Home » » Buah Tangan Patut Dibeli Semasa Mengunjungi Pulau Labuan

Buah Tangan Patut Dibeli Semasa Mengunjungi Pulau Labuan

Adakah anda merancang untuk melancong di pulau Labuan? Pulau Labuan adalah terkenal sebagai pulau pelancongan bebas cukai selepas Pulau Langkawi.

Tentunya anda anda ingin mengetahui apakah barangan yang menarik yang anda bawa apabila balik ke kampung halaman anda sebagai hadiah atau buah tangan kepada keluarga atau kawan-kawan.

Penulis tinggal di pulau ini dan akan memberikan anda sedikit cadangan atau idea yang anda perlu bawa sebagai buah tangan atau souvenir untuk dibawah balik selepas mengunjungi pulau ini.
Souvenir dari pulau Labuan

1. Minyak wangi- Minyak wangi di pulau ini adalah bebas dari cukai. minyak wangi  atau perfume seperti Dunhill, DKNY, Disel, Davidof, dan pelbagai jenama terkenal, dijual dengan amat murah di pulau ini berbanding dengan harga yang dijual di tanah besar dan perfume ini adalah asli. Anda boleh membeli perfume di kawasan sekitar bandar ini dengan harga yang terbaik.

2. Kain Ela- Ramai mengatakan kain ela di pulau ini amat murah berbanding dengan kain ela yang dijual di tanah besar seperti Sabah dan Sarawak. Anda boleh mendapatkan kain ela yang dijual di kedai-kedai India di sekitar bandar Labuan. Melalui pengetahuan penulis, kain-kain ini diperolehi terus dari Kuala Lumpur oleh pekedai melalui ejen mereka.

Cokelat
Antara Cokelat yang Popular
3. Baju Labuan dan Kraftangan- Maksud penulis adalah, baju 'T' yang mempunyai tulisan Pulau Labuan, hal ini penting sebagai bukti anda telah pun sampai di pulau ini.

 Amat rugi jika anda telah sampai di pulau ini tanpa membeli baju yang mempunyai tulisan Labuan. Selain itu juga anda mungkin membawa sedikit kraf tangan yang diperbuat atau dihasilkan sendiri oleh masyarakat di pulau ini.

Untuk mendapatkan kraftangan, anda boleh mengunjungi Financial Park kerana banyak hasil kraftangan yang dijual di kompleks ini.

4. Cokelat- Buah tangan ini adalah amat disukai oleh kebanyakan orang yang melawat pulau ini. Jika anda melihat kebanyakan pengunjung yang datang di pulau ini menjadikan cokelat sebagai buah tangan utama mereka untuk kawan-kawan dan keluarga.

Kebanyakan cokelat yang dijual di pulau ini adalah cokelat import dari luar negara dan sebahagian adalah cokelat keluaran tempatan.

5. Minuman keras- Bagi mereka yang bukan beragama Muslim, anda boleh mendapatkan minuman ini dengan harga yang murah dan pelbagai jenis pilihan serta diimport dari pelbagai negara. Brand yang menjadi pilihan oleh orang ramai adalah Chivas, Martel, dan Jack Daniel. Penulis tidak mengetahui mengapa orang ramai amat menyukai jenama-jenama ini.

6. Rokok- Idea ini mungkin kurang menarik bagi mereka yang tidak mengemari rokok sebagai buah tangan kerana mereka merasakan rokok adalah buah tangan yang tidak baik untuk kesihatan tetapi bagi golongan perokok, idea ini adalah sebagai satu kemestian apabila datang di pulau ini kerana rokok di pulau ini amat murah berbanding dengan harga rokok di tanah besar.

Rokok yang popular sekali dibeli oleh orang ramai adalah rokok jenama Era, Tex, Pensil, dan pelbagai jenama lagi kerana harga yang amat murah.

Artikel ini ditulis bagi memenuhi penulisan di blog ini dan sebagai pengetahuan am kepada pelawat yang datang atau ingin merancang untuk bercuti di pulau ini sebagai destinasi percutian.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.