Home » » Google Docs Untuk Pengurusan Kerjaya Profesional

Google Docs Untuk Pengurusan Kerjaya Profesional

Beberapa dekad yang lalu google telah melancarkan satu aplikasi yang digelar google docs dimana ianya bertujuan untuk pengurusan pekerjaan yang profesional. Menurut rujukan di internet, aplikasi ini memberi matlamat pengurusan pejabat dengan sistem yang mudah, sistem untuk perniagaan, mewujudkan dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan pejabat dan juga pengurusan canggih yang diperlukan oleh pelanggan google docs.

Google Docs ini terbahagi kepada, google drive, google sheet, google slides dan google form. Antara kelebihan yang anda boleh lakukan dalam google Docs ini adalah, seperti membuat penulisan, projek proposal, repot, pelbagai resume untuk kerja, mesyuarat, dan macam, macam lagi. Aplikasi ini adalah percuma tetapi jika inginkan perkhidmatan yang lebih advance, anda boleh melanggan aplikasi ini.

Google drive
Sistem ini berfungsi untuk menyimpan segala maklumat yang anda ingin simpan seperti gambar-gambar milik anda, dokumen-dokumen, dan banyak lagi. Anda boleh menyimpan segala maklumat disini sehingga 15GB. 
Google documents

Google sheet
Sistem ini berfungsi melibatkan apa yang anda ingin tulis, dairi, budget tahunan, budget untuk bulanan, dan klendar.

Google slides
Sistem ini lebih kepada pengurusan presentation, membuat kad khawin, album gambar, dan juga porfolio.

Google form
Sistem ini berfungsi lebih kepada mengumpul maklumat besar dan kecil melalui kelompok atau rangkaian anda.

Anda boleh download aplikasi ini secara percuma melalui telefon pintar di google Play dan sehingga entri ini ditulis, sebanyak 50 milion telah mendownload aplikasi ini di telefon bimbit pintar masing-masing. Penulis juga menggunakan aplikasi ini untuk urusan penulisan dalam blog.

Walau begitu, aplikasi ini memerlukan anda untuk memahami sepenuhnya bagaimana sistem ini berfungsi untuk memudahkan anda untuk menggunakan aplikasi ini sepenuhnya.

Pesaing terdekat google Docs untuk aplikasi ini adalah Dropbox dimana aplikasi kedua-dua syarikat ini adalah hampir serupa kerana memiliki matlamat yang hampir sama.

Bagi pandangan penulis, aplikasi ini dihasilkan bagi menuntut apa yang diperlukan manusia, memudahkan sistem pekerjaan yang dilakukan oleh manusia sehari-hari dan sudah tentunya sistem ini adalah yang tercanggih pada abad ke 21 kerana ianya digabungkan dengan satu aplikasi yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Menurut analisis penulis, pada masa ini sistem ini digunakan oleh kebanyakan kerjaya profesional seperti perniagaan, pekerjaan yang tertumpu sepenuhnya di pejabat dan sebilangan individu yang menjadikan sistem google sebagai pengurusan kerjaya mereka.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.