan terlebih dahulu kawasan yang gatal atau sakit dan sapu dengan menggunakan minyak ini. Minyak ini mampu meredahkan kegatalan atau kesakitan akibat gigitan serangga.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.