Home » » Cara Tukar Nama Hak Milik Motorsikal di JPJ

Cara Tukar Nama Hak Milik Motorsikal di JPJ

Sponsored Links
Bagaimana cara tukar nama motor atau cara tukar nama hak milik motorsikal di JPJ? Saya ingin berkongsi kepada semua masyarakat di Malaysia panduan proses tukar nama sebelum anda datang di JPJ untuk berurusan.

Saya menulis artikel ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa berurusan dengan pihak JPJ. Ramai dari anda sebenarnya merasa takut atau tidak tahu proses ini menyebabkan terpaksa berulang alik untuk berurusan kerana dokumen yang diperlukan tidak mencukupi.

Baiklah, sebelum anda datang berurusan dengan pihak JPJ, pastikan anda sebagai pemilik motor membawa pemilik yang baru  untuk proses menukar menukar insuran terlebih dahulu. Bagaimana proses ini?

Bawa geran atau insuran lama motorsikal anda di di syarikat insuran motorsikal anda dahulu dan katakan kepada mereka anda ingin membatalkan polisi insuran tersebut dan ingin mengambil polisi insuran yang baru atas nama pemilik yang baru. Pihak insuran akan membatalkan polisi insuran anda dan membuat polisi insuran yang baru atas nama pemilik baru.
Cara tukar nama motor di JPJ

Katakan kepada pembeli motor sama ada dia ingin mengambil insuran first party ataupun third party? Untuk proses ini anda akan dikenakan beberapa bayaran bergantung kepada jumlah harga insuran yang anda ambil.

Berkenaan bayaran ini, anda tentulah telah berbincang dengan pembeli tentang siapa yang akan menanggung kos insuran ini. Apabila telah selesai, anda boleh terus ke JPJ untuk urusan seterusnya.

Jika pertukaran nama melibatkan ahli keluarga atau saudara mara dan insuran motor baru anda perbahrui, nasihat saya, baik tunggu insuran tersebut hampir tamat tempoh, barulah anda lakukan proses tukar nama kerana agak rugi jika anda telah perbahrui insuran dan ingin membatalkannya semula.

Jika melibatkan pembeli dari luar, anda perlu menukar insuran dengan segera untuk urusan proses tukar nama kerana tanpa insuran pemilik baru, urusan proses tukar nama tidak boleh dilaksanakan.

Bagaimana jika roadtax telah tamat tempoh melebihi setahun? Roadtax tamat tempoh bermakna polisi insuran anda juga telah tamat tempoh.

Untuk urusan ini, anda perlu membawa motor anda pergi ke mana-mana pejabat Puspakom yang terdekat untuk menjalani pemeriksaan. Selalunya mereka akan melakukan pemeriksaan terhadap nombor enjin dan nombor casis. Jika saya tidak silap, proses ini akan dikenakan bayaran dalam anggaran RM30 sahaja.

Jika anda tidak mahu ke Puspakom untuk urusan pemeriksaan, anda boleh datang terus ke Pejabat Penguatkuasa JPJ untuk diperiksa.

Terdapat beberapa borang yang anda perlu isi, dan apabila selesai, pegawai penguatkuasa JPJ akan melakukan pemeriksaan nombor enjin dan nombor casis motor anda. Ini bermakna, anda mempunyai dua pilihan, menjalani pemeriksaan di Puspakom atau JPJ? Pilihan ini terletak di tangan anda.

Dokumen perlu disediakan sebelum datang ke JPJ

Pemunya berdaftar (anda)

1. Mykad
2. 01 salinan Mykad
3. Geran Asal Motor
4. 01 salinan geran asal motor

Pemunya baharu (pembeli)

1. Mykad
2. 01 salinan Mykad
3. Polisi Insuran motor (Pihak JPJ sebenarnaya mengetahui secara online tetapi perlu dibawa sebagai persediaan)

Sekiranya urusan-urusan insuran atau urusan pemeriksaan  Puspakom telah anda laksanakan, anda boleh datang bersama dengan pemilik baru untuk urusan cop tangan biometrik dan mengisi borang pertukaran kenderaan secara sukarela.

Borang urusan pertukaran nama boleh diperolehi di kaunter pertanyaan dan anda perlu mengisi borang tersebut terlebih dahulu, apabila selesai, anda perlu mengambil nombor giliran anda.

Apabila nombor giliran anda telah sampai, anda bersama-sama dengan pemilik baru datang ke kaunter dan serahkan borang dan dokumen yang diperlukan.

Staff JPJ akan memproses permohonan anda dan jika saya tidak silap proses ini akan dikenankan bayaran dalam anggaran sebanyak RM 40. Proses ini melibatkan cop tangan biometrik kedua-dua pemilik asal dan baru dan tukar nama pemilik baru di geran serta roadtax baru. Selesai, proses pertukaran hak milik motorsikal telah dilaksanankan.

Bagaimana jika pembeli tidak dapat datang atau pembeli berada di negeri lain? Mengikut prosuder yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pertukaran nama masih boleh dilaksanakan kerana sistem JPJ pada masa kini adalah sistem online sepenuhnya.

Anda sebagai pemilik asal datang sendiri ke JPJ untuk urusan ini tetapi pastikan anda memiliki dokumen pembeli baru seperti salinan Mykad.

Apabila anda telah selesai untuk urusan ini, pastikan pembeli baru datang ke mana-mana pejabat JPJ yang berdekatan untuk urusan cop tangan biometrik dalam masa seminggu. Jika pemilik baru gagal datang untuk urusan ini dalam tempoh seminggu, pemilik asal terpaksa datang semula ke JPJ untuk urusan tukar nama.

Urusan pertukaran nam hak milik motorsikal sebenarnya amat mudah jika anda mengetahui prosuder yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Artikel ini berdasarkan pengalaman penulis semasa berurusan dengan pihak JPJ.

Walau begitu artikel ini adalah sebagai panduan am sahaja dan segala prosuder pertukaran nama, harus merujuk sepenuhnya kepada pihak JPJ kerana mereka lah yang menguruskan proses ini.
Baca juga Cara Dapatkan Lesen Memandu Hilang.
Sponsored Links
« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

1 comments:

kalau saya nak tukar nama pemilik roadtax n insuran owner akan terbatal kan..nak tanya boleh tak saya proceed dgn tukar nama tapi insuran baru tak beli lagi?

English
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed. Only comments relevant to the topic will be displayed. Do not spam on this blog, I really respect you. Thanks.

Malay
Komen mengandungi link aktif, promosi, meminta kunjungan semula, tidak akan dipaparkan. Hanya komen relevant dengan topik akan dipaparkan. Jangan melakukan spam di blog ini, saya benar-benar menghormati anda. Terima Kasih.