Home » » Tafsir Mimpi Gigi Patah

Tafsir Mimpi Gigi Patah

Tafsir mimpi gigi patah. Mimpi adalah pengalaman atau peristiwa yang unik yang dialami oleh setiap manusia. Semua manusia akan mengalami mimpi, hidupan lain seperti binatang juga akan mengalami mimpi.

Mimpi membawa maksud yang amat misteri dalam kehidupan kita seharian, walau begitu, adakalanya mimpi tidak membawa apa-apa makna atau lebih kepada permainan tidur.

Menurut sains, manusia akan bermimpi apabila keadaan tubuh badan kita akan berehat sepenuhnya, pada masa yang sama, otak atau minda kita akan beroperasi dengan sendirinya tanpa kawalan dari tubuh kita dan hal ini akan menyebabkan terjadinya mimpi.

Pengertian mimpi gigi patah
Dalam kehidupan masyarakat terutama sekali di Malaysia, masyarakat di negara ini masih percayakan mimpi-mimpi tertentu akan membawa mesej dalam kehidupan seharian, antara mimpi yang menjadikan manusia merasa pelik adalah bermimpi gigi patah, misalnya mimpi gigi patah separuh, gigi gerham patah, gigi patah banyak, gigi atas atau bawah patah.

Bagi pandangan peribadi saya, bermimpi situasi seperti ini memang akan membawa beberapa mesej tertentu diatas kehidupan anda.

Gigi adalah simbol kekeluargan, persaudaraan, dan kekukuhan. Jika anda melihat barisan gigi, ia umpama seperti sebuah barisan keluarga, persaudaraan, kerjasama atau kekukuhan yang kekal bersama.

Jika anda bermimpi gigi anda patah, ia selalunya menandakan mesej yang tidak baik, sejauh mana baik buruk petanda mimpi ini bergantung kepada situasi kehidupan anda, selalunya ia akan menandakan sesuatu organisasi akan berlakunya kepincangan misalnya di tempat kerja anda, misalnya orang penting dalam kerja anda akan meninggalkan anda, contohnya berpindah atau berlakunya kematian yang tidak disangka.

Selain itu, ia juga akan memberikan petanda, keluarga anda, kawan-kawan rapat, saudara-mara akan pergi jauh meninggalkan anda, mereka meninggalkan anda mungkin kerana memperolehi pekerjaan baru, berpindah dan tidak akan berjumpa anda semula atau berlakunya peristiwa sedih seperti kematian yang membawa perpisahan kekal selama-lamanya.

Pengalaman mimpi gigi patah
Pada awal tahun 2004, saya telah mengalami mimpi, gigi di bahagian bawah hadapan saya telah patah, dan saya merasa pelik tentang mimpi itu, saya telah menceritakan mimpi saya kepada beberapa orang kampung di kampung saya.

Kebanyakan mereka mentafsirkan, mimpi saya membawa maksud yang tidak baik dan selepas beberapa hari saya bermimpi gigih patah, saya telah memperolehi surat tawaran untuk bekerja dan saya telah ditempatkan bekerja di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Saya telah meninggalkan kampung halaman, meninggalkan kehidupan kampung sehingga sekarang.

Apabila saya teringat semula kisah saya bermimpi gigi patah, saya telah mengerti maksud mimpi saya itu, dimana ia membawa maksud, saya telah meninggalkan kampung halaman, suasana kehidupan kampung, meninggalkan kawan-kawan, keluarga dan saudara-mara dan ia adalah sebagai petanda perjalanan hidup saya telah berubah sehingga sekarang. Saya tidak mungkin lagi akan menetap di kampung saya kerana komitmen kerja.

Petanda mimpi membawa maksud
Seperti saya katakan tadi, mimpi kadang-kadang membawa mesej tertentu dalam kehidupan kita dan juga tidak membawa apa-apa makna pun. Selalunya mimpi yang akan membawa makna, anda akan bermimpi pelik dengan mimpi yang anda alami.

Anda mesti tahu membezakan mimpi permainan tidur dan juga mimpi yang membawa mesej tertentu. Mimpi permainan tidur adalah seperti mengalami mimpi yang berubah-ubah dalam satu-satu masa dan anda sukar mengingati keseluruhan mimpi anda. 

Manakala mimpi yang memberikan mesej tertentu kepada kehidupan anda adalah, anda akan mengalami mimpi yang pelik dan adalakanya anda terkejut dari tidur kerana mimpi tersebut. Pada masa yang sama, anda akan merasa berdebar-debar di dada kerana merasa terkejut dengan mimpi itu.

Kesimpulan
Rata-rata orang mengatakan mimpi gigi patah membawa maksud yang tidak baik tetapi bagi pandangan saya, mimpi ini sebenarnya bergantung kepada situasi kehidupan anda sekarang, situasa anda bermimpi dan adakalanya ia tidak memberikan apa-apa makna sekiranya mimpi anda bercampur aduk dengan mimpi yang lain.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman orang lain dan pengalaman admin sendiri, jika anda mengalami mimpi gigi patah, jangan panik, jangan takut kerana artikel mengenai tafsir mimpi gigi patah disini mungkin tidak sama dengan petanda yang akan berlaku keatas diri anda.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.