Home » » Cara Naik Kapal Terbang

Cara Naik Kapal Terbang

Saya ingin mengajar anda bagaimana cara naik kapal terbang ataupun pesawat sebagai panduan kepada individu yang tidak pernah menaiki kapal terbang komersial.

Panduan ini penting jika anda menaiki kapal terbang secara bersendirian atau sebagai makluman dan rujukan anda persediaan yang perlu anda lakukan sebelum anda berlepas.

Jika anda tidak mengetahui cara untuk menaiki kapal terbang, kemungkinan anda akan ketinggalan penerbangan anda atau membawa barangan yang tidak sepatutnya anda bawa semasa menaiki flight anda.

Panduan dan cara menaiki kapal terbang

1. Beli tiket flight- Sebelum menaiki kapal terbang, anda perlu membeli tiket anda dimana destinasi anda tujui. Tiket ini boleh diperolehi melalui syarikat penerbangan misalnya, di Malaysia, anda boleh datang terus ke airport MAS atau Airasia.

Selain itu, anda boleh beli tiket anda secara online melalui web rasmi syarikat penerbangan. Anda juga boleh membeli tiket anda melalui agen yang dilantik oleh syarikat penerbangan ini tetapi, harga tiket anda lebih mahal berbanding dengan harga biasa.
Kapal terbang

Anda boleh melakukan pembelian tiket dengan melalui kad kredit dan juga wang tunai. Sebagai panduan, amalkan membeli tiket flight anda dengan awal kerana semakin hampir masa anda untuk terbang, harga tiket semakin mahal.

Selain itu anda, kemungkinan besar anda kehabisan tiket flight lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang telah ditempah oleh orang ramai beberapa bulan lebih awal sebelum penerbangan mereka.

2. Kenalpasti lokasi airport- Kenal pasti lokasi airport atau terminal kapal terbang tempat anda berlepas. Di Malaysia, sesetengah tempat misalnya di Kota Kinabalu, Sabah, aiport MAS dan Airasia adalah lokasi yang berberbeza.

Kegagalan anda untuk mengenal pasti lokasi airport akan menyebabkan kemungkinan anda terlepas flight penerbangan anda. * Update- MAS dan AirAsia di Kota Kinabalu kini menggunakan airport yang sama iaitu Kota Kinabalu International Airport (KKIA) berkuatkuasa 1 Disember 2015.

3. Datang awal di airport- Dinasihatkan anda datang awal di terminal penerbangan untuk urusan tiket dan bagasi anda. Anda sampai di aiport sekurang-kurangnya sejam awal atau lebih awal daripada itu untuk mengelakkan anda terlepas penerbangan anda.

Mengikut rekod, hampir setiap hari terdapat individu yang terlepas dengan penerbangan mereka kerana kegagalan dtang awal di airport, hal ini tentunya merugikan masa dan wang anda kerana anda terpaksa membeli semula tiket flight yang baru untuk penerbangan anda. Selain itu, datang awal di aiport memudahkan anda mengenalpasti pintu utama untuk pelepasan. 

4. Dokumen penting- Sebelum anda ke airport, pastikan anda membawa dokumen penting anda misalnya, Mykad, resit tempahan flight, passport, wang saku dan keperluan-keperluan anda termasuklah bagasi anda.

Simpan resit tempahan flight di tempat yang mudah diambil misalnya anda letakkan di bega sandang atau tempat-tempat yang mudah dicapai. Kegagalan anda membawa dokumen penting ini akan menyebabkan anda terlepas flight anda.

5. Barang Larangan- Elakkan membawa barang-barang yang dilarang untuk dibawah ke dalam kapal terbang misalnya, durian, senjata seperti pisau, parang, pistol, bahan kimia, dadah atau barang-barang yang boleh membahayakan penumpang lain.

Sekiranya dijumpai, barang-barang larangan  ini akan dirampas dan jika anda didapati membawa senjata dan dadah anda akan ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Walaubegitu,jika anda membawa seperti pedang atau pisau untuk tujuan sebagai perhiasan, anda harus menyerahkan pedang atau pisau di kaunter tiketing dan membawa sekali surat laporan khas dari pihak polis. Mereka akan menyimpan barangan anda di tempat yang dikhaskan.

6. Pemeriksaan keselamatan Bagasi- Apabila anda sampai di airport, pertama sekali anda perlu lakukan adalah, melakukan pemeriksaan keselamatan keatas bagasi anda.

Pihak keselamatan airport akan melakukan imbasan keatas beg anda dan sekiranya anda tidak membawa barang-barang terlarang, mereka akan meletakkan stiker keselamatan di beg/bagasi anda dan selalunya stiker akan dilekatkan di kawasan zip bagasi anda.

Prosuder pemeriksaan keselamatan bagasi adalah wajib dan jika anda gagal untuk melakukan imbasan keselamatan terhadap bagasi anda, anda akan diarahkan terlebih dahulu untuk melakukan imbasan keselamatan terhadap bagasi anda sebelum bagasi anda dimasukkan ke dalam kargo pesawat. 

7. Urusan di kaunter tiket- Sekiranya anda telah selesai untuk urusan pemeriksaan keselamatan bagasi anda, lihat di kaunter tiket sama ada telah dibuka atau sebaliknya.

Sekiranya kaunter tersebut telah dibuka, bawa sekali bagasi anda untuk proses menyimpan di dalam kargo pesawat, urusan timbang berat bagasi anda dan urusan tiket kapal terbang.

Ambil barisan anda di kaunter mengikut penerbangan anda, sekiranya penerbangan anda melibatkan penerbangan antarabangsa, pastikan anda berada di kaunter untuk penerbangan antarabangasa.

Jika penerbangan anda hanya dalam negara Malaysia sahaja, pergi ke kaunter domestik (Penerbangan dalam negeri). Keluarkan Mykad/Passport anda dan resit tempahan penerbangan.

Apabila giliran anda tiba, satf lapangan terbang akan meminta Mykad/Passport dan tempahan tiket. Staff di kaunter tersebut akan mengeluarkan satu tiket khas untuk penerbangan anda dan akan melakukan timbangan berat keatas bagasi anda.

Sekiranya berat bagasi anda melepasi berat yang ditetapkan, staf akan mengeluarkan satu resit untuk rujukan bagasi anda dan anda perlu simpan resit tersebut sehingga anda tiba di lokasi destinasi anda.

Untuk makluman anda, setiap syarikat penerbangan akan menentukan jumlah berat maksimum barangan yang perlu dibawa oleh individu ketika menaiki pesawat.

Apabila berat barangan anda melebihi berat yang telah ditetapkan oleh mereka, anda akan dikenakan bayaran tambahan. Pada masa artikel ini ditulis, syarikat penerbangan MAS menetapkan berat maksimum untuk barangan setiap individu bagi klas ekonomi adalah 30kg, 40kg untuk klas bisnes dan 50kg untuk klas pertama.

Syarikat Airasia pula, anda boleh membuat tempahan berat maksima sehingga 40kg untuk setiap penumpang tetapi mereka akan menetapkan beberapa syarat tertentu untuk tempahan berat barangan ini.

8. Pintu Pelepasan- Sekiranya urusan tiket dan bagasi anda telah selesai, anda mesti cari pintu untuk pelepasan domestik atau pintu untuk pelepasan antarabangsa. Sekiranya  anda telah menjumpai pintu tersebut, tetapi masih belum dibuka, tunggu berdekatan kawasan tersebut.

Apabila pintu pelepasan dibuka, anda akan menjalani satu pemeriksaan keselamatan yang dilakukan oleh pihak keselamatan airport (Polis Bantuan).

Beg anda, telefon bimbit, cincin, tali pinggang perlu dikeluarkan dari poket dan letakkan di ruang pengimbas yang disediakan. Pihak keselamatan akan melakukan pemeriksaan badan keatas diri anda dan anda akan melalui mesin pengimbas keselamatan.

Apabila memasuki pesawat, anda boleh membawa barangan-barangan peribadi anda dengan membawa beg kecil atau bagasi kecil untuk menyimpan barangan peribadi anda misalnya kamera, laptop, telefon bimbit, dan sebagainya asalkan tidak membawa barang terlarang.

9. Ruang menunggu balai belepas- Selepas anda melalui pemeriksaan keselamatan, jika flight anda adalah penerbangan antarabangsa, anda perlu melalui pemeriksaan passport di kaunter Imigresen tetapi sekiranya penerbangan anda adalah dalam negeri, anda tidak perlu untuk pemeriksaan passport.

Anda akan berada di ruang menunggu balai untuk berlepas untuk beberapa ketika sementara pihak pengurusan penerbangan memasukkan barang-barang penumpang ke dalam kargo dan mengisi bahan api ke dalam kapal tarbang.

10. Masuk dalam kapal terbang dan berlepas- Setelah anda menunggu di ruang balai berlepas, semua penumpang akan dipanggil untuk memasuki kapal terbang.

Anda perlu berbaris untuk memasuki kapal terbang dan ketika memasuki kapal terbang, ingat nombor tempat duduk anda yang ada tertera di tiket. Simpan beg anda di ruang yang disediakan dan ambil tempat duduk anda.

Setelah duduk, pakai tali pinggang keselamatan yang terletak di tepi anda. Cuba duduk dengan relaks dan pastikan anda memasang telefon bimbit atau gadget ke mod penerbangan. Ia bertujuan untuk sebagai langkah-langkah keselamatan dan tidak menganggu sistem pesawat.

Setelah semua penumpang duduk, ketua pramugari dan kru kabin akan menunjukan prosuder keselamatan yang akan dilakukan semasa dalam penerbangan, misalnya, penggunan jaket keselamatan, penerangan pintu kecemasan, dan lain-lain lagi.

Kru kabin akan memastikan semua penumpang memakai tali pinggan keselamatan semasa kapal terbang berlepas. Semasa kapal terbang berlepas, cuba untuk bertenang dan kapal akan mengambil beberapa minit untuk berlepas.

11. Dalam penerbangan- Apabila kapal berada di awan dan berada dalam ketinggian yang sesuai, kru kabin akan memberikan hidangan pagi kepada semua penumpang. Pada situasi itu anda boleh membuka tali pinggang keselamatan anda dan boleh ke tandas di bahagian hujung ekor pesawat.

Walau begitu, apabila mengalami cuaca buruk, anda tidak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana. Jika anda menaiki pesawat MAS, anda tidak perlu membayar makanan yang disediakan oleh mereka tetapi jika anda menaiki pesawat Airasia, anda akan dikenakan bayaran untuk makanan anda.

Pastikan anda tahu menggunakan mini meja yang berada di tepi anda atau berada di depan anda semasa makanan disediakan. Masa penerbangan anda bergantung kepada jarak destinasi anda.

Anda boleh meminta makanan, pen, buku nota, selimut, bantal ketika berada dalam pesawat. Walau begitu, anda tidak dibenarkan membawa selimut dan bantal keluar dari pesawat, tetapi anda masih boleh berunding dengan kru kapal untuk membawa selimut dan bantal dengan bayaran tertentu.

12. Larangan semasa dalam penerbangan- Pihak keselamatan penerbangan di Malaysia telah menetapkan beberapa larangan yang anda tidak boleh lakukan semasa dalam pesawat,. Misalnya, anda tidak dibenarkan bercakap terlalu kuat, meminum arak, menganggu penumpang lain, merokok dan , meludah di dalam pesawat, melakukan perbuatan yang lucah, mencetuskan perasaan takut dikalangan penumpang, dan banyak lagi.

13. Situasi kecemasan-  Situasi kecemasan akan berlaku dalam penerbangan apabila cuaca berada dalam keadaan tidak baik. Jika anda telah membuka tali pinggang keselamatan anda, pakai dengan segera, bertenang, selalunya pesawat akan melalui cuaca buruk apabila melalui kawasan  awan tebal dan hujan lebat.

14. Pesawat mendarat dan tiba di lapangan terbang- Apabila pesawat akan mendarat, kru kapal akan mengarahkan semua penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan. Proses mendarat akan mengambil beberapa minit untuk pesawat benar-benar mendarat di lapangan terbang.

Apabila pesawat telah berhenti sepenuhnya, kapten kapal akan mengarahkan penumpang untuk membuka tali pinggang keselamatan dan pada masa yang sama anda boleh mengambil barang anda dan bersiap untuk keluar dari pesawat. Sebaik pintu kopkit dibuka, anda boleh keluar bersama dengan penumpang yang lain.

Apabila anda sampai di lapangan terbang, anda perlu segera menunggu bagasi anda di ruang yang disediakan untuk menunggu bagasi anda. Anda boleh mendapatkan bagasi anda dalam beberapa minit, ingat, anda mesti mengingati bagasi anda dengan meletakkan tanda-tanda pengenalan sebelum anda menaiki pesawat anda.

Sekiranya, bagasi anda tidak dijumpai dan mungkin terdapat kesilapan yang berlaku, anda boleh melaporkan kepada pihak keselamatan airport atau kepada pekerja syarikat penerbangan.

Sebaik anda mendapatkan bagasi anda, anda boleh keluar dari airport dan boleh mendapatkan perkhidmatan teksi yang disediakan di kawasan tersebut. Sekiranya penerbangan anda adalah penerbangan antarabangsa, anda perlu menjalani pemeriksaan passport oleh Imigresen terlebih dahulu.

Kesimpulan
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri penulis ketika menaiki pesawat semasa menetap di semenanjung Malaysia selama 10 tahun. Setiap tahun penulis akan menaiki pesawat semasa tinggal di Pantai Timur. Semoga artikel ini bermanfaat dan dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang baru pertama kali menaiki pesawat.

Penerangan ini juga sebagai makluman anda dan biasanya peraturan-peraturan penerbangan agak berbeza bergantung kepada peraturan yang dilaksanakan syarikat penerbangan di di serata dunia. Walaubegitu, artikel ini ditulis berdasarkan sistem penerbangan yang ada di Malaysia. Baca juga






4 comments

Hi.. slm tuan.. sy nak tanya jika kita tiada bagasi berdaftar dan hanya bawa hand carry bersama kita ke cabin..perlu tak scan dulu hand carry tu? dan klu sudah web check in.. perlu tak ke kaunter di airport utk check dokumen perjalanan atau terus masuk ke balai berlepas.. maaf sy tak pernah naik flight.. pertama kali may nanti..

Hello tuan Ridzuan, jika bawa hand carry sahaja tidak payah scan, ia perlu scan apabila melalui pemeriksaan keselamatan airport( Polis Bantuan) di balai berlepas nanti. Tuan mesti pergi ke kaunter untuk mendapatkan tiket khas bagi penerbangan tuan, Sesetengah tempat seperti di KLIA, tuan hanya pergi ke Kiosk khas MAS atau Airasia untuk mendapatkan tiket khas. Jgn risau tuan, datang awal dan pihak airport akan membantu anda jika terdapat perkara yg tidak diketahui.

bagaimana pula dgn jarum insulin bagi pesakit diedetis utk bawa peralatan jarum bersama..bole ke masukan dalam hangbeg. tq

Perlu diletakkan di dalam kargo.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.