Home » » Cara Untuk Membeli Telefon Secara Online

Cara Untuk Membeli Telefon Secara Online

Bagaimana cara untuk membeli telefon secara online? Pertanyaan ini sering menjadi persoalan di fikiran individu yang ingin membeli gadget secara dalam talian sahaja dengan harga yang berpatutan.

Di negara Malaysi misalnya, terdapat banyak website atau web E-dagang yang menjual pelbagai produk termasuklah telefon. Selain itu, laman sosial seperti Facebook juga, menjadi medan kepada individu atau syarikat persendirian menjual produk kepada orang ramai.

Persoalannya, adakah mereka boleh dipercayai? Tahukah anda, hampir setiap hari terdapat individu yang ditipu secara dalam talian di seluruh negara, dan hal yang paling sukar untuk dikesan adalah, si penipu ini.
Telefon pintar
Beberapa tips untuk membeli telefon secara online
Ketika anda ingin berkira-kira untuk membeli telefon secara online beberapa tips perlu anda perlu ambil kira sebelum anda melakukan pembelian ini sebagai persediaan untuk mengelakkan anda ditipu sebelum membeli barangan tersebut.

1. Syarikat online shopping- Seperti saya katakan sebelum ini, terdapat banyak syarikat yang boleh dipercayai di Malaysia dan anda boleh lakukan pembelian tanpa merasa ragu-ragu. Walau begitu, anda mesti melihat web online tersebut benar-benar wujud atau syarikat tersebut berada di negara ini.

Misalnya, web e-dagang yang paling popular di Malaysia seperti Lazada.com.my memiliki reputasi yang baik dikalangan pembelinya. Menurut pandangan penulis, syarikat ini memang boleh dipercayai dan anda boleh melakukan pembelian di web tersebut.

Apabila anda terjumpa satu web online di internet, perkara yang mustahak sekali anda perlu tahu adalah, mengetahui latar belakang web tersebut seperti, lokasi syarikat, sejarah syarikat, talian yang boleh dihubungi, cara transaksi secara online. Kreteria-kreteria sebagai web profesional memiliki laatarbelakang seperti yang dinyatakan.

2. Cara pembayaran- Cara pembayaran dalam talian yang paling popular adalah dengan melalui Paypal, kad kredit Visa dan mastercard, dan debit kad. Beberapa tips yang perlu diambil perhatian adalah, nama akaun yang tertera semasa anda lakukan pembayaran.

Misalnya, jika anda ingin melakukan pembelian telefon bimbit secara dalam talian, pastikan nama yang tertera bukan melalui terus ke akaun persendirian kerana, ia menunjukkan bahawa syarikat telefon yang anda beli dalam talian hanya sebagai bisnes persendirian dan ini memungkinkan barangan anda akan menghadapi masalah kerana selalunya penipuan banyak berlaku melalui perbuatan individu persendirian.

Tips mudah, pastikan nama yang tertera sebelum anda melakukan teransaksi adalah atas nama syarikat, ini menjamin bahawa, syarikat tersebut benar-benar wujud.

3. Elakkan berurusan dengan individu persendirian- Bukan semua individu yang melakukan bisnes persendirian itu menipu tetapi, individu persendirian yang melakukan bisnes secara online kebanyakannya menipu. Bagaimana mengenali mereka jenis yang menipu atau sebaliknya?

Pertanyaan ini sukar untuk dijawab sebenarnya kerana individu ini amat bijak dan licik. Sebagai tips dari penulis, kebanyakkan individu penipu boleh dikenali dengan melihat profile blog, Facebook, dan jika identiti seperti alamat, nama sebenar, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar sebenar, dan lokasi syarikat.

Jika hal-hal seperti dinyatakan tidak dinyatakan dengan jelas, besar kemungkinan individu tersebut adalah seorang penipu. Dalam bisnes online, kepercayaan, kejujuran adalah menjadi keutamaan utama.

4. Harga pasaran telefon- Semasa anda melakukan pembelian hanya dalam talian, suda tentunya anda telah mengetahui harga tersebut adalah lebih murah dengan harga pasaran kerana, amat merugikan jika anda membeli telefon dalam talian tetapi anda sebenarnya masih boleh mendapatkan dengan harga lebih murah di kedai telefon bimbit.

Anda mesti bijak untuk menilai harga pasaran dan harga dalam talian. Pastikan anda melakukan pengiraan sekali dengan kos penghantaran dan bandingkan harga tersebut di kedai telefon.

Selain itu, berhati-hati dengan harga telefon yang ditawarkan dengan harga yang amat murah kerana, ini adalah taktik utama golongan penipu untuk menarik pelanggan supaya berminat dengan telefon yang ditawarkan.

Kesimpulan- Banyak web e-dagang yang boleh dipercayai di Malaysia tetapi jika penulis nyatakan keseluruhan web tersebut, ianya terlalu banyak. Anda hanya perlu amalkan tips yang saya nyatakan diatas dan ia akan menjamin untuk anda dari tertipu.

Selain itu, tracking number pengeposan perlu diambil perhatian untuk mengetahui status barangan yang anda pesan. Penulis sendiri selalu melakukan pembelian secara dalam talian di lelong.com.my, dan setakat ini, kesemua syarikat yang saya lakukan pembelian menghantar barangan yang dipesan tanpa sebarang masalah.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.