Home » » Kehebatan Ayam Sabung Thailand

Kehebatan Ayam Sabung Thailand

Kenapa ayam laga atau ayam sabung Thailand memiliki kekuatan yang hebat semasa berada di gelanggan pertarungan? Melalui kajian saya mengenai ayam dari Thai, ayam sabung dari negara tersebut memiliki baka yang baik kerana sejarah dan amalan rakyat dari negara tersebut pada suatu ketika dahulu.

Di negara Malaysia, ramai peminat ayam sabung amat mengemari baka ayam sabung Thai sehingga sanggup datang ke negara tersebut untuk mendapatkan baka ayam ini. Ayam sabung Sabah misalnya, kebanyakan baka ayam di negeri ini berasal dari Thai dan Philippina.

Sejarah kehebatan ayam sabung Thailand
Menurut sejarah popular dari negara berkenaan,  kehebatan ayam sabung bermula semasa Raja Naresuan tinggal di Bago, Mynamar telah membawa ayam kesayangannya untuk melakukan perlawanan dengan ayam sabung Burma milik Maharaja Burma.

Semasa pertandingan diadakan, ayam laga milik Raja Naresuan telah memenangi perlawanan ini dan telah mengalahkan ayam sabung milik Maharaja. Semenjak kemenangan ini, Raja Naresuan telah disanjung tinggi oleh masyarakat kerana sebahagian wilayah yang dikuasai oleh Burma telah diperolehi dengan mudah dengan hanya melakukkan pertandingan laga ayam.
Ayam Sabung Thailand
Ayam Sabung Thailand Bersedia Untuk Bertempur

Kemenangan ini mewujudkan pusat ternakan ayam sabung di Wilayah Phitsanulok. Pemuliharaan ayam dan kajian ayam baka terbaik serta pertandingan perlawana awam bermula pada tarikh 29 Julai 2533, dan pada tahun 2534 di daerah Hua Ro, Muang Phitsanulok.

Perkara ini mendapat sokongan penuh dari Kementerian Phitsanulok. Pada tahun 2542, kementerian ini telah menetapkan pemuliharaan dan pembangunan pertandingan perlawanan ayam laga yang dikenali sebagai pertandingan ayam laga Naresuan di setiap daerah.

Ini termasuklah pemuliharaan dan pembangunan 12 spesis ayam sabung dari wilayah tersebut. Pembangunan ayam sabung ini melibatkan pengasingan ayam sabung dari segi baka yang baik dengan melihat pada paruh, leher, kaki, dan warna.

Baka ayam sabung ekor berwarna putih dan kuning dikenali oleh rakyat Thai berasal dari wilayah Phitsanulok kerana wilayah tersebut lah yang membangun baka ayam sabung jenis ini.

Pada tarikh 12 oktober 2542, wilayah ini telah melantik beberapa jawatan kuasa untuk menyeragamkan pembiakan ayam sabung dengan melihat kepada kreteria ayam seperti, ekor berwarna putih dan kuning, berat ayam jantan 3kilo, berketinggian 60cm ataupun lebih, manakala ayam betina pula diukur dari berat dua kilo dan berketinggian 45cm.

Setiap daerah, lain spesis dan penyeragaman jenis ayam, pertandingan-pertandingan ayam Naresuan telah menjadi terkenal di seluruh negara Thailand pada zaman tersebut kerana mendapat sokongan penuh dari pemerintah.

Setiap jenis baka ayam memiliki nama-nama tertentu dan kehebatannya tersendiri, baka ayam sabung Thai yang dikenali sebagai baka Ayutthaya dan menjadi kegemaran maharaja telah berjaya mengalahkan dengan mudah baka ayam sabung Burma dalam satu pertandingan pertempuran ayam diraja.

Baka ayam sabung Thailand memiliki keistimewaan unik kerana baka ayam ini tidak akan lari dalam pertempuran di dalam gelanggang dan sanggup mati semasa bertarung dengan lawannya.

Baka ini memang dicipta untuk bertarung di gelanggang kerana baka ini telah dibangunkan sendiri oleh masyarakat Thai suatu ketika dahulu dan diwarisi turun temurun sehingga kini.

Sejarah kehebatan ayam sabung dari Thailand amat terkenal sehingga sekarang dan sejarah ini menjadi warisan yang amat berharga dan tidak ternilai buat negara berkenaan.

Kerana kehebatan ayam-ayam sabung ini, negara Thailand memiliki reputasi yang amat tinggi di Asia Tenggara sebagai pengeluar baka ayam sabung berkualiti.

Walaupun undang-undang Amerika telah mengharamkan perlawanan ayam sabung kerana dilihat sebagai kekejaman terhadap binatang tetapi di Thailand, perlawanan sabung ayam adalah sukan dan hampir setiap di bandar-bandar dan kampung-kampung mempunyai gelanggang untuk sabung ayam walau begitu, kerajaan negara tersebut menghadkan kasino-kasino untuk perlawanan sabung ayam serta mengharamkan penggunaan taji tiruan atau pisau yang diletakkan di kaki ayam.
Gelanggang ayam sabung
Gelanggang Ayam Sabung Di Thailand
Meskipun kerajaan Thai menghadkan kasino-kasino ini, di kampung-kampung ataupun luar bandar, pembiakan terhadap ayam sabung masih amat popular. Pepatah Thai mengatakan, ''jika anda ingin menjadi ayam anda yang terbaik dalam perlawanan, anda mesti menjadi seorang petani''.

Pepatah ini memiliki maksud yang tersirat yang amat mendalam dan hanya peminat sabung ayam sahaja yang mengetahui maksud ini.

Ayam sabung memiliki peluang yang baik untuk dikomersialkan kerana peminat-peminat ayam sabung memiliki peminatnya tersendiri dan harga yang dijual mempunyai harga yang tinggi berbanding ayam kampung.

Sekian, artikel ini ditulis berdasarkan informasi yang diperolehi terus dari negara Thailand sebagai rujukan utama. Semoga ianya bermanfaat dan jumpa lagi.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.