Home » » Buat Duit Beratus Ringgit Dengan Mudah Di Pasar Malam

Buat Duit Beratus Ringgit Dengan Mudah Di Pasar Malam

Saya ingin menceritakan anda dengan satu tips, bagaimana untuk membuat duit beratus ringgit hanya beberapa jam sahaja di pasar malam atau pasar minggu.

Idea tip ini adalah rahsia yang dikongsi sendiri oleh kawan saya bagaimana membuat duit dengan mudah tanpa memerlukan modal yang besar dan boleh dijual dengan berulang-ulang kali dan juga anda boleh memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda.

Jika anda malu untuk menjual di pasar malam, mungkin idea ini tidak sesuai kepada anda, saya berkongsi tips ini kepada semua pembaca di seluruh Malaysia kerana pada masa ini amat sukar untuk memperolehi sumber pekerjaan kerana persaingan dari graduan-graduan yang setiap tahun akan menamatakan pengajian mereka tanpa pekerjaan yang tetap.
Patung Permainan
Contoh alat permainan yang mampu mencipta keuntungan
Baik, sebelum anda ingin memulakan perniagaan anda di pasar malam, saya akan jelaskan kenapa perlu pasar malam? Pasar malam adalah tumpuan orang ramai untuk membeli keperluan-keperluan mereka seperti sayur-sayuran, kueh-mueh, daging, dan sebagainya.

Pasar malam dikunjungi oleh beratus orang atau boleh mencapai beribu orang setiap hari. Bukankah ini adalah medan anda untuk menjual sesuatu yang menarik kepada orang ramai?

Kawan saya mampu memperolehi keuntungan sehingga RM300 hingga RM500 dengan hanya menjual beberapa jam sahaja di pasar malam ataupun di hujung minggu.

Apakah yang perlu dijual di pasar malam? Pertanyaan ini mungkin timbul kepada mereka yang berminat menjual di pasar malam.

Menurut kawan saya, cara buat duit yang paling cepat di pasar malam adalah, menjual alat-alat permainan kanak-kanak. Kenapa alat permainan kanak-kanak?

Tahukah anda, ramai keluarga akan datang di pasar malam bersama-sama dengan anak-anak mereka dan sebahagian besar dari mereka akan membelikan sesuatu alat permainan kepada anak-anak mereka.

Inilah perlu anda jual kerana alat permainan boleh dijual dengan berulang-ulang kali tanpa memerlukan persediaan yang khusus berbanding dengan bisnes menjual mee goreng, buger, kueh mueh yang memerlukan persediaan seperti alat-alat memasak, rempah-rempah dan hal ini memerlukan masa dan tenaga anda.

Tahukah anda, kawan saya ini hanya menjual belon-belon yang memiliki pelbagai bentuk yang menarik kepada kanak-kanak misalnya belon getah kura-kura, kuda, patung barbie, bola, dan alat permainan yang tidak memerlukan bateri untuk menjadikannya berfungsi.

Setiap belon patung diperolehinya dengan hanya beberapa sen di pusat borong dan menjual semula kepada orang ramai dalam anggaran RM16 hingga RM17 ringgit satu belon getah. Sukar dipercayai inilah bisnes yang paling mudah dan anda akan untung berlipat kali ganda jika anda menjual alat-alat permainan ini.

Kawan saya mengatakan, jangan menjual alat permainan yang memerlukan bateri untuk berfungsi kerana, ianya leceh dan kadang-kadang banyak yang tidak berfungsi dengan baik.

Untuk menjalankan bisnes ini, sebagai permulaan, anda harus berbaik-baik dengan peniaga di pasar malam untuk meletakkan alat-alat jualan anda berhampiran dengan mereka.

Jika anda telah memiliki modal untuk memulakan perniagaan  ini, anda boleh memperolehi lesen untuk berniaga di tapak pasar malam dengan memohon dengan PBT(Pihak Berkuasa Tempatan) di majlis daerah atau majlis perbandaran.

Jika boleh anda perlu memasang kanopi untuk meletakkan alat-alat jualan anda, tetapi sebagai permulaan, letak sahaja di tempat sebaris dengan gerai lain yang masih kosong. Walau begitu hal ini boleh menyebabkan anda akan dikenakan tindakan oleh penguatkuasa PBT jika tidak memiliki lesen untuk menjajah.

Dimanakah untuk membeli alat-alat permainan dalam harga borong? Setiap bandar tentunya mempunyai kedai borong untuk menjual alat-alat permainan ini, anda boleh mendapatkan harga borong dengan mereka.

Jika anda berada di Semenanjung Malaysia, kebanyakan penjual di pasar malam akan datang di Kuala Lumpur untuk mendapatkan stok barangan mereka. Tahukah anda di KL, terdapat satu gudang yang amat besar milik pelabur dari China.

Peniaga-peniaga dari serata negeri Semenanjung akan datang ke gudang ini untuk membeli stok untuk perniagaan mereka kerana barangan seperti alat-alat permainan, seluar jeans, baju-baju, dompet-dompet dan sebagainya ada dijual di KL.

Untuk kepastian lokasi sebenar tempat ini, anda boleh bertanya kepada peniaga-peniaga pasar malam yang aktif berniaga di tempat anda. Info ini adalah saya perolehi dari sahabat saya yang berniaga pasar malam di Kelantan.

Semoga artikel ini bermanfaat dan membuka minda anda untuk berniaga di pasar malam. Sesetengah mugkin dari anda berfikiran, berniaga di pasar malam adalah pekerjaan yang boleh menjatuhkan imej anda tetapi tahukah anda, pasar malam adalah lubuk duit kepada sesiapa yang mengetahui rahsia ini.

Ramai yang mampu mencipata beribu-ribu sebulan dengan hanya menjalankan perniagaan di pasar malam sahaja. Jika anda tidak berminat untuk menjual alat-alat permainan mungkin anda boleh menjual pakaian bundle walaupun  jualan anda agak lambat sedikit berbanding dengan menjual alat permainan kanak-kanak.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.