Home » » Fakta Sains Mimpi Dihimpit Ketika Tidur

Fakta Sains Mimpi Dihimpit Ketika Tidur

Pernahkah anda dihimpit semasa tidur? Dihimpit semasa tidur dikatakan lebih sinonim dengan perbuata jin atau iblis oleh sesetengah agama. Apabila seseorang tidur, diri kita seolah-olah dihimpit oleh sesuatu hinggakan diri kita sukar untuk bergerak sedangkan pada masa itu kita telah sedar sepenuhnya.

Walaubegitu, hal ini berlaku hanya sekejap dan akhirnya kita dapat mengerakkan tubuh badan kita semula. Sains cuba menjelaskan melalui teori mengapa manusia mengalami keadaan seperti ini berdasarkan jawaban yang logik.

Beberapa tahun yang lepas, saya juga pernah mengalami situasi yang sama, dimana sewaktu tidur terasa sesuatu yang menghimpit badan, tetapi hal ini tidak pernah lagi berlaku.

Hal ini selalu dialami oleh banyak orang semasa tidur pada waktu malam hari dan apabila perkara terjadi, ramai mereka merasa takut kerana, ramai beranggapan perbuatan ini dilakukan oleh makhluk halus yang tidak kelihatan, walaubegitu, sesetengah orang mengatakan terlihat imej hitam semasa terasa dihimpit.
Mimpi Dihimpit Ketika Tidur

Baiklah, menurut sains yang saya baca daripada beberapa artikel, seseorang akan mengalami situasi dihimpit semasa tidur apabila tidur dalam keadaan amat letih. Sebelum itu, penulis akan menjelaskan beberapa peringkat keadaan manusia untuk tidur terbahagi kepada

1. Semasa manusia mula tidur, badan kita akan mula berehat, pernafasan semakin perlahan dan pada peringkat ini, kita masih boleh tersedar, orang mengelarkan tidur pada peringkat ini adalah tidur-tidur ayam.

2. Peringkat tidur ini adalah, badan kita mula berehat, lebih nyenyak daripada peringkat sebelumnya. Kita hanya akan terbangun apabila terdengar bunyi yang kuat.

3. Peringkat tidur seterusnya, anda tidur dengan rehat sepenuhnya. Pada peringkat ini, degupan dan pernafasan dalam keadaan normal dan peringkat tidur manusia yang paling nyenyak.

4. Pada peringkat ini digelar oleh sains sebagai peringkat tidur REM ( Rapid eye movement). Tubuh badan kita telah berehat sepenuhnya dan seolah-olah badan menjadi lumpuh. Walaubegitu, pada peringkat ini, fikiran di dalam otak kita akan bervariasi dengan sendirinya tanpa kawalan dari diri kita dan menghasilkan mimpi yang pelik atau misteri.

Jadi apakah perjelasan sains mengenai mimpi dihimpit semasa tidur? Baiklah, menurut perjelasan oleh sains, manusia akan terasa seolah-olah dihimpit semasa tidur apabila tidur dalam peringkat REM.

Pada keadaan ini, fikiran manusia telah memberi isyarat secara tiba-tiba kepada mata untuk tersedar tetapi pada masa yang sama, tubuh badan masih dalam keadaan rehat, menyebabkan kita seolah-olah dihimpit kerana sukar untuk mengerakkan tubuh badan.

Proses ini berlaku dalam beberapa ketika sehingga badan kita telah tersedar sepenuhnya.






1 comments:

penjelasan yang baik dari sudut pandang sains :) tetapi masih belum cukup untuk menjawap banyak lagi persoalan lain yang timbul dari sains logika.sains memang mampu menjawab banyak persoalan dari dunia realiti tetapi tidak bagi persoalan dari dunia yang satu yang asing bagi kita iaitu dunia roh yang tidak terlihat oleh mata jasmani manusia.ini untuk mereka yang percaya akan hal ini.
saya selalu dihimpit ketika tidur pada masa zaman kanak-kanak tetapi sekarang tidak lagi pernah.
namun ini ada satu pengalaman saya diganggu oleh makhluk tidak terlihat ketika tidur.
ketika itu saya belum tidur dan masih dalam sedar sepenuhnya.kita maklum bahawa kebanyakan mereka yang dihimpit ketika tidur adalah ketika badan dan muka dalam posisi menghadap siling rumah.namun saya pada masa itu berbaring dalam keadaan miring dengan badan dan muka saya menghadap dinding rumah bukannya siling rumah.
semasa itu jam kira2 2-3 pagi dan saya masih belum tertidur kerana sibuk berfikir.
tiba-tiba saya merasa ada sesuatu benda atau apapun itu saya tidak dapat menjelaskan keberadaanya seperti menyelimuti dan memeluk saya dari belakang kerana saya berbaring dengan badan menghadap dinding rumah.saya boleh merasakannya dingin dan hampir semua badan saya dari kaki hingga ke kepala saya ditutupi oleh benda yang tidak saya tahu dari mana datangnya itu padahal pintu bilik terkunci.seluruh anggota badan saya seperti dibungkus dan saya tidak dapat bergerak sedikitpun walaupun saya dalam keadaan sedar sepenuhnya dan ia berlangsung lama sekali sebelum saya dapat tidur kerana ketakutan saya menghalangi saya untuk tidur akibat gangguan makhluk yang tidak saya tahu dari mana datangnya.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.