Home » » Apa Harus Dilakukan Di Pulau Labuan Pada Waktu Malam

Apa Harus Dilakukan Di Pulau Labuan Pada Waktu Malam

Pulau Labuan adalah sebuah pulau yang kecil dan dan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini pada malam hari.

Mungkin sesetengah dari anda merasa boring dengan kehidupan di pulau ini kerana bagi anda kehidupan di pulau ini mengkin memboringkan.

Bagi pandangan penulis, memang agak memboringkan di pulau ini jika anda tidak mempunyai apa-apa aktiviti, tetapi, penulis memiliki hobi untuk menulis blog dan keboringan di pulau ini dapat diatasi  kerana menulis blog membuatkan penulis akan hilang perasaan boring kerana keasyikan untuk menulis blog.

Penulis akan memberikan sedikit tips untuk dikongsi bersama apa yang patut dilakukan di Labuan apabila merasa boring pada waktu malam.
Apa harus dilakukan
Isi aktiviti pada waktu malam dengan bermain futsal
Jika anda minat untuk bersukan tetapi tidak berkesempatan untuk bersukan pada waktu petang atau pada hujung minggu, anda boleh mengajak kawan-kawan anda untuk membentuk team futsal.

Bermain permainan bola futsal pada waktu malam amat menyeronokan kerana cuaca yang agak sejuk dan sebagai aktiviti untuk kesihatan anda.

Selepas anda selesai bermain futsal anda boleh lepak dengan kawan-kawan anda di kedai makan untuk menghilangkan penat dengan minum minuman kegemaran anda. Padang futsal yang popular pada waktu malam di pulau ini bertempat bersebelahan dengan Kompleks Ujana Kewangan atau Financial Park Labuan.

Lepak di kompleks sukan laut
Kompleks sukan laut berhampiran dengan bandar labuan, penulis mencadangkan anda lepak di kawasan ini kerana anda boleh melihat keindahan cahaya kapal-kapal dagang yang berlabuh berhampiran dengan kawasan ini seperti bandaraya di atas laut.

Anda juga boleh duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak Perbadanan Labuan untuk pengunjung sambil menikmati tiupan angin laut yang mengasyikan.

Makan malan di restoran makanan laut di tepi pantai
Idea ini boleh anda lakukan sekali sekala kerana harga makanan laut di restoran tepi pantai agak mahal, walaubegitu, jika anda hanya berdua atau makan menu yang sederhana, harga memang berbaloi.

Makan di kawasan ini memberi anda ketenangan selepas seharian bekerja ditambahi lagi dengan tiupan bayu pantai, ini akan menenangkan diri yang keboringan.

Lepak di menara jam
Tempat ini adalah kawasan tumpuan kebanyakan kaum muda mudi untuk melepak pada waktu malam.

Anda boleh melihat ahli kelab-kelab kereta mempamerkan kereta merka masing-masing, kadang-kadang terdapat permainan mini bike dan pandangan penulis anda boleh lepak dikawasan ini untuk mengisi masa terluang anda.

Mengunjungi pusat hiburan
Jika anda minat untuk berpesta, anda boleh mengunjungi pusat-pusat hiburan yang banyak di pulau ini tetapi nasihat penulis, jangan terlalu ikutkan perasaan anda kerana minuman yang disediakan di tempat-tempat ini amat murah.

Jika anda tidak minum minuman yang memabukkan, anda masih boleh menempah bilik khas untuk anda berkaroke. Walau begitu, jika anda beragama muslim, anda sedia maklum anda dilarang untuk mengunjungi tempat-tempat ini.

Aktiviti memancing
Idea ini mungkin sesuai jika anda seorang yang meminati hobi memancing. Beberapa tempat menjadi lokasi pilihan pemancing pada waktu malam adalah bertempat di kawasan jalan Kinabenua area jalan Bebuloh, berhampiran dengan pelabuhan dan kawasan terminal feri antarabangsa Labuan. Tempat-tempat ini adalah lokasi utama kebanyakan kaki pancing untuk melepak.

Aktiviti senaman di gym
Aktiviti senaman di gym adalah aktiviti yang menyihatkan badan, mungkin anda berkira-kira untuk menjadikan badan anda ke berat yang normal atau menjadikan tubuh badan anda seperti abang sado. Anda boleh mengunjungi gymnasium yang terdapat di pulau ini.

Mini panggung wayang
Adakah anda seorang peminat filem? Anda boleh datang ke mini panggung bertempat di Pekan Jati untuk menonton filem kegemaran anda. Walaupun mini panggung ini adalah kecil, memandai lah untuk menghilangkan keboringan anda.

Penulis tidak pernah lagi untuk mengunjungi panggung ini tetapi, menurut kawan-kawan yang telah datang di panggung ini, mereka mengatakan filem yang di pertontonkan kebanyakannya adalah bukan filem yang terbaru.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.