Home » » Cara Jadi Dropship Berjaya

Cara Jadi Dropship Berjaya

Cara Jadi Dropship Berjaya. Apa itu dropship? Dropship adalah, individu yang mempromosikan dan menjual barangan dari pembekal/ seller tanpa menyimpan produk tersebut. Ini kerana, semua produk berada dalam simpanan pembekal.

Ini bererti, individu ini hanya mempromosikan produk dengan hanya melalui gambar produk kepada orang ramai dan sekiranya, barangan tersebut terjual, pihak pembekal akan mengirimkan produk terus kepada pembeli, atas nama  individu yang mempromosi atau yang menjual produk tersebut sebagai pengirim.

Individu yang menjalankan bisnes ini, tidak memerlukan apa-apa pun modal tetapi hanya mempromosikan produk-produk dari pembekal, sekiranya terjual, individu ini akan memperolehi komisyen dari setiap produk yang mereka jual.

Tidak dinafikan, ramai dropship dalam negara ini memperolehi keuntungan mudah tanpa mengeluarkan wang mereka sendiri. Walau begitu, untuk berjaya dalam bisnes ini, anda perlu mengetahui rahsia seperti mana yang digunakan oleh dropshiper yang berjaya.
sistem dropship
Cara Sistem Dropship Bekerja
Penting untuk cari produk popular
Jika anda berkira-kira untuk melakukan bisnes ini, adalah penting untuk anda mencari produk popular yang dijual oleh seller kerana produk popular mempunyai kebarangkalian untuk dibeli adalah tinggi. Bagaimana untuk mencari produk popular?

Untuk mencari produk hangat, anda mesti peka kepada trend masyarakat d negara ini. Misalnya, tahun 2015, produk yang terhangat di pasaran adalah Vape, rokok elektronik yang menjadi fenomena dalam negara dan juga popular di peringkat global.

Senaraikan produk-produk yang berpotensi, dan cari pembekal melalui carian di internet. Jika anda memilih produk yang kurang popular atau mudah diperolehi di pasaran dengan harga yang murah, anda hanya membuang masa untuk mempromosi produk berkenaan kerana kesukaran untuk memperolehi pembeli.

Mengenali Seller/pembekal berpotensi 
Mencari pembekal yang berpotensi amat penting dalam bisnes dropship, pembekal yang berpotensi memiliki ciri-ciri seperti, memiliki kedai atau syarikat sendiri dan menyimpan stok barangan yang banyak.

Jika anda memperolehi pembekal seperti ini, anda tidak mempunyai masalah tentang stok produk kerana pembekal memiliki kedai atau syarikat sendiri dan, sudah tentunya pembekal telah bersedia untuk menyimpan stok yang banyak untuk pelanggan.

Selain itu, harga yang ditawarkan oleh pembekal mestilah murah berbanding harga yang ditawarkan di pasaran kerana, masyarakat pada masa kini amat bijak menilai harga yang ditawarkan di internet dan harga di pasaran. Jika anda memperolehi harga yang murah dari pihak pembekal, anda berpotensi memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

Tumpukan hanya satu produk dan pembekal
Sebagai permulaan, promosikan satu produk sahaja dan satu pembekal untuk membolehkan anda mampu menguruskan bisnes dropship anda kerana, jika anda mempunyai banyak produk dan pembekal, anda akan menghadapi kesukaran untuk menguruskannya.

Selain itu, penumpuan kepada satu produk membolehkan anda mengenali potensi pembeli anda dengan lebih jelas. Pastikan juga memilih produk yang tidak terlalu mahal kerana, masyarakat susah untuk mengeluarkan wang mereka jika produk tersebut terlalu mahal, mereka risaukan wujudnya penipuan, risaukan barangan tidak sampai, dan sebagainya.

Produk yang dijual dengan harga yang murah, keyakinan pembeli adalah tinggi kerana mereka beranggapan, jika produk tersebut menghadapi masaalah, kerugiaan yang ditanggung adalah sedikit. Walau bagaimanapun, pastikan anda memilih pembekal yang jujur kepada anda.

Produk mesti anda cuba dahulu
Sekiranya boleh, setiap produk yang anda promosi dan jual, pastikan produk tersebut harus anda cuba dahulu untuk mengetahui tahap kualiti produk tersebut. Ini bermakna, anda harus melakukan pembelian terlebih dahulu dengan pembekal anda.

Sekiranya produk tersebut berkualiti, produk yang anda beli dari pembekal anda, jual semula dengan pembeli di internet. Kebanyakan individu yang melakukan dropship tidak melakukan ujian kualiti keatas produk yang mereka jual hinggakan timbulnya masalah dengan pembeli.

Setiap produk yang anda jual, anda harus mengetahui secara detail mengenai produk tersebut kerana, pelanggan akan bertanya bermacam-macam soalan mengenai produk tersebut.

Hasil pemerhatian di laman sosial, kebanyakan dropshiper, mempromosikan barangan mereka dengan kata-kata promosi yang memboringkan dan sering digunakan oleh penjual-penjual barangan di Internet. Buat ayat sendiri, jangan gunakan ayat terlalu over, tetapi buat ayat yang membuatkan orang ramai melihat produk yang anda jual.

Memiliki ramai teman di Laman sosial
Kunci kejayaan seorang dropship adalah memiliki ramai rakan di sekeliling dan juga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan sebagainya. Facebook misalnya, berapakah jumlah rakan anda? FB mengizinkan semua pengguna boleh menambah rakan sehingga 5,000 orang.

Jumlah tersebut adalah cukup ramai, jika anda mempromosi produk anda melalui FB anda, saya percaya,produk anda akan mudah terjual tetapi pastikan anda meletakkan gambar sebenar anda di profile FB, alamat anda, nombor telefon yang boleh dihubungi, nama sebenar anda, kerana, ini adalah sebagai syarat yang menjamin keyakinan rakan FB anda untuk membeli barangan anda.

Sekiranya anda tidak mempamerkan identiti anda dengan lengkap, misalnya, gambar profile bukan gambar sebenar anda, menggunakan nama samaran dan hal ini akan menurunkan kepercayaan pembeli kepada anda.

Hal yang sama juga boleh dilakukan melalui laman sosial yang lain seperti Twitter, MySpace, Tagg, dan banyak lagi.

Buka page sendiri di Wechat, Instragram
Anda juga boleh melakukan promosi produk anda melalui  Instagram, Wechat, Whatsapps, Link, dan lain-lain lagi, sebagai cara anda untuk memperoleh pembeli.

Misalnya melalui Instragram, laman sosial ini amat popular di negara ini kerana kebanyakan artis, atlit, menggunakan aplikasi ini sebagai platform untuk mendapatkan peminat.

Instagram amat berpotensi untuk mendapatkan pembeli kerana anda boleh mendapatkan berpuluh ribu rakan dengan masa yang singkat.

Buka Fan page di Facebook
Membuka Fan page mengenai produk anda di FB akan menjamin pembeli baru untuk melakukan pembelian produk anda.

Jika anda telah memiliki rakan FB seramai 5,000 orang, request rakan-rakan anda untuk 'like' Fan page anda dan anda juga boleh mengeluarkan sedikit modal dengan melakukan pembayaran melalui Facebook Ads untuk mendapatkan lebih ramai yang akan 'like' Fan page anda.

Usaha gigih untuk berjaya
Sejauh mana kejayaan anda adalah bergantung dengan usaha gigih anda untuk mendapatkan pembeli. Jika anda mengamalkan tips-tips yang seperti dinyatakan disini, anda boleh memperolehi pendapatan lumayan dengan bermodalkan sedikit wang atau tanpa mengeluarkan wang anda sedikit pun.

 Kejayaan datangnya dari ilmu yang kita perolehi sebelum ini, tanpa ilmu untuk melakukan sesuatu, amat sukar untuk anda berjaya.

Kebanyakan pelajar universiti, kakitangan kerajaan, melakukan bisnes ini secara sambilan dengan menjual secar online atau menjual produk mereka kepada kawan-kawan, rakan sekerja, dan tidak dinafikan, dropship mampu menjana keuntungan jika anda melakukan dengan cara betul. Semoga artikel ini bermanfaat dan semoga maju jaya.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.