Home » » Cara Langsai Hutang Kad Kredit

Cara Langsai Hutang Kad Kredit

Cara Langsai Hutang Kad Kredit. Penggunaan kad kredit memiliki kebaikan dan keburukan jika anda melihat kepada sudut yang berbeza. Dikatakan hampir setiap hari, terdapat ramai individu yang mengalami muflis atau mengahadapi masalah kewangan yang teruk akibat kegagalan untuk mengatasi hutang kad kredit.

Merurut kajian di negara ini, kebanyakan mereka yang dibebani oleh hutang kad kredit adalah golongan kaum muda.

Golongan ini tidak mengetahui bagaimana untuk menyelia sistem kewangan mereka sendiri hinggakan kad kredit yang sepatutnya untuk hal-hal kecemasan digunakan untuk tujuan seperti bershopping, menyebabkan mereka gagal membayar semula hutang berkenaan kerana pemilikan hutang kad kredit yang banyak.
Langsai hutang kad kredit
Rancang kewangan anda dengan bijak
Langsai hutang kad kredit dengan merombak semula penggunaan kewangan anda
Apabila dibebani dengan hutang kad kredit, ia umpama satu mimpi yang ngeri buat diri kita kerana gaji yang kita perolehi setiap bulan hanya cukup untuk membayar hutang-hutang kad kredit. Saya mempunyai kenalan semasa saya tinggal di Pantai Timur beberapa tahun yang lalu.

Kawan saya ini mempunyai jawatan yang tinggi di jabatan kerajaan dan suda tentunya memiliki gaji yang besar. Walau mempunyai gaji yang besar, dia mempunyai kelemahan kerana gagal untuk mengawal sistem kewangannya sendiri kerana memiliki hutang kad kredit yang amat banyak.

Bayangkan, dia mempunyai dua dompet, satu dompet untuk menyimpan wang dan satu untuk kad-kad kredit dan menurut kawan saya ini, dia memiliki 12 kad kredit dan kebanyakannya telah digunakan. Walaupun bergaji besar, setiap bulan, lebih separuh dari gajinya hanya untuk membayar-hutang-hutang kad kredit.

Sebelum hal ini terjadi kepada anda, belajar untuk menghadkan penggunaan kad kredita anda.Untuk melangsaikan hutang kad kredit, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan merombak semula penggunaan kewangan anda dengan melakukan pengiraan aliran-aliran kewangan anda untuk setiap bulan.

Mungkin sebelum ini, anda hanya tahu menggunakan kesemua gaji anda untuk membeli keperluan-keperluan peribadi, membayar hutang-hutang, bershopping tanpa melakukan pengiraan terlebih dahulu. Sebenarnya, cara ini adalah cara yang salah kerana anda tidak mengetahui dimana aliran sebenar wang anda pergi.

Oleh itu, setiap kali gaji atau sebelum waktu gaji, anda harus menulis kesemua hutang-hutang anda yang perlu dibayar dengan menyediakan sebuah buku khas untuk perbelanjaan anda. Cara ini untuk mengetahui dengan jelas, berapakah jumlah perbelanjaan yang patut anda laksanakan setiap bulan.

Bayar hutang terlebih dahulu, jangan tangguh untuk membayar hutang kad kredit anda
Hutang kad kredit harus dilangsaikan dengan segera jika tidak, ia akan memusnahkan hidup anda. Ketika anda dibebani dengan hutang kad kredit, anda harus berani melihat ke hadapan dan berjanjilah dengan diri anda dengan segera, hutang-hutang anda harus dilangsaikan dengan tempoh target yang anda tetapkan sendiri.

Misalnya, jika pembayaran minima untuk 5 kad kredit anda berjumlah RM200 untuk setiap kad, dan jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar adalah sebanyak RM1000 setiap bulan, anda harus konsisten membayar minima kad ini setiap bulan dan tanpa menggunakannya lagi. Jika anda menggunakan kad ini semula untuk hal-hal tertentu, saya berani mengatakan anda akan dibebani hutang kad kredit seumur hidup dan boleh jadi hutang anda akan bertambah teruk.

Mencuba untuk menangguhkan pembayaran minima kad kredit bukan hanya intrest anda akan meningkat tetapi ia menjadikan bebanan hutang anda akan bertambah setiap bulan. Sekiranya hal ini berlaku, lambat laun, anda tidak lagi berupaya untuk membayar minima bayaran kad kredit anda kerana jumlah minima yang perlu bayar akan meningkat.

Berbincang dengan pihak pengeluar kad kredit (Pihak Bank)
Jika hutang kad kredit anda tidak mampu untuk membayar minima bayaran bulanan, mungkin anda perlu datang berjumpa dengan pihak bank untuk berbincang semula mengenai bayaran bulanan tersebut untuk mengurangkan minima bayaran bulanan berdasarkan alasan anda tidak mampu untuk membayar minima bulan yang dikenakan keatas anda.

Sesetengah bank tidak bersetuju jika anda meminta pihak mereka mengurangkan jumlah minima bayaran tetapi jika anda memberi alasan yang kukuh, mungkin pihak mereka akan mempertimbangkan masalah anda dengan syarat-syarat tertentu.

Berbincang dengan pihak bank, sekurang-kurangnya, bayaran minima tersebut mungkin akan dikurangkan dan ini membolehkan anda boleh melakukan penyeliaan pengurusan kewangan anda dengan lebih baik berbanding dengan sebelum ini.

Minta nasihat dan berunding dengan AKPK
AKPK dikenali sebagai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan ditubuhkan pada tahun 2006 oleh pihak Bank Negara untuk membantu dan mengajar mereka yang dibebani hutang kad kredit untuk pengurusan kewangan yang bijak. Untuk pengetahuan anda, agensi ini tidak akan menyediakan pinjaman untuk melangsaikan hutang kad kredit anda tetapi sebagai agensi yang akan berunding dengan pihak bank (Pihak pengeluar kad kredit) untuk merancang pelan pembayaran semula hutang kad kredit anda.

Berjumpa dengan agensi ini sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana menguruskan kewangan anda dengan bijak dan mereka amat bersedia untuk membantu dalam pelan pembayaran semula hutang-hutang kad kredit anda. Berjumpa dengan agensi ini adalah cara terakhir sekiranya anda benar-benar tidak mampu lagi untuk melangsaikan hutang kad kredit anda.

Bebas hutang kad kredit
Kad kredit memiliki kebaikan yang tersendiri tetapi ramai yang gagal untuk menguruskan penggunaannya dengan bijak. Sekiranya anda tergolong susah untuk mengawal penggunaan kad kredit, dinasihatkan untuk memotong segera kad kredit anda kerana anda bakal dibebani hutang kewangan yang teruk. Sesetengah orang mengatakan kad kredit adalah ceti yang berlesen dan jika difikirkan semula, terdapat kebenarannya kata-kata tersebut lebih-lebih lagi mereka yang tidak mahir mengurus penggunaan kad kredit dengan betul.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.