Home » » Bisnes Kecil-Kecilan Dengan Menjual Kereta Terpakai

Bisnes Kecil-Kecilan Dengan Menjual Kereta Terpakai

Beberapa tahun yang lepas, semasa saya tinggal di Taman perumahan Kempadang, Kuantan, Pahang, saya mempunyai jiran Melayu yang bekerja sebagai technican di sebuah syarikat Modenas. Jiran saya ini pernah berkrusus di kilang Kawasaki di Jepun.

Apa yang menariknya, jiran saya ini mempunyai satu bisnes sampingan selain pekerjaan yang sedia ada di Modenas, iaitu bisnes menjual kereta terpakai secara kecil-kecilan, setiap minggu, jiran saya ini sering bertukar-tukar pelbagai jenis kereta dan ini menyebabkan, saya bertanya dengan jiran saya ini bagaimana beliau menguruskan bisnes tersebut.

Melalui tips yang diberikan oleh jiran saya ini, dia bermula melakukan bisnes ini dengan menggunakan beberapa ribu ribu ringgit sebagai modal permulaan untuk mendapatkan kereta secondhand di sekitar Kuantan Pahang.

Setiap kenderaan yang dibelinya dari individu yang ingin menjual kereta, dibeli, dengan harga, RM10k kebawah walaubegitu ia bergantung dengan kondisi kenderaan dan harga market kereta yang dibelinya. Kadang-kadang, kereta yang dibelinya boleh mencapai harga melebihi RM10k tetapi kereta tersebut haruslah dalam kondisi baik dan memiliki permintaan yang tinggi atau dicari oleh ramai orang.

Jual kereta terpakai
Kadang-kadang, beliau mengatakan, dia mendapatkan kenderaan di lelongan awam di Kuantan Pahang tetapi pilihan yang ada hanyalah sedikit. Kebanyakan kenderaan yang diperolehi melalui bidaan di pusat lelongan di Kuala Lumpur.

Syarikat kereta terpakai/Use Car tidak dapat menandingi bidaan dari individu persendiriaan semasa lelongan diadakan kerana, harga bidaan dari syarikat kereta terpakai terlalu murah berbanding dengan bidaan individu persendiriaan kerana syarikat Use Car akan melakukan bidaan dengan banyak kenderaan.

Apabila, telah berjaya mendapatkan sebuah atau dua buah kenderaan, dia akan memabawa kereta ini ke Kuantan, Pahang untuk urusan baik pulih yang mana yang patut dibaiki misalnya, cat semula kereta jika perlu, baiki bahagian enjin, tayar, brek, dan sebagainya. Anda perlu mengeluarkan wang sendiri anda untuk urusan baik pulih ini.

Selain itu adalah penting untuk mengenali ramai orang untuk bisnes ini misalnya memiliki ramai kawan di bengkel kenderaan, bank-bank, syarikat Use Car, kedai cat kereta, kakitangan penguatkuasa, seperti JPJ, Puspakom dan Polis untuk memudahkan segala urusan anda.

Sekiranya anda telah melakukan urusan pembaikan kederaan tersebut, anda perlu menjual kepada orang ramai. Jika di Kuantan Pahang, kebanyakan individu persendirian akan meletakkan kenderaan yang mereka jual berhampiran dengan kedai-kedai, simpang jalan, dan tepi jalan.

Untuk memberitahu orang ramai bahawa kereta tersebut untuk dijual, meraka akan meletakkan bekas tong / gelen minyak pelincir atau tong minyak hitam di bumbung kenderaan dan meletakkan nombor telefon yang perlu dihubungi sekiranya berminat dengan kenderaan yang dijual.

Semasa saya mencari kereta terpakai untuk kegunaan sendiri di Kuantan, saya akan meronda seluruh bandar Kuantan untuk mencari kenderaan yang dijual di tepi-tepi jalan dari individu persendirian kerana kenderaan yang dijual oleh syarikat kereta terpakai amat mahal berbanding dengan penjual kereta terpakai persendirian.

Untuk pengetahuan anda, semua kenderaan dijual adalah by cash ataupun bayaran melalui tunai dan tanpa loan bank.

Sekiranya anda membeli sebuah kereta Wira Sedan 1.3 (M) model Tahun 2007 dengan harga RM4,000 di pusat lelongan awam di KL, dan kos untuk baik pulih misalnya sebanyak RM2,000, jika anda menjual kepada orang ramai sebanyak RM11,000, anda memperolehi keuntungan mudah sebanyak RM4 ribu lebih selepas tolak kos untuk, Puspakom dan tukar nama. Cara ini sebenarnya bisnes yang paling menguntungkan kepada anda sekiranya anda melakukan bersungguh-sungguh.

Kereta terpakai adalah kereta yang sering dicari oleh golongan pertengahan, apabila anda mempamerkan kereta yang anda jual di tempat awam dan kereta tersebut berfungsi dengan keadaan yang baik, kereta tersebut akan cepat terjual.

Selain itu, anda juga boleh menjual kereta anda di web online shopping paling popular di Malaysia iaitu mudah.com.my. Jika anda menjual dengan cara yang betul, dan hanya menjual kereta yang dicari oleh orang ramai, anda boleh mencipta keuntungan beribu sebulan.

Jika anda benar-benar serius untuk memulakan bisnes ini, anda perlu mendaftarkan terlebih dahulu bisnes anda melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran ini penting untuk jangka masa yang panjang, selain itu anda juga perlu mendapatkan lesen melalui PBT (Pihak Berkuasa tempatan) dan juga memohon dengan pihak polis, lesen atau permit untuk menjual barang-barang lusuh.

Walau begitu, menurut pemerhatian saya, kebanyakan individu yang menjalankan bisnes ini tidak memiliki permit yang sah kerana mereka  merasakan bisnes ini dilakukan sebagai kerjaya sambilan mereka sahaja. Sekian artikel ini, moga bermanfaat dan untuk keterangan lanjut mengenai bisnes ini, bertanya lah dengan lebih arif kerana artikel ini hanyalah penerangan asas dan bukanya secara terperinci.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.