Home » , » Kemahiran Asas Bola Sepak

Kemahiran Asas Bola Sepak

Artikel ini adalah mengenai kemahiran asas bola sepak sebagai panduan kepada individu yang masih tidak mengetahui asas sebenar bola sepak.

Tips ini berpandukan dari artikel yang dikeluarkan oleh Federation Internationale de Football, Association. (FIFA) yang mana mengariskan panduan asas sebenar kemahiran bola sepak yang perlu dipelajari oleh setiap pemain bola sepak.

Pengetahuan ini amat penting kepada pemain bola kerana tanpa menguasai asas-asas ini, anda bukan seorang pemain bola sepak.

Kemahiran Timang/Timbang bola (Juggling / Control the ball)
Asas kemahiran bola sepak yang pertama adalah kemahiran anda mengenai teknik menimang bola. Teknik ini amat penting untuk dipelajari kerana ia melibatkan kemahiran untuk mengawal bola.

Teknik ini adalah paling sukar untuk dikuasai kerana anda mesti mempelajari teknik ini setiap hari untuk menguasai sepenuhnya cara untuk menimang bola.

Kemahiran menimang bola melibatkan penggunaan kaki kiri, kaki kanan, kepala, lutut, dan dada. Cuba anda melakukan timangan bola dengan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan?

Berapakah jumlah yang mampu anda lakukan? Untuk belajar teknik ini, anda boleh melihat banyak video tutorial di Youtube dan anda juga melihat teknik yang dilakukan oleh pemain-pemain antarabangsa terkenal seperti Ronaldinho, Ronaldo, dan banyak lagi.
Kemahiran Asas Bola Sepak

Kemahiran Mengelecek Bola (Dribbling / Running with the ball)
Ini adalah skill atau kemahiran yang banyak dikuasai oleh pemain bola sepak. Kemahiran mengelecek bola amat penting dalam permainan bola sepak dimana teknik ini digunakan untuk membawa bola untuk melepasi dari halangan lawan, menggunakan teknik ini perlu sebelum memperolehi bantuan dari rakan pasukan.

Selain itu, kemahiran ini memerlukan keseimbangan yang baik dan kestabilan yang baik. Untuk belajar cara ini, bermula dengan mengawal bola sambil berlari dengan mengunakan kaki kiri sahaja dengan mengawal bola dengan kedudukan zig-zag. Apabila kaki kiri telah mahir, cuba mengunakan teknik ini dengan menggunakan kaki kanan sahaja.

Apabila kaki kiri dan kanan telah menguasai teknik ini, cuba untuk menggunakan kedua belah kaki untuk mengawal bola sambil berlari dimana kaki kiri menolak bola ke kaki kanan dan kaki kanan menolak semula bola ke kaki kiri. Lakukan latihan ini setiap hari sehingga anda menguasai teknik ini dengan betul.

Kemahiran menghantar bola (Passing the ball)
Melalui pemerhatian pakar-pakar bola sepak, kelemahan utama pemain bola sepak adalah gagal untuk menguasai teknik menghantar bola.

Di negara Malaysia, kebanyakan pemain negeri atau pemain kebangsaan gagal menguasai teknik ini dengan baik dan anda boleh melihat setiap kali permainan di peringkat negeri atai kebangsaan, kekalahan utama pemain disebabkan kegagalan untuk menghantar bola dengan tepat.

Kemahiran menghantar bola ini memiliki dua ketegori iaitu hantaran pendek (short pass) dan hantaran panjang (long pass). Kemahiran ini bertujuan lebih kepada, membuat serangan, mengekalkan kawalan bola, menyerang balas, menukar arah permainan, dan hantaran bola akhir.

Lakukan setiap hari latihan ini untuk menjadikan anda mahir untuk menghantar bola kepada rakan pasukan dalam padang.

Kemahiran untuk menendang bola (Shooting)
Kemahiran untuk menendang bola perlu dikuasai dengan baik untuk memastikan anda menghasilkan tendangan yang padu dan mampu menendang bola dengan pelbagai kedudukan, kualiti teknikal, ciri fizikal, dan kualiti mental. Kemahiran ini penting untuk menghasilkan gol.

Kualiti teknikal
- Menendang bola dengan baik, ketepatan.

Ciri fizikal
- Kuasa, koordinasi, dan keseimbangan

Kualiti mental
- keazaman, keberanian, dan keyakinan diri




2 comments

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.