Home » » Cara Untuk Menjadi Tinggi Mengikut Fakta Sains

Cara Untuk Menjadi Tinggi Mengikut Fakta Sains

Bagaimana cara untuk menjadi tinggi? Pertanyaan ini sering bermain di fikiran mereka yang memiliki tubuh yang agak rendah. Pertanyaan tersebut adalah normal untuk mencari jawapan dalam keinginan seseorang untuk menjadi lebih tinggi.

Persoalannya, adakah cara untuk menjadi tinggi?  Untuk pengetahuan anda mengikut fakta sains, ketinggian seseorang banyak dipengaruhi oleh genetik serta keadaan persekitaran kehidupan anda.

Walau begitu, sebelum tertutupnya peringkat maksima tumbuhbesaran diri anda, (peringkat dewasa), masih terdapat peluang ataupun teknik-teknik tertentu ataupun latihan yang perlu lakukan untuk menjadikan ketinggian diri anda lebih tinggi daripada sekarang.
cara untuk tinggi
Tahap tinggi atau rendahnya tubuh badan anda sebenarnya ditentukan oleh genetik daripada keluarga anda. Beberapa rujukan mengatakan, ketinggian adalah bersifat polygenic, oleh yang demikian, ketinggian dipengaruhi oleh gen berbeza.

Bagaimana ketinggian kedua ibubapa anda? Adakah mereka pendek? Kedua ibubapa pendek tidak bermakna, diri anda juga memiliki tubuh yang pendek, begitu juga jika kedua-dua ibubapa anda mempunya tubuh yang tinggi dan tidak bermakna anda memiliki tubuh badan yang tinggi.

Walau begitu, jika kebanyakan keluarga ibu bapa anda adalah pendek, kemungkinan anda juga memiliki tubuh badan yang pendek, jangan bersedih kawan, jika anda masih belum mencapai umur dewasa (peringkat tumbubesaran yang maksima), anda masih belum mengetahui anda adalah pendek.

Selain dari faktor genetik, apa yang membantutkan pertumbuhan diri anda? Banyak yang boleh membantukan pertumbuhbesaran diri seseorang, misalnya pengambilan dadah dan alkohol boleh menyebabkan proses tumbuhbesaran akan terbantut. Seseorang yang melakukan pengambilan dadah serta alkohol semasa usianya masih muda akan merasai kesan yang mana bentuk tubuhnya tidak akan meningkat secara normal.

Pemakanan yang diambil sehari-hari juga mempengaruhi proses ini. Jika anda mengambil makanan yang tidak berzat atau makanan yang tidak seimbang, tubuh badan akan mengalami kekurangan zat yang diperlukan oleh badan ini akan menyebabkan proses tumbuh besaran akan terhalang.

Sesetengah sumber juga mengatakan, kafien mempengaruhi kadar pertumbuhan seseorang kerana ia mempengaruhi jumlah tidur seseorang. Seseorang yang tidak mengambil kafien akan tidur lebih lama berbanding dengan mereka yang mengambil kafien. Tidur yang lama dan mencukupi amat baik untuk pertumbuhan seseorang..

Sebuah universiti di Clombia mengatakan, penyelidikan menunjukkan kanak-kanak yang merokok atau sering terdedah kepada asap-asap rokok memiliki tubuh yang kecil berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah kepada rokok. Ini bermakna, pengambilan rokok di ketika usia yang mudah boleh mempengaruhi kadar tumbubesaran seseorang.

Pengambilan steroid anabolik akan menghalang pertumbuhan tulang remaja dan kanak-kanak. Steroid ini selalu digunakan oleh ramai orang untuk membentuk otot dan mengurangi lemak.

Kesan-kesan kepada pengambilan ini, berisiko untuk tekanan darah tinggi, mengurangkan jumlah sperma, saiz payudara kecil dan berisiko untuk serangan jantung. Beberapa bukti menunjukkan, kanak-kanak atau remaja yang melakukan pengambilan steroid untuk rawatan asma, memiliki badan yang lebih pendek berbanding kanak-kanak yang tidak dirawat dengan menggunakan steroid.

Semasa anda berada di usia kanak-kanak atau usia remaja, anda seharusnya mendapatkan tidur yang mencukupi kerana semasa anda tidur, proses tumbuhbesaran akan berlaku keatas anda.

Kajian-kajian menunjukkan, seseorang kanak-kanak atau remaja, harus tidur dalam anggaran 8 jam hingga 11 jam setiap malam untuk membolehkan pembentukan tisu untuk tumbuhbesaran.

Tidur yang baik akan mencipta pengeluaran hormon pertumbuhan tubuh manusia yang dihasilkan dari kelenjar pituitari. Hormon ini boleh disuntik ke dalam aliran darah dengan pengawasan doktor yang bertauliah tetapi berbincanglah dengan doktor anda sebelum melakukan apa-apa mengenai rawatan ini.

Melalui kajian-kajian di beberapa buku rujukan, perlunya anda untuk menjaga pemakana dengan betul untuk menjadikan proses tumbuhbesaran bertambah lancar dan memperoleho ketinggian maksimum.

Misalnya pada waktu pagi, anda harus memasukkan zat tambahan dalam diet anda seperti kandungan karbohidrat dan juga kalori untuk anda memperolehi tenaga yang mencukupi. Ini adalah cadangan-cadangan yang disarankan untuk pemakana baik dalam tumbuhbesaran.

Vitamin untuk menjadi lebih tinggi
1. Pengambilan makana yang mengandungi banyak kalsium. Kalsium baik untuk pertumbuhan tulang.

2. Pengambilan vitamin D yang mencukupi. Vitamin ini baik untuk pertumbuhan tulang dan otot kepada kanak-kanak.

3. Amalkan pemakanan yang mengandungi banyak protien. Protien amat diperlukan oleh tubuh badan semasa proses tumbuhbesaran.

4. Pengambilan makanan yang mengandungi zink. Kekurangan zink pada tubuh kanak-kanak akan menyebabkan proses tumbuhbesaran akan terbantut.

5. Makan mengikut ketetapan jadual. Anda mesti makan 3 kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam.

6. Mencipta sistem kekebalan tubuh yang kuat dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin C.

7.  Makan makanan yang segar dan elakkan makanan makanan  dalam tin atau yang telah diproses.

8. Anda digalakkan memakan pelbagai makanan yang sihat, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, susu, keju, kacang, ikan atau makanan yang kayan dengan antioksidan dan omega-3.

Walaubegitu, jika anda telah berumur, proses tumbuhbesaran tidak akan berlaku lagi walau apa sahaja anda lakukan. Ketika anda berusia kanak-kanak atau remaja, lakukan lah aktiviti seperti bersukan,berlari,yoga, dan pelb agai jenis sukan yang lain dan diet pemakana yang mencukupi,tidur yang mencukupi, cara ini benar-benar membantu anda menjadi lebih tinggi berbanding dengan tubuh badan sekarang.

Mengikut proses normal, seseorang lelaki akan mengalami tumbuh besaran sehinggan usia 24 tahun dan wanita akan mengalami proses pertambahan  tumbuhbesaran ketika berumur 18 tahun. Semasa umur meningkat 25 tahun, amat sukar lagi mengalami proses tumbuhbesaran.

Di internet, banyak mengajar bagaimana untuk tinggi dengan melakukan aktiviti regangan, walaubegitu, proses tumbuhbesaran mungkin tidak akan berlaku lagi apabila anda telah mencapai umur tertentu. Tiada bukti saintifik kebenaran ini tetapi, menurut beberapa sumber yang dipercayai, aktiviti regangan jika dilakukan semasa usia muda akan menjadikan tubuh badan anda menjadi lebih tinggi.

Satu tips yang perlu anda amalkan mungkin berguna untuk menjadikan anda kelihatan lebih tinggi dengan mengubah cara anda berjalan, kedudukan postur badan yang tegak semasa berjalan dan duduk, daan bukannya kelihatan membongkok, walaupun cara ini tidak menjadikan anda benar-benar tinggi tetapi cara ini menjadikan anda kelihatan lebih tinggi.

Bahu lurus, kedudukan kepala tegak dan juga belakang, punggung selari dengan kaki menjadikan anda kelihatan segak dan kelihatan tinggi.

.Jika anda merasa rendah diri kerana pendek, anda boleh menyertai mana-mana persatuan atau kelab, sekolah, kerana menyertai aktiviti-aktiviti ini akan meningkatkan keyakinan anda semasa berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Semasa kanak-kanak, atau remaja, jika anda memiliki keturunan keluarga yang memiliki tubuh badan yang tinggi, anda boleh membawa keluarga anda untuk meminta nasihat dengan mana-mana doktor yang bertauliah untuk meminta nasihat dan doktor yang baik akan memberikan nasihat-nasihat yang bermanfaat dan memberi beberapa cadangan rawatan yang sepatutnya mengenai masalah anda. Walau begitu, semasa anda berusia dewasa dan pendek, tiada masalah anda untuk meminta nasihat daripada doktor.

Artikel ini dirujuk dari buku-buku mengenai kesihatan dengan menggunakan cara penulisan penulis sendiri. Diharap, artikel ini bermanfaat kepada anda sebagai rujukan untuk menjadikan anda lebih tinggi berdasarkan amalan pemakanan seimbang, aktiviti sukan, dan pengambilan vitamin yang mencukupi.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.