Home » » Cara Dapatkan Lesen Memandu Hilang

Cara Dapatkan Lesen Memandu Hilang

Lesen Memandu Hilang. Kadang-kadang, atas kecuaian diri kita sendiri, dokumen penting milik kita seperti lesen memandu, hilang atau tercicir. Hal ini menyebabkan, kita merasa takut untuk memandu dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya semula.

Artikel ini memberi panduan kepada semua rakyat malaysia, bagaimana cara untuk mendapatkan lesen memandu yang hilang berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

Cara dapatkan lesen memandu hilang
Sekiranya anda mengalami situasi ini, jangan panik, jangan risau, prosuder untuk mendapatkan semula gantian lesen memandu yang hilang adalah mudah. Untuk urusan ini, pergi ke Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran dengan tempat tinggal anda dan pastikan menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk memastikan sistem online pihak mereka berfungsi dengan baik kerana, kadang-kadang, apabila kita datang untuk berurusan dengan mereka, sistem online mereka tidak berfungsi dengan baik. (Sistem Down) Walau begitu, anda boleh terus ke JPJ jika anda yakin sistem mereka tidak menghadapi sebarang masalah.
Lesen memandu hilang

Selain itu, pastikan anda berurusan dengan pihak JPJ pada waktu seawal pagi, kerana, jika anda datang pada waktu tengahari ataupun petang, selalunya pada waktu ketika itu orang sangat ramai untuk berurusan dengan JPJ. Ini menyebabkan, anda terpaksa menunggu terlalu lama sementara nombor giliran anda sampai. Tips ini sekadar mengingatkan semula supaya anda boleh berurusan dengan JPJ tanpa perlu berulang alik berurusan dengan mereka.

Dokumen perlu disediakan
Untuk mendapatkan gantian lesen memandu anda, beberapa persediaan dan dokumen yang perlu anda sediakan sebelum datang di JPJ seperti,

1. Kad pengenalan / IC / Mykad
2. 1 keping salinan kad pengenalan / IC / Mykad
3. Wang RM20 (Wang Denda)
4. Borang memohon gantian lesen memandu (diisi semasa di JPJ)

Jika dokumen ini telah mencukupi, datang terus ke JPJ dan dapatkan borang memohon gantian lesen memandu. Staff di kaunter pertanyaan akan memberikan anda satu borang yang perlu diisi dan sekiranya anda telah selesai untuk mengisi borang ini, barulah anda mendapatkan nombor giliran anda kerana kadang-kadang, staff di kaunter pertanyaan tidak akan memberikan anda nombor giliran sebelum anda selesai mengisi borang yang perlu diisi.

Apabila nombor giliran anda sampai, pergi terus ke kaunter mengikut paparan dalam nombor giliran dan serahkan borang, salinan mykad dan mykad anda. Staff JPJ akan memproses permohonan anda dan apabila selesai, barulah staff JPJ akan meminta bayaran atau denda diatas kehilangan lesen memandu tersebut. Selasai, anda kini memiliki gantian lesen memandu yang baru.

Lesen memandu , geran motorsikal, geran kereta, yang hilang atau tercicir, tidak perlu untuk mendapatkan laporan polis, anda terus ke JPJ untuk berurusan dengan mereka kerana, laporan polis hanya perlu dibuat sekiranya berlakunya unsur jenayah.

Walau begitu anda mempunyai hak dan tidak menghadapi masalah sekiranya anda ingin membuat laporan polis tentang kehilangan dokumen-dokumen ini.

Mungkin timbulnya pertanyaan apabila lesem memandu hilang bersama-sama dengan dokumen penting lain, misalnya dompet hilang atau tercicir menyebabkan kehilangan dokumen seperti Mykad, Lesen memandu, kad-kad bank dan lain-lain, anda perlu membuat satu laporan polis dan bawa sekali laporan polis ke JPJ untuk memohon gantian semula lesen memandu yang hilang.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda dan sebagai rujukan dan pengetahuan di masa akan datang. Ramai yang terpaksa berulang-alik ke JPJ kerana dokumen yang diperlukan tidak lengkap, sistem online JPJ menghadapi masalah dan hal ini boleh diatasi sekiranya anda merujuk tips dalam artikel ini. Baca juga

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

9 comments

Terima kasih . Maklumat amat ringkas dan padat serta sangat membantu kpd yg memerlukan spt saya.

Maaf bertanya. Mmg sure tk pyah buat report polis ye klu cuma lesen yg hilang? Saya dgr org ckp still keba wat report polis. Confius la

Setakat yg admin tahu, hanya hilang lesen, cik tidak perlu buat laporan polis dan boleh terus ke JPJ untuk mendapatkan gantian semula lesen, jika cik masih konfius, telefon terus JPJ yg berhampiran. Laporan polis tidak perlu dibuat sebagai langkah kerajaan untuk memudahkan masyarakat dalam urusan gantian semula lesen memandu.

Salam.. Sy baru hilang lesen motosikal L saya dan bru je tamat tempoh.. Kalau kes camni boleh buat benda yg sama ke di JPJ? Tak perlu bawak gambar ukuran pasport eh?

yer..jika lesen motosikal L tamat tempoh, anda hanya perlu ke JPJ untuk urusan tersebut dengan membawa lesen L yang lama, anda tak perlu membawa gambar ukuran pasport kerana mereka hanya memberikan satu slip urusan renew lesen tersebut dan kadar bayaran yang dikenakan adalah RM2.

Salam, sy hilang lesen L yg baru tamat tempoh. Adakah sy boleh membawa lesen yg lg lama drpd lesen yg sy hilang utk renew lesen?

ya, cik perlu membawa lesen yg lama utk renew lesen tetapi jika hilang, cik perlu menyediakan photo ukuran passport untuk kegunaan gantian lesen L yg baru.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.