Home » » Cara Memandu Kereta Manual

Cara Memandu Kereta Manual

Cara Memandu Kereta Manual. Bagaimana untuk belajar kereta manual? Ramai masyarakat di negara ini terutama mereka yang sedang meningkat usia remaja menanam impian untuk belajar memandu kereta manual untuk mendapatkan lesen memandu, ujian memandu kereta manual adalah syarat utama yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kepada setiap rakyat di negara ini yang ingin mendapatkan lesen.

Walau begitu, ramai yang gagal untuk menguasai teknik memandu kereta manual hinggakan berulang-ulang kali ke ujian memandu JPJ. Sebenarnya, memandu kereta manual amat mudah jika anda mengetahui teknik yang betul.

Penerangan ringkas tentang Kereta Manual
Kereta manual adalah kereta yang memiliki transmisi gear yang digerakkan dengan secara manual. Kedua-dua tangan dan kaki berperanaan utama untuk mengawal pergerakan kenderaan.

Anda harus menguasai pergerakan gear, kawalan stering, kawalan kaki kiri dan kaki kanan terhadap clutch, break, dan minyak. Kegagalan untuk menguasai teknik ini menyebabkan kereta sukar untuk bergerak dan boleh membahayakan diri anda ketika berada di jalan raya.

Persediaan minda dan teknik imaginasi sebelum memandu kereta manual
Sebelum anda belajar memandu kereta manual, anda disyorkan untuk mempersiapkan minda anda terlebih dahulu untuk belajar kerana minda mempengaruhi keseluruhan prestasi anda untuk memandu kenderaan jenis manual.

Katakan kepada diri sendiri, anda ingin belajar dan pandai memandu kereta manual walau apapun yang terjadi. Kata-kata semangat itu penting untuk mengatasi ketakutan, gugup, ketika belajar memandu.

Cara untuk mengatasi perasaan panik, gugup, takut, ketika mengandalikan kereta ini adalah dengan menguasi sepenuhnya pergerakan gear, kebolehan untuk mengawal, stearing, clutch, break, dan minyak. Bagaimana untuk menguasai pergerakan-pergerakan ini?

Parktikal dan teori adalah hal yang berbeza, oleh itu, anda harus belajar melalui teori terlebih dahulu dan barulah belajar praktikal. Dalam pembelajaran teori gear kereta manual, anda harus memahami bagaimana pergerakan gear, peranan kaki kiri dan kaki kanan, peranaan tangan kiri, dan peranaan tangan kanan. Selain itu, peranaan mata berada di kedudukan memandang ke hadapan. (memandang keadaan jalan).

Teknik imiginasi untuk kuasai pergerakan gear manual
Imiginasi adalah amat penting untuk membolehkan anda cekap dan cepat menguasai pergerakan gear, peranaan kaki kiri dan kaki kanan. Baik, Perhatikan secara teliti bagaimana gear manual berfungsi, pergerakan-pergerakan gear manual, fungsi kaki kiri dan kanan.

Apabila anda telah menguasi teori ini, cuba untuk kuasai secara melalui imaginasi anda, misalnya, dalam posisi duduk, bayangkan anda benar-benar sedang memandu sendiri sebuah kereta manual di jalan raya, ingat pergerakan gear, ingat fungsi kaki kiri dan kanan dan lakukan secara berulang-ulang kali teknik imaginasi ini sehingga anda menguasi secara jelas.

Teknik ini amat berkesan apabila anda beralih kepada praktikal membawa kereta manual.

Peranaan tangan kiri, tangan kanan, kaki kiri dan kaki kanan, dan peranaan mata semasa memandu kereta manual

1. Tangan kiri
Tangan kiri berfungsi mengawal pergerakan tombol gear, setiap penukaran gear, tangan kiri harus mengerakkan tombol gear dengan cepat. Selain itu, tangan kiri juga berfungsi untuk mengawal stering kenderaan bersama-saman dengan tangan kanan.

2. Tangan kanan
Tangan kanan berfungsi sepenuhnya mengawal stering kenderaan bersama-sama dengan tangan kiri.

3. Kaki Kiri
Kaki kiri berfungsi untuk mengawal clutch dan membolehkan penukaran gear. Kaki kiri akan menekan pedal clutch dan tangan kiri akan memasukkan gear. Selain itu, tangan kiri juga berfungsi untuk mengawal brek tangan.

4. Kaki Kanan
Kaki kanan berfungsi untuk mengawal pedal brek dan pedal minyak.

5. Peranaan mata
Mata berperanaan untuk melihat ke hadapan jalan.
Transmisi Kereta manual
Pedal Clutch/Brek/Minyak dan Tombol Gear
Penerangan asas fungsi pedal clutch, brek kaki, minyak dan brek tangan

1. Pedal Clutch/klas
Pedal clutch berfungsi untuk mengerakkan tombol gear. Jika pedal clutch tidak ditekan dengan kaki kiri, tombol gear tidak boleh digerakkan.

2. Pedal Brek
Pedal brek berfungsi untuk menghentikan pergerakkan kenderaan. Kedudukan brek bertempat di keempat-empat tayar kenderaan. Anda harus menekan pedal brek menggunakan kaki kanan jika menghentikan pergerakan kenderaan anda.

3. Pedal Minyak
Pedal minyak berfungsi untuk mengerakkan kenderaan. Kaki kanan harus menekan pedal minyak untuk membolehkan kereta bergerak. Pastikan jangan menekan secara mengejut pedal minyak dalam keadaan gear berada di kedudukan gear 1,2,3,4,5, kerana kenderaan akan begerak secera mengejut ke hadapan.

4.Brek tangan/ hand brek
Brek tangan berfungsi untuk menghentikan pergerakan kenderaan atau apabila kedudukan kereta berhenti di jalan berbukit/ jalan jem di kawasan tinggi/berbukit. Brek ini digunakan hanya kepada keadaan-keadan tertentu sahaja kerana pedal brek kaki yang kerap digunakan.

Penerangan ringkas cara memandu kereta manual

1. Sebelum menghidupkan enjin kenderaan, pastikan gear berada dalam keadaan free. Hidupkan kenderaan anda dan pastikan anda duduk dalam keadaan selesa. Betulkan, kedudukan cermin sisi kiri dan kanan serta cermin pandang belakang.

2. Tekan pedal clutch dan masukkan gear ke kedudukan gear 1, lepaskan pedal clutch secara perlahan-lahan sambil kaki kanan menekan pedal minyak secara perlahan-lahan dan pada masa yang sama, lepaskan brek tangan. Kenderaan akan bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan.

3. Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 2, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak.

4.  Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 3, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak.

5.  Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 4, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak.

6.  Tekan pedal clutch, dan masukkan gear ke kedudukan gear 5, lepaskan clutch secar perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan pedal minyak. Pada kedudukan ini, kenderaan akan begerak dengan lancar.

7. Anda boleh menukar gear rendah atau gear tinggi mengikut situasi keadaan di jalan raya, dalam keadaan jem, menuruni bukit, menaiki bukit, anda harus menggunakan gear rendah seperti gear 1, dan 2.

Fungsi gear 1,2,3,4,5,dan gear reverse/undur

1. Gear satu
Digunakan apabila mengerakkan kenderaan, menaiki bukit, menuruni bukit, jalan jem.

2. Gear dua
Menjadikan pergerakkan kenderaan lebih lancar selepas dari gear 1. Sesuai digunakan semasa menaiki bukit, menuruni bukit.

3. Gear tiga
Menjadikan pergerakan kenderaan bertambah lancar berbanding gear 2. Sesuai digunakan semasa memotong atau menaiki bukit yang rendah.

4. Gear empat.
Menjadikan pergerakan kenderaan bertambah lancar berbanding gear 3. Sesuai digunakan semasa memotong.

5. Gear Lima
Pergerakan kenderaan berada di kedudukan yang lancar. Sesuai digunakan semasa memotong kenderaan lain. Dalam keadaan jalan yang lurus, jalan rata, kekalkan kedudukan gear ini.

6. Gear Reverse/Undur
Gear ini hanya digunakkan apabila anda mengundurkan kenderaan anda. Dalam keadaan jalan berbukit, penggunaan gear reverse mesti bersama-sama dengan brek tangan untuk keselamatan.

7. Untuk menukar ke gear rendah, anda harus menekan clutch terlebih dahulu. Anda harus bijak menukar gear mengikut situasi-situasi di jalan raya.

Sekolah memandu adalah guru sebenar anda
Penerangan di dalam artikel ini adalah penerangan secara ringkas sahaja, untuk membolehkan anda lebih tahu memandu kereta manual, anda harus menghadirkan diri di kelas memandu kerana mereka akan mengajar anda sehingga anda benar-benar tahu untuk memandu kereta manual.

Walau begitu, pemahaman awal bagaimana kereta manual harus anda ketahui sebelum hadir di kelas memandu untuk memudahkan pembelajaran anda.

Sekali lagi ditekankan, anda panik, gugup kerana anda tidak menguasai sepenuhnya pergerakan gear, bagaimana menggunakan pedal clutch, brek, brek kaki, dan juga pedal minyak. Tiada apa yang perlu takutkan, anda mesti yakin, berani, kerana orang lain boleh memandu, kenapa anda tidak boleh? Semoga artikel ini bermanfaat, selamat maju jaya. Baca juga Cara Memandu Kereta Auto.




4 comments

Kalau kita nak drop gear tinggi ke rendah, contohnya dari gear 4 ke 2, kita kena drop gear 3 sekali or kena boleh terus drop dari gear 4 terus ke 2 ?

Sebenarnya dua-dua cara boleh, jika situasi seperti yg tuan maksudkan,admin nak tanya terlebih dahulu, penggunaan gear 4 selalunya kereta dalam situasi yg laju, jika tuan tukar ke gear rendah iaitu gear 2, enjin akan mengaum kuat kecuali dalam situasi menaiki bukit atau menuruni bukit atau dalam keadaan kereta telahpun berhenti. Tuan perlu drop ke gear 3 dahulu untuk membiasakan penggunaan gear tangan walaupun tidak menjadi masalah jika anda terus drop gear dari gear 4 ke gear 2 tetapi pastikan tuan menekan pedal clutch terlebih dahulu utk menukarnya dan ingat.. pastikan kereta bukan dalam keadaan laju menukar ke gear rendah.

Saya hanya menggunakan gear5 semasa memandu di highway. Kalau memandu dlm jarak dekat atau dlm bandar, paling tinggi saya guna ialah gear 4. Apakah cara saya ini betul? Saya pernah dgr kawan berkata gear 5 hanya sesuai utk kelajuan 90kmj ke atas.

Ia memang betul, gear lima hanya sesuai pada keadaan kereta kita laju, Ia bergantung kepada keadaan jalan dan situasi.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.