Cara Masak Bubur Ayam Simple Tapi Sedap

thumbnail
Resipi pada kali ini, kita akan belajar bagaimana cara masak bubur ayam yang mudah dan sedap sekali.

Resipi ini mungkin agak berbeza dengan cara anda memasak bubur ayam sebelum ini kerana resipi ini dikatakan resipi ala-ala masakan Cina.

Bahan-bahan yang digunakan pula tidak lah sesukar mana kerana bahan-bahan ini amat mudah diperolehi di mana-mana pasar raya.

Baik, jom kita ketahui apakah bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum memasak bubur ayam yang super ummp ini hoho..

Bahan-bahan untuk masak bubur ayam

  1. 400 gram daging ayam
  2. 1 cawan beras
  3. 1 inchi halia muda dihiris halus
  4. Minyak bijan
  5. Serbuk lada sula
  6. Garam secukup rasa

Cara-cara memasak bubur ayam

400 gram ayam tadi, gaulkan bersama-sama dengan garam, serbuk lada sula dan juga dengan minyak bijan.

Apabila selesai, perapkan dalam anggaran beberapa minit.

Langkah seterusnya, panaskan air ke dalam kuali dan biarkan air sehingga mendidih. Seterusnya masukkan ayam ke dalam kuali dan biarkan ianya mendidih dalam anggaran 6-7 minit.

Selepas ayam mendidih dalam kuali, kecilkan api dan perlu direnehkan lagi sehingga anggaran 25-30 minit.
Photo by, hirotomo t, Licenced Via Creative Commons

Selepas anda merenehkan ayam, keluarkan daging ayam dari kuali dan carik-carikan daging ayam kepada bahagian-bahagian yang kecil.

Bagaimana pula dengan tulang? Anda tidak perlu membuang tulang ayam tersebut kerana ianya boleh dimasukkan semula apabila anda memasak bubur itu nanti.

Ok, apabila anda telah siap mencarik daging ayam pada bahagian yang kecil, gaulkan daging ayam itu dengan serbuk lada sula, minyak bijan dan juga garam.

Anda perlu mengaulkan keseluruhan bahan itu tadi sehingga ianya benar-benar sebati dan asingkan ke dalam pinggan.

Kuali yang mengandungi sup ayam serta tulang ayam itu tadi, masukkan sedikit lada sula dan garam secukup rasa, gaul sehingga sebati.

Step seterusnya, masukkan 1 cawan beras ke dalam kuali itu tadi dan bahan terakhir yang perlu anda masukkan adalah hirisan halia.

Masak hingga beras itu benar-benar mendidih dan gaul sehingga beras benar-benar lembut menjadi bubur.

Apabila masakan bubur anda telah siap dimasak, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan carikan daging ayam itu tadi dan siap untuk dihidangkan.

Resipi bubur ini amat sedap apabila dicampurkan dengan cili dan kicap cair.

Rujukan: iCook Asia

Cara Guna Kad Kredit Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak

thumbnail
Boleh tak guna kad kredit ketika isi minyak kereta di setesen minyak? 

Kad kredit memang boleh digunakan ketika mengisi minyak dan penggunaan kad ini tidaklah sesukar mana seperti yang anda fikirkan.

Dengan andanya kad kredit, anda tidak lagi memerlukan wang cash ketika mengisi minyak kereta, yang perlu anda lakukkan, masukkan kad kredit anda dan isi minyak.

Kebanyakan cara ini digunakan oleh ramai orang sebagai salah satu altenatif mengurangkan penggunaan wang tunai ketika mengisi minyak kereta.

Sebelum kita belajar menggunakan  kad kredit semasa mengisi minyak kereta di stesen minyak, ada baiknya anda mengetahui apa itu pin kad kredit.

Apa itu pin kad kredit?
Pin kad kredit adalah nombor pin keselamatan mengenai kad kredit anda untuk menjadikan kad kredit anda selamat dari disalahgunakan orang lain.

Ia bermakna, nombor pin tersebut adalah rahsia anda dan pastikan pin keselamatan itu tidak didedahkan kepada sesiapa pun.

Nombor pin keselamatan kad kredit boleh diperolehi melalui mesin ATM yang mana pengguna itu sendiri diberi pilihan untuk memilih enam angka pin keselamatan masing-masing.

Jika anda masih belum mengaktifkan pin keselamatan kad kredit, pastikan anda datang segera di mana-mana mesin ATM dan anda boleh mengaktifkan pin keselamatan daripada mesin itu.

Misalnya jika pengguna itu mempunyai kad kredit dari Bank Rakyat, ia harus datang ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat dan menetapkan nombor pin keselamatan melalui mesin ATM tersebut.

Pastikan nombor pin keselamatan mudah diingati kerana, anda tidak dapat melakukkan apa-apa pembayaran melalui kad kredit jika anda lupa pin keselamatan kad kredit anda.

Cara-cara menggunakan kad kredit masa isi minyak kereta
Anda telah pun tahu apa itu pin kad kredit bukan? Baiklah, jika anda ingin mengisi minyak kereta di mana-mana stesen minyak, pastikan kad kredit anda masih boleh digunakan.

Maksudnya disini, kad kredit anda masih mempunyai wang di dalam kad tersebut ataupun pastikan juga kad kredit anda masih sah dari tarikh luput.

Kita andaikan anda telahpun berada dikawasan tempat mengisi minyak di mana-mana stesen minyak misalnya stesen minyak Petronas, Petron, BHP, ataupun Shell. Langkah pertama, pastikan stesen minyak itu mempunyai terminal kad kredit  (Credit Card Merchant).
Photo by, Kosmo!

Anda hanya perlu masukkan kad kredit pada terminal, tunggu pengesahan kad kredit anda dan ikuti arahan-arahan yang tertera pada skrin terminal.

Selalunya arahan-arahan pada terminal adalah, mengenai pilihan bahasa, jumlah dalam ringgit (RM) yang perlu anda isi minyak pada kereta anda, arahan masukkan pin keselamatan dan sekiranya kad kredit anda tidak mempunyai masalah, permintaan anda mengisi minyak akan diluluskan.

Langkah anda seterusnya, isi minyak pada kereta anda, setelah selesai mengisi minyak, resit akan keluar pada terminal, ambil resit tersebut dan keluarkan kad kredit anda.

Sekiranya pada pum minyak tidak mempunyai perkhidmatan terminal kad kredit, anda boleh terus ke kaunter stesen minyak dan bertanyakan kepada staff disana jika terdapatnya perkhidmatan terminal kad kredit di kaunter tersebut.

Selalunya mana-mana kaunter stesen minyak mempunyai perkhidmatan terminal kad kredit ketika mengisi minyak.

Apa yang perlu anda lakukkan, serahkan kad kredit anda pada pekerja di kaunter dan pekerja itu akan memasukkan kad kredit pada terminal.

Nyatakan berapa jumlah di dalam ringgit yang perlu anda isi minyak pada kereta anda, seterusnya anda perlu masukkan pin keselamatan kad kredit pada terminal dan sekiranya diluluskan anda diarahkan oleh pekerja untuk mengisi minyak terlebih dahulu.

Setelah anda selesai untuk melakukkan pengisian minyak, datang semula pada kaunter, pekerja akan memberikan anda semula kad kredit berserta resit pengisian minyak melalui penggunaan kad kredit anda. 

Cara Masak Resepi Maggi Goreng Paling Ump!

thumbnail
Resepi maggi goreng, ramai dari anda memang menyukai resepi ini. Betul tak? Cara masak maggi goreng tidaklah sesukar mana. Ianya amat mudah sekali.

Setelah mencuba beberapa kali mengenai resepi ini, admin telah berjaya untuk mencipta resepi celah gigi ini paling ump. Huhu

Anda mesti tahu apa itu maggi, bukan? Mee keluaran Maggi terdapat pelbagai jenis dan perasa. Terdapat maggi ayam, maggi kari, asam laksa dan juga maggi perasa asam pedas.

Maggi ini lah yang kita gunakan untuk masak resepi maggi goreng.

Bahan-Bahan Untuk Masak Resepi Maggi Goreng
  • 1 bungkus maggi perencah ayam
  • 1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 sudu tea minyak masak
  • 2-3 ketul daging ayam dipotong kecil
  • 2-3 biji cili merah
  • 1 batang daun sup (dipotong kecil)
Ok, ini adalah cara step by step untuk panduan anda memasak resipi ini.

Step 1
Langkah pertama, pilihlah yang mana satu maggi pilihan anda, maggi ayam, maggi kari, ataupun maggi perencah yang lain.

Dalam artikel ini kita belajar memasak maggi goreng dengan sebungkus maggi perencah ayam.

Rendam mee maggi ayam tersebut dengan air panas selama dua minit ataupun pastikan mee maggi itu telah pun lembut.

Pastikan mee maggi itu jangan terlalu kembang disebabkan direndam terlalu lama.
Photo by, Maggi Team, Licenced Via Creative Commons

Step 2
Dengan menggunakan gas memasak anda, panaskan 1 sudu minyak masak di kuali dengan api yang sederhana.

Step 3
Apabila minyak telah panas, masukkan hirisan bawang merah dan juga hirisan bawang putih ke dalam kuali.

Step 4
Apabila bawang merah dan bawang putih telah harum semerbak, masukkan potongan cili merah dan kacau dan biarkan seketika.

Step 5
Langkah seterusnya, masukkan ketulan daging ayam yang telag dipotong itu tadi dan kacau serta tunggu beberapa minit sehingga daging ayam itu masak sepenuhnya.

Step 6
Masukkan mee magi ayam ke dalam kuali dan kacau menggunakan sudu. Step seterusnya, masukkan perencah maggi ayam itu ke dalam kuali dan kacau hingga iannya sebati.

Langkah terakhir, tabur potongan daun sup ke atas maggi goreng anda! Ok, bersedia untuk dihidangkan.

Cara Mudah Masak Bubur Nasi Kosong

thumbnail
Bila tibanya anda mengalami demam atau selesma atau apa-apa yang membuatkan ada tidak mempunyai selera untuk makan ataupun anak-anak anda sakit, bubur kosong lah jawapannya untuk mendapatkan sedikit tenaga.

Kenapa perlu bubur kosong? Apabila anda sakit, kebanyakan dari kita  tidak mempunyai selera untuk makan, dengan bubur kosong,  anda mampu makan walau hanya sedikit mekipun tidak berselera.

Persoalannya di sini, bagaimana memasak bubur nasi kosong? Baiklah, mari kita belajar setp by step masak bubur kosong dengan cara yang paling simple.

Cara Masak Bubur Nasi Kosong.

Step 1
Pertama sekali, cucilah beras terlebih dahulu dengan menggunakan air bersih. Sukatan beras yang diperlukan bergantung kepada keperluan anda.

Owh ya, orang-orang tua kata, cuci beras itu, jangan terlalu kerap sangat nanti rasa manis pada beras akan hilang. Huhu

Dalam artikel ini kita belajar masak bubur  kosong dengan secupak beras atau mengikut keperluan anda dengan menggunakan periuk.
Photo by, Takeaway Licenced Via Creative Commons

Step 2
Setelah anda selesai melakukkan cucian beras dengan air bersih, tambahkan air bersih pada beras tersebut sehingga menenggelami beras itu.

Pastikan air yang ditambah pada beras airnya lebih sedikit berbanding anda memasak nasi biasa.

Misalnya jika anda memasak nasi menggunakan air sebanyak ½ dari jumlah beras tersebut, dengan memasak bubur pula, anda perlukan ¼ air dari jumlah beras.

Step 3
Langkah seterusnya, beras yang telah dicuci dan ditambah dengan air bersih di dalam periuk yang bertutup, jerangkan pada gas memasak anda  dengan kekuatan api yang sederhana.

Tunggu sehingga nasi pada periuk mendidih dan ingat, jangan lupa kacau sekali sekala nasi tersebut.

Apabila nasi telah benar-benar masak ataupun kembang, dengan menggunakan sudu, kacau nasi itu supaya ianya sebati dan lembut menjadi bubur.

Jika perlu, tambahkan sedikit lagi air bersih sekiranya bubur itu terlalu kering dengan air. Last sekali, tambahkan lah garam secukup rasa.

Tapi bagi mereka yang sakit, untuk bayi diatas enam bulan, mungkin anda tidak perlu menambahkan garam pada bubur.

Selesai Cara Mudah Masak Resipi Bubur Kosong.

Bagaimana, ianya amat mudah bukan? Umpama di celah gigi sahaja, huhu.

Jika anda ingin menambahkan sedikit bahan keatas bubur kosong ini, anda boleh menambahkan beberapa ketul potongan daging ayam , sayur, ikan ataupun bahan-bahan yang lain.

Tetapi ianya bukan lagi resepi bubur kosong. Huhu

Harga Pasaran Bateri Kereta Viva

thumbnail
Berapa harga bateri kereta Viva? Tidak dinafikan, pertanyaan ini selalu ditanya oleh kebanyakan pengguna kereta ini setiap hari mengenai harga bateri yang ada dijual di pasaran.

Pentingnya anda untuk melakukkan survey terlebih dahulu mengenai harga bateri ini agar mengetahui secara jelas mengenai harganya di pasaran.

Walau begitu, dikatakan harga bateri telah melambung tinggi disebabkan pelaksanaan GST oleh kerajaan baru-baru ini.

Harga Pasaran Bateri Kereta Viva

Jika anda lihat harga pasaran bagi bateri kereta Perodua Viva bersaiz NS40ZL, ianya di dalam anggaran RM 160 hingga RM 180 bagi bateri sel basah.

Harga bateri bersaiz NS40ZL di dalam anggaran RM 190 hingga RM 250 bagi bateri sel kering.

Saiz bateri ini terpakai kepada semua model kereta Perodua Viva 660/850/ 1.0L.
Photo by, Clker-Free-Vector-Images Licenced Via Creative Commons

Harga bateri sebenar bergantung kepada jenama pada bateri tersebut. Semakin popular jenama itu, semakin mahal harga bateri berkenaan.

Anda disaran untuk ke kedai-kedai alat ganti bagi mengetahui jenis-jenis dan jenama bateri bersaiz NS40ZL kerana harga sebenar bateri ini bergantung kepada pihak penjual alat-alat ganti kenderaan.

Bateri kereta ini adalah bersaiz kecil dan masih boleh diketegorikan ianya mampu dimiliki walaupun bateri dari jenama popular umpamanya jenama Bosch, ataupun jenama-jenama popular yang lain.

Anda dinasihatkan agar supaya berhati-hati semasa memilih bateri kereta anda kerana memilih bateri dengan harga yang murah dikhuatiri berakhir dengan pembelian bateri yang tidak berkualiti.

Ramai pengguna ataupun pembeli bateri mengadu, telah melakukkan pembelian bateri baru di kedai-kedai alat ganti tetapi hal yang terjadi, bateri yang baru dibeli hanya beberapa hari digunakan telah pun mengalami kerosakan.

Ataupun di dalam erti kata lain, bateri yang dibeli telah hilang kuasa elektrik/ hilang cas sama sekali.

Walaupun selalunya bateri mempunyai warantty, pihak penjual selalunya tidak akan menggantikan dengan bateri yang baru tetapi mereka akan cuba mengecas bateri itu semula dengan menggunakan pengecas bateri.

Sekiranya bateri tersebut benar-benar rosak, barulah pihak kedai akan mengantikan dengan bateri baru. Bukannya banyak masa anda telah terbuang?

Penting! Ketahui Jangka Hayat Tayar Kereta Anda!

thumbnail
Jika anda melihat pada berita di dalam negara Malaysia, kerap kali terjadinya kemalangan disebabkan oleh pelbagai sebab, dan berita yang agak menyedihkan, kemalangan disebabkan pengguna  menggunakan tayar masak ataupun tayar terpakai yang ditoreh dan ditampal dengan getah yang baru.

Jangka hayat tayar kereta harus anda ketahui dan penting sebagai pengetahuan anda sekiranya anda adalah pengguna jalan raya ataupun anda memiliki sebuah kenderaan untuk kegunaan sendiri.

Adakah anda masih ingat aktor terkenal Hollywood bernama Paul Walker yang terbunuh di dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas?

Kajian keatas tayar kenderaan Porsche Carrera GT yang dipandunya mendapati tayar tersebut telah berusia sembilan tahun. Mengikut ulasan yang diberikan oleh California Highway Patrol, jangka hayat tayar tersebut telah menjejaskan ciri-ciri pemanduan.

Apabila kita melihat semula situasi-situasi yang menyebabkan kemalangan salah satu faktor utamanya adalah mengenai tayar, perlunya kita berhati-hati dengan penggunaan tayar terpakai serta jangka tayar itu sendiri.
Photo by, VenV Licenced Via Creative Commons

Kebanyakan pengguna kereta pula hanya melihat pada bunga tayar itu sendiri bagi menentukan kondisi adakah ianya masih elok ataupun sebaliknya tanpa memikirkan jangka hayat tayar yang digunakan.

Tahukah anda semakin lama tayar anda walaupun ianya masik elok, sebatian tayar akan merosot disebabkan oleh peredaran masa dan ia akan membahayakan keselamatan anda sendiri.

Walau begitu, kenyataan ini mungkin akan akan disangkal bagi mereka yang sentiasa memandu dengan jarak 12,000-15,000 batu setiap tahun kerana di dalam pemanduan ini tayar akan haus dalam  3 hingga 4 tahun sahaja.

Bagaimana pula bagi mereka yang memandu hanya anggaran jarak 6,000 batu sahaja di dalam setahun? Ya, disini lah yang menjadi isunya berkenaan jangka hayat tayar kereta. Jangka hayat tayar adalah sebagai tanda amaran tayar kereta anda harus diganti dengan tayar yang baru.

Menurut pandangan presiden Penyelidikan Keselamatan & Strategies, Inc di US, Sean Keane, tayar kereta yang terlalu tua diumpamakan sebuah getah yang telah dibiarkan terlalu lama, dan apabila getah ini ditarik ia akan merekah ataupun retak.

Berbeza pula pandangan pengarah jenama tayar terkenal di dunia iaitu syarikat Michelin, penama  Doug Gervin bahagian pemasaran produk untuk kereta penumpang dan juga truck berpengkalan di US, beliau mengatakan, setiap tayar di jalan raya akan cukup lama tunduk kepada umur.

Beliau mengatakan, tayar yang baik mengandungi “anti ozinant”  iaitu sesuatu bahan kimia yang direka keatas tayar untuk menjadikan ianya melambatkan proses penuaan.

Bagi syarikat-syarikat terkenal seperti syarikat pengeluar kereta, pengeluar tayar, dan juga pengeluar getah US, mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai tayar.

Syarikat pengeluar kereta Mercedes-Benz  dan juga Nissan mengatakan, penguna harus menukar tayar selepas enam tahun dari tarikh pengeluaran tayar tersebut tanpa mengira jangka hayat bunga pada tayar.

Bagi syarikat pengeluar tayar seperti syarikat Michelin dan juga Continental, mereka mengatakan, tayar mampu bertahan sehingga 10 tahun tetapi dengan syarat pengguna harus menjalankan pemeriksaan pada tayar kereta mereka pada tahun yang kelima.

Bagi persatuan pengeluar getah di US, mereka mengatakan tiada tarikh sebenar harus dinyatakan mengenai tarikh tamat tempoh sesebuah tayar itu kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kondisi sesebuah tayar walaupun masih belum digunakan.

Antara faktor yang diambil kira adalah seperti, faktor haba, keadaan tempat penyimpanan, cara pengguna menggunakan tayar itu sendiri yang mengurangkan jangka hayat sesebuah tayar.

Berikut adalah kajian terperinci mengenainya.

Kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) berpengkalan di US mendedahkan bagi tayar yang berada di iklim yang panas, proses penuaan tayar adalah lebih cepat disebabkan pendedahan terus kepada sinaran cahaya matahari.

Adalah lebih baik anda menyimpan tayar pendua (spare) di dalam stor daripada disimpan di dalam bonet kereta kerana tayar disimpan di dalam bonet umpama tayar anda berada di dalam ketuhar kecil lebih-lebih lagi kereta anda berada dibawah sinaran cahaya matahari.

Bagi mereka yang mempunyai truck, tayar yang disimpan di bawa kenderaan akan memendekkan jangka hayat tayar disebabkan terdedah kepada kotoran dan haba.

Walaupun tayar spare tidak pernah digunakan, ianya umpama “ tayar spare di dalam perkhidmatan” kerana cara penyimpanan tayar yang kurang sesuai dan secara teknikalnya memendekkan jangka hayat tayar tersebut.

Bagi faktor cara penggunaan pula, berapa kali kah anda melakukkan tampalan keatas tayar dan juga jumlah tayar anda mengalami kebocoran, serta permukaan jalan yang anda lalui memberi kesan yang besar di dalam jangka hayat tayar kereta anda.

Berbeza pula bagi mereka yang hanya menggunakan kereta mereka pada hujung minggu dan juga mereka yang menggunakan kereta setiap hari. Corak jangka hayat tayar kereta adalah berbeza-beza disebabkan faktor bagaimana pengguna itu sendiri menggunakan tayar mereka.

Pengarah bahagian pemasaran Michelin, Doug Gervin juga mengatakan penyelangaraan tayar yang betul adalah langkah terbaik untuk mengekalkan jangka hayat tayar dengan mengambil kira mengenai tekanan tayar yang betul dan pemeriksaan tayar secara tetap.

Bagaimana untuk menentukan tarikh pengeluaran sesebuah tayar itu?

Sebenarnya, jika anda melihat pada sisi tayar terdapat banyak angka yang ada pada tayar tersebut dan salah satunya adalah kod ataupun angka tarikh pengeluaran tayar.

Kod-kod ataupun angka-angka yang ada pada sisi tayar telah ditentukan oleh U.S. Department of Transportation (DOT) dan kod-kod ini digunapakai oleh piawaian antarabangsa mengenai tayar.

Bagi tayar yang dibuat selepas tahun 2000, terdapat empat kod nombor yang tertera pada sisi tayar dimana dua angka mewakili minggu dan dua lagi angka mewakili tahun. Misalnya kod DOT pada tayar adalah 1209.

Kod tersebut menandakan tarikh pengeluaran tayar adalah minggu ke 12, tahun 2009. Bagi pengeluaran tayar sebelum tahun 2000, hanya terdapat tiga sahaja kod DOT, umpamanya 329. Agak sukar untuk memecahkan kod ini.

Kod 329 mungkin merujuk kepada minggu ke 32 tahun 1989 ataupun minggu ke 32 tahun 1999 bagi tarikh pengeluaran tayar tersebut.

Pendek kata kod DOT bukan untuk rujukan pengguna tetapi ia lebih sebagai rujukan kepada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) bagi mengenalpasti tarikh pengeluaran sesebuah tayar oleh syarikat pengeluar tayar sekiranya terdapat masalah pada tayar tersebut.

Satu nasihat yang baik dari Persatuan Pengeluar Tayar British adalah, mereka telah mencadangkan kepada pengguna untuk memeriksa tayar sekerap yang mungkin bagi mengenalpasti tanda-tanda jangka hayat pada tayar yang telah merosot dengan mengambil kira, kehausan pada bunga tayar, keretakan, gelembung, dan sekiranya ianya berlaku tanda-tanda tersebut, pengguna disaran mengantikan tayar yang baru.

Selain itu, antara nasihat-nasihat mereka yang berpengalaman  mengenai tayar kereta memberi cadangan kepada pengguna supaya tidak membeli tayar terpakai.

Walau begitu harga tayar pada masa kini boleh diketegorikan sebagai mahal dan kepada pengguna yang kekurangan wang semasa berlakunya masalah pada tayar kereta mereka lebih suka memilih tayar yang terpakai sebagai altenatif.

Jika anda sebagai pengguna yang selalu menggunakan tayar terpakai untuk kenderaan anda, pernahkah anda terpikir mengenai tayar terpakai yang anda beli, mengenai cara pemakaian pemilik tayar sebelum ini?

Mungkin pemilik sebelum ini kerap menggunakan tayar tersebut dengan tekanan angin yang rendah, kerap melakukkan tampalan keatas tayar disebabkan oleh paku dan mungkin tayar tersebut telah pun berusia bertahun-tahun?

Sebab-sebab ini lah pengguna disaran untuk membeli tayar yang baru dan fresh bagi menjamin pemanduan yang lebih baik terutama keselamatan pemanduan.

Tetapi pastikan pengguna melakukkan pemeriksaan secara terperinci mengenai hayat tayar baru yang dibeli kerana terdapat kedai-kedai tayar yang masih menjual tayar yang telah lama tempoh pengeluarannya.

Sekiranya hal ini berlaku keatas anda, anda berhak untuk mendapatkan tayar yang baru kerana penjual sepatutnya tidak harus menjual tayar baru yang telah berusia kepada pengguna. - Edmunds

Step By Step Cara Tukar Bateri Kereta

thumbnail
Bagi anda apabila ingin menggantikan bateri kereta yang baru adakah anda ingin melakukkannya sendiri? Cara tukar bateri kereta kebanyakannya telah diketahui oleh banyak orang dan harus wajib diketahui.

Part yang paling leceh sekali untuk menukar bateri kereta adalah kesukaran untuk mengangkat dari tempat asalnya untuk mengantikan dengan bateri yang baru.

Perkara yaang paling penting, sebelum melakukkan apa-apa tindakan penukaran bateri kereta, pastikan hal ini harus diberi perhatian, enjin kereta harus dimatikan, brek tangan ditarik, dan jika kereta anda menggunakan bateri basah, berhati-hati agar asid bateri tidak tumpah mengenai pakaian dan kulit anda.

Step By Step Cara Tukar Bateri Kereta

Step 1
Prosuder yang pertama, buka bonet hadapan kereta anda, dan pastikan semua alat-alat seperti spana telah tersedia untuk membuka clamp dan juga pengapit bateri (bateri holder).
Photo by, OpenClipart-Vectors Licenced Via Creative Commons

Step 2
Tanggalkan pengapit bateri (bateri holder) dengan menggunakan spana yang telah anda sediakan.

Step 3
Buka kabel clamp pada wayar yang menghubungkan ke terminal negatif terlebih dahulu (-) wayar yang berwarna hitam.

Pastikan anda menarik kabel negatif jauh dari terminal positif.

Step 4
Langkah yang seterusnya, ceraikan kabel clamp yang menghubungkan ke terminal positif (+) wayar yang berwarna merah.

Step 5
Apabila anda telah membuka kedua-dua kabel clamp yang mengapit bateri terminal negatif (-) dan terminal positif (+), angkat bateri secara perlahan-lahan dan turungkan ke bawah.

Step 6
Bersihkan dulang ataupun tempat dimana bateri yang lama diletakkan dan pastikan karat-karat , serbuk putih telah dibersihkan disebabkan oleh asid bateri yang lama.

Anda disyorkan membersihkan dengan alat khas pembersih ataupu dengan altenatif lain dengan baking soda yang dicampurkan dengan air.

Step 7
Bersihkan penyambung kabel bateri (clamp) dengan menggunakan berus dawai dan pastikan ianya bersih sepenuhnya dari karat.

Gunakkan alat penyembur anti karat untuk memastikan clamp penyambung kabel terminal bateri dibersihkan sepenuhnya.

Step 8
Masukkan bateri baru di kawasan dulang untuk meletak bateri pada kenderaan dan pastikan ianya diletakkan secara betul.

Dengan menggunakan spana, ketatkan pengapit bateri (bateri holder) untuk menguatkan kedudukan bateri.

Step 9
Ketatkan kabel clamp yang menghubungkan ke terminal positif (+) wayar yang berwarna merah.

Step 10
Ketatkan kabel clamp yang menghubungkan ke terminal negatif (-) wayar yang berwarna hitam.

Step 11
Pastikan semua sambungan kabel yang menghubungkan ke terminal positif dan terminal negatif telah diketatkan.

Kegagalan untuk mengetatkan kabel clamp dengan betul akan mengakibatkan sambungan  elektrik di tahap yang lemah.

Step 12
Hidupkan engine kereta dan biarkan dalam beberapa minit untuk memastikan sambungan elektrik pada bateri berfungsi dengan baik.

Ianya mudah bukan? Tetapi pastikan prosuder penukaran bateri dilakukkan dengan cara yang betul.

Walaupun prosuder ini mudah, tetapi jika anda silap untuk melakukkan penukaran bateri kereta, beberapa litar wayar pada kenderaan anda akan terbakar.

Tips Kenal Pasti Jenama Bateri Kereta Terbaik

thumbnail
Anda menggunakan bateri kereta jenama apa? Adakah anda sering mengalami bateri kereta jangka hayatnya kurang enam bulan dan ianya tidak boleh diguna pakai lagi?

Sebenarnya, jika anda hanya bergantung kepada sesuatu jenama kereta itu tidak menjamin sepenuhnya jangka hayat bateri kereta.

Walaupun begitu mengenal pasti jenama bateri kereta yang terbaik itu adalah harus. Tetapi, tahukah anda, di luar sana terdapat banyak sekali jenama bateri kereta.

Ia membuatkan anda merasa pening, mana satu jenama bateri yang harus dibeli? Tips-tips ini mungkin serba sedikit dapat membantu anda.

Kualiti bateri itu penting berbanding jenama
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Jenama bateri kereta adalah terkenal di pasaran tetapi kualiti keluaran bateri yang kurang memuaskan mungkin anda harus ambil perhatian.

Kadang-kadang sesetengah pengeluar bateri hanya mementingkan jualan pasaran bateri mereka tetapi tidak  menjaga kualiti pada bateri itu sepenuhnya.
Photo by, Clker-Free-Vector-Images licenced via Creative Commons

Ini lah yang menyebabkan ramai pelanggan yang mengalami kerugian kerana bateri kereta baru dibeli beberapa bulan yang lalu tetapi ianya telah rosak, harga bateri zaman sekarang bukannya murah, harganya telah melambung tinggi.

Jenama-jenama bateri kereta yang terkenal di Malaysia
Sama dengan negara-negara lain terdapat beberapa jenama bateri yang menopoli pasaran jualan bateri kereta di Malaysia.

Antara jenama bateri yang menjadi pilihan oleh kebanyakan pelanggan adalah seperti jenama Bosch, Lion, Duracell, Hitachi, Yokohama, Trustart, Exide Extreme, Century, Everstart, Yuasa, Advanced, Duralast, Powerstar, Panasonic, Panalite, DieHard, AcDelco, dan Gp-Mf.

Jenama-jenama bateri yang dinyatakan diatas adalah jenama yang terkenal dengan kualiti pada bateri yang boleh dikirakan terbaik.

Walaupun begitu, sebelum melakukkan pembelian, pastikan bateri tersebut adalah original daripada syarikat pengeluar bateri kereta asal.

Tips beli bateri kereta yang terbaik
Sebelum melakukkan pembelian bateri kereta, pastikan bateri kereta tersebut mempunyai kualiti yang terbaik bukan sahaja melihat kepada jenama bateri itu sahaja.

Anda perlu melihat warantty pada bateri kereta tersebut, kondisi pada bateri, cara-cara penjagaan, dan selalunya bateri yang mempunyai kualiti yang bagus adalah menyatakan semua mengenai bateri keluaran bateri berkenaan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bateri berkualiti boleh dilihat pada kotak pada bateri misalnya mengandungi perkataan kebaikan-kebaikan pada bateri tersebut umpamanya, anugerah kualiti, cara-cara pemasangan pada kereta, jangka hayat, warantty, dan banyak lagi.

Jika jenama bateri yang anda beli adalah kosong tanpa apa-apa tulisan mengenai bateri tersebut dan tidak dinyatakan secara jelas mengenai bateri tersebut, adalah secara jelas bateri tersebut kemungkinan tidak mempunyai kualiti yang baik.

Seperti yang anda ketahui bateri kereta mempunyai dua jenis iaitu bateri kering dan bateri basah, kedua-dua jenis bateri kereta ini mempunyai kekurangan dan kebaikan yang tersendiri berkenaan pemakaiannya.

Bateri basah harus dipantau setiap minggu untuk memastikan paras air bateri tidak berkurang atau kering, dan dikatakan jangka hayat bateri ini agak lama jika dijaga dengan baik manakala bateri sel kering pula, penjagaannya  mudah, hanya beli dan pakai, sampai tempoh tertentu bateri ini haru diganti semula dengan bateri yang baru.

Sekiranya anda tidak mengamalkan tips cara pemilihan bateri yang terbaik seperti yang dinyatakan disini, kemungkinan besar anda akan mengalami kerugian semasa membeli bateri terutama bateri yang dijual di kedai-kedai alat ganti.

Terdapat ramai pelanggan yang melakukkan pembelian bateri untuk kenderaan mereka telah mengalami kerugian kerana membeli bateri yang kurang berkualiti, sekiranya kedai alat ganti mahu bertanggungjawab dengan mengantikan bateri yang baru mungkin ianya agak berbaloi.

Jika kedai alat ganti tidak mahu bertanggungjawab mengenai bateri yang anda beli, siapa yang patut dipersalahkan?